Total Pageviews

Serangan Makhluk Perosak !

Serangan Makhluk Perosak |  Rasanya entry Budak Pacak kali ini lebih untuk dapatkan pandangan dan tips dari korang bagaiman hendak hapuskan serangan makhluk perosak.Sebenarnya itulah masalah yang dihadapi sekarang. 

Nak kata serangan makhluk perosak ini di tahap bahaya tidak juga, cuma yer la kenalah ambil langkah berjaga - jaga sebab sekarang pelbagai penyakit merbahaya seperti demam denggi , kencing tikus , keracunan makanan datangnya dari makhluk perosak 



Macam masalah Budak Pacak sekarang , walaupun duduk tinggi di kondominium, tetapi masalah seperti semut terlalu banyak ,lipas bersembunyi dan bersarang di sebalik almari dan juga nyamuk. Haa jangan tak tahu, walaupun duduk tingkat 11, masalah seperti ini tetap ada 



Budak Pacak dah cuba guna Ridsect tetapi sekejap je la menjadi. Esok lusa, tengok - tengok ada balik. Pening kepala weh. Kadang bila nak jemput tetamu datang rumah pun macam segan takut juga tiba - tiba ada makhluk yang tak diundang ni menjengah tengok para tetamu .LOL 

Agak - agaklah kan ? Korang ada tak suggestion produk atau tips untuk hilangkan masalah ini ? Segala pandangan dan komen korang sangatlah dialu - alukan. Raya pun dah nak dekat kan ? Alang - alang tu boleh buat persiapan raya terus dengan membersih rumah 

1 comment:

Korn Ahmad said...

kat umah aku plak ade sejenis makhluk nama cali.. cuak jugak dengan menatang ni. sebab tu kalu malam je xbrani sgt nak buka tingkap luas2... skali kena sengat dia, seumur hidup kesan dia