Total Pageviews

7 Produk Kraf Selangor Yang Wajib Korang Tahu




7 Produk Kraf Selangor Yang Wajib Korang Tahu | Cakap pasal Negeri Selangor ni sampai bila pun takkan habis sebab terdapat pelbagai keunikannya . Salah satunya adalah hasil kraf. Baru - baru ini Budak Pacak mewakili Projek Travel telah turut sama sertai Kembara Kraf Selangor bagi edisi kelima. 



Kali ini kiteorang sempat cover Produk Kraf Selangor terdiri dari kraf moden dan kraf tradisional. 

So ini adalah Produk Kraf Selangor Yang Wajib Korang Tahu! 

  1. Batik Penjara
Bertempat di Galeri Penjara Kajang, disini terdapat pelbagai jenis batik , songket dan tenun yang sangat berkualiti.



ehem, ni pegawai penjara ya bukan banduan 


 Disebalik jeriji besi banduan - banduan ini telah belajar sesuatu yang berguna dan hasilnya ni haa. 



nampak tak kegigihan kiteorang mencuba songket penjara. 


Jangan disangka, produk - produk ini telah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara seperti memenangi rekaan corak di fashion week, KDYTM Tengku Puan Pahang memperkenankan pengunaan logo tenun Pahang Diraja dan banyak lagi. Jangan lupa untuk datang kesini dan harga dijamin murah berbanding tempat lain 

2. Pembuatan Hasil Hutan dan pertunjukan seni warisan dan kepercayaan masyarakat Orang Asli Mah Meri 


Cara Orang Asli Mah Meri mengucapkan selamat datang 


First time datang ke kagum kejap dengan hasil pembuatan Orang Asli Mah Meri di Pulau Carey. 






Bukan setakat arif dalam seni ukiran, bila korang datang kesini confirm korang terpegun dan tertarik dengan pertunjukan seni warisan Orang Asli Mah Meri. Sempat juga kiteorang lihat upacara perkahwinan dorang, menarik ! 

3.  Tok Sabri Si Tukang Cincin 

Kalau sebelum ni korang banyak tahu pasal produk rotan je, apa kata datang berjumpa Tok Sabri dan selami cara pembuatan senjata , cincin dan perhiasan yang diwarisi sejak berzaman.







 Dekat sini korang bukan sahaja dapat menempah dan melihat sendiri cara pembuatannya malah boleh dapatkan nasihat mengenai barangan warisan. Terdapat pelbagai jenis cincin dan perhiasan disini. Nak cuba? Jangan lupa singgah ke kedai Tok Sabri di Telok Panglima Garang, Sijangkang

4.  Amal Kufi 

Pernah dengar seni kufi? Mesti pernah kan? Tapi yang ini seni kufi yang berlainan dari sebelum ini yang pernah korang lihat. Sebab dekat Amal Kufi korang dapat lihat seni kaligrafi berasaskan benang! 





Nak buat ni, kena banyak sabar, kalau tidak menyimpang kehkehkeh 


Haa menarik weh, Budak Pacak sempat cuba buat sendiri haritu. Diusahakan oleh pasangan suami isteri, seni ini memang memerlukan penelitian dan kesabaran yang tinggi. Boleh je kalau korang nak tempah nama sendiri atau ayat apa - apa. Untuk lihat lebih banyak hasil seni beliau boleh terjah instagram dorang , instagram.com/amalkufi 

5. Seni Kraf Clay 

Diusahakan oleh Lovely Touch Enterprise di U6 Shah Alam, dekat sini korang boleh belajar seni kraf tanah liat yang macam orang jepun selalu buat tu. Ini aktiviti favourite Budak Pacak sepanjang Kembara Kraf Selangor 2015. 




Kengkonon nak buat patung sekali jadi macam orang asli pulak, LOL 


Buat korang yang stress, dan terfikir nak buat sesuatu yang kreatif, boleh datang ke sini dan Kak Kat boleh ajar korang buat pelbagai bentuk menarik untuk dijadikan sebagai hadiah ataupun cenderamata untuk diberi pada yang tersayang 

6. Seni Denim

Selalu tengok orang pakai beg jeans atau denim , dalam hati terfikir mesti susah kan? Haa sebenarnya senang je weh nak buat ni. Yang penting korang ada minat dan kesabaran. Diusahakan oleh Sew Fabby Enterprise, dorang ada buat jualan barangan berasaskan denim . 




Gigihnhya abang ni 


Ada beg, kotak pensil dan macam - macam lah, Ikut je apa pesanan korang, Insyallah dorang boleh buat. Haritu pun dorang ajar kiteorang buat beg duit mini. Haa simple and nice ! Mohon follow dorang di instagram.com/sewfabby 

7. Seni Bunga Tekap 

Terletak di Banting, Laman Kraf Tani Enterprise yang diusahakan oleh Puan Esiah sejak tahun 1999, seni bunga tekap ini semakin mendapat perhatian kerana mempunyai keunikannya tersendiri. 




Ni bukan rekaan ye. Hampir semua kerja Mak Cik Esiah ni boleh buat




Bermula sebagai hobi, kini seni bunga tekap telah menjadi sumber pendapatan Puan Esiah. Seni Bunga Tekap ini boleh dijadikan frame, penanda buku dan banyak lagi. Uniknya kalau korang berjumpa Puan Esiah ni, beliau dapat membaca perwatakan peribadi korang dengan melihat hasil seni bunga yang korang buat. Budak Pacak dah cuba buat, dan ternyata 95% perwatakan Budak Pacak yang dibaca oleh Puan Esiah ni tepat!  Sangat menarik !! 


Jadi itulah antara 7  Produk Kraf Selangor yang sempat Budak Pacak update. Sebenarnya banyak lagi produk kraf di Selangor ni. Haa mana tahu , Kembara Kraf Selangor tahun depan kita akan update banyak lagi? Insyallah ... 


Terima kasih Gaya Travel Magazine & Unit Perancangan Negeri Selangor 


1 comment:

Unknown said...

salam perkenalan.

smartiesmoo.blogspot.kr