August 11, 2015

Tips Travel Dengan Pasport ASEAN

Tips Travel Dengan Pasport ASEAN | Korang selalu travel ?  Terfikir untuk dapatkan tips travel dengan lebih lengkap ?  Kalau Ya jangan lupa untuk saksikan rancangan Pasport ASEAN setiap hari Ahad jam 9.30 malam di TV1. Untuk pengetahuan korang ini adaalah program terbaru hasil perkongsian pinta antara Gaya Travel, RTM selaku penyiar rasmi dan AirAsia sebagai syarikat penerbangan rasmi program ini






Budak Pacak berkesempatan ke Majlis Pelancaran Pasport ASEAN baru - baru ini serentak dengan Majlis Rumah Terbuka Gaya Travel, ' Gaya with Friends ' Wah tahniah Gaya travel Magazine. Rancangan Pasport ASEAN yang bersiaran  bermula 27 Julai 2015 yang lalu mempunyai sebanyak 13 episod yang menampilkan pelbagai tempat menarik sekitar ASEAN selain turut memberi pelbagai tips travel untuk korang



.Tahun ini Malaysia adalah pengerusi ASEAN 2015 tau? So memang molek sangatlah rancangan ini diadakan. Tak cukup dengan itu , rancangan Pasport ASEAN ini  juga ada  kuiz mingguan dan juga kuiz terkumpul yang menawarkan hadiah yang lumayan sehingga RM30,000.00, perghh best kot. 



Rakan blogger, Mawardi Yunus dah menang haa kuiz mingguan pertama, so lepas ni jom ramai - ramai terpacak depan tv setiap hari Ahad jam 9.30 malam di TV1 



Rumah Terbuka Gaya Travel 

Kalau nak tahu, Rumah Terbuka Gaya Travel ,adalah satu - satunya rumah terbuka yang sempat Budak Pacak pergi pada tahun ini, bukannya apa sebab busy sangat. Memandangkan ada masa terluang jadi ambil kesempatan ini untuk memeriahkan majlis. 



Bertempat di Ruang, Seksyen 16 Shah Alam, Rumah Terbuka Gaya Travel pada tahun ini sangat meriah. Nampak kecil je diluar tetapi di dalamnya sangat meriah dengan kehadiran rakan - rakan media.

us from Projek Travel





 Selain makan, makan dan makan, terdapat pelbagai aktiviti disediakan sepanjang rumah terbuka diorang. Budak Pacak dan rakan - rakan dari Projek Travel lepak punyalah lama  dekat sana sampai tak nak balik hahahaah







Antara aktiviti yang disediakan adalah pertandingan mengikat samping, menganyam ketupat, sesi teka lagu raya , photobooth dan banyak gilos. Rugilah kepada rakan - rakan yang dapat jemputan tapi tak dapat datang tu. Kena pulak ada cabutan bertuah yang hadiah memang meletup okay Budak Pacak sendiri menang pass masuk ke Lost World Of Tambun, heheehe

Jutaan terima kasih kepada Gaya Travel Magazine kerana sudi menjemput Budak Pacak ke majlis  Rumah Terbuka Gaya Travel dan selalu invite ke event yang ohsem gilos. Tahun depan buat lagi ye. kehkehkeh...Kosong - kosong ya semua 

0 Budak Rambut Pacak Komen: