Total Pageviews

Majalah Maskulin Menghampiri 15 Tahun Di Pasaran

Majalah Maskulin Menghampiri 15 Tahun Di Pasaran | Bercakap pasal Majalah Maskulin, pasti ramai yang tahu mengenai Majalah buat para lelaki no 1 di negara ini. Kalau nak tahu, Majalah Maskulin pada keluaran September telah hadir dengan bumper khas buat pembaca sempena dengan ulangtahun Majalah Maskulin yang menghampiri 15 Tahun! 





Sempena dengan itu, baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput ke parti koktel khas meraikan ketibaan ulang tahun ke 15 Majalah Maskulin di Starbucks Sri Hartamas selaku penaja lokasi dan makanan majlis ini.



 Dalam majlis ini, antara acara yang diselitkan adalah tayangan video 15 Tahun Majalah Maskulin yang memperkenalkan barisan editorial majalah, pemnberian penghargaan buat 15 ikon serta cabutan bertuah. 





15 tahun Majalah Maskulin di pasaran menampilkan 15 ikon ternama seperti Wak Doyok, Dr Faiz, Tengku Djan dan ramai lagi. 




Selain itu, sepanjang majlis ini berlangsung turut dihiburkan oleh band yang semakin terkenal iaitu Sakura Band,Bercakap mengenai editorial, dalam majlis ini turut memperkenalkan editor baru Majalah Maskulin iaitu Mohamad Shahir Abdul Rahim. 






Budak Pacak sendiri memang follow dan menjadi pembaca setia Majalah Maskulin ini sejak dari sekolah lagi. Bayangkanlah dah 15 tahun bertapak dalam industri.Satu pencapaian yang amat besar kan? Blog ini pun banyak mengambil ilham dan tips dari Majalah Maskulin.

So kepada editorial Majalah Maskulin, selamat maju jaya dan tahniah diucapkan! Semoga terus sukses ya !!

1 comment:

sayaidaydotcom said...

yang datang ni semua maskulin2, hehehe wak doyok pon ada. hehehe