August 18, 2015

AirAsia X Kini Ke Sapporo

AirAsia X  Kini Ke Sapporo | Pertama sekali, Budak Pacak nak ucapkan tahniah kepada AirAsia X sebab telah melebarkan sayap ke Sapporo bermula pada 1 Oktober 2015. 




Budak Pacak berkesempatan ke majlis sidang akhbar nya baru - baru ini dan peneraju syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh ini mengumumkan akan memulakan penerbangan terus 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Sapporo 






Kalau korang  nak tahu, AirAsia X adalah satu - satunya syarikat penerbangan yang mengoperasi penerbangan terus berjadual dari Kaula Lumpur ke destinasi bertaraf dunia ini. Sapporo mempunyai penduduk seramai 1.9 juta dan merupakan salah satu tempat yang terbaik di Jepun untuk dilawati sepanjang tahun dengan makanan lautnya yang segar , salji putih , dunia seni tempatan dan banyak lagi 

Mr Benyamin Ismail , Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad 


Lima tempat atau bulan  yang korang wajib kunjungi bila datang ke Sapporo adalah Koyo atau warna warni musim luruh semasa bulan Oktober, terutama di pergunungan Taman Negara Daisetsuzan, Festival Salji Sapporo yang terkenal dan meluncur ski di pusat peranginan bertaraf dunia Hokkaido. Pada musim panas pula, korang boleh nikmati keindahan romantis bunga - bunga di taman bunga Furano - Beiei dimana Hokkaido penuh warna warni dengan pelbagai jenis bunga mekar. Festival Lilac dan Yosakoi Soran di Odari Park merupakan tempat bagi pelancong menikmati festival muzik , majlis meminum teh dan aktiviti mengumpul setem. 


Nombor penerbangan D7 550 KUL - CTS  

Berlepas - 11 35 PM 

 Ketibaan - 8 10 AM

 Kekerapan - Selasa, Khamis , Sabtu, Ahad


Nombor penerbangan D7 551 CTS - KUL

 Berlepas - 9 20 AM

Ketibaan - 5 00 PM 

Kekerapan - Isnin ,Selasa,  Jumaat , Ahad 

Jadi cepat book sekarang dan jadi antara yang terawal ke Sapporo dan share pengalaman korang dengan Budak Pacak. hehehe Tahniah AirAsia X !

0 Budak Rambut Pacak Komen: