November 21, 2015

Pengalaman Mencandat Sotong | Hari Kelima



Pengalaman Mencandat Sotong | Hari Kelima  | Selepas enjoy di hari keempat, hari ini di sebelah pagi kiteorang melawat bandar Kuala Terengganu. Memandangkan esok dah balik ke tempat masing - masing, harini kiteorang mengambil peluang untuk ke tempat - tempat menarik di Kuala Terengganu dan membeli ole - ole untuk dibawa pulang 



Pekan Cina yaw! 

Cuba teka dekat mana? 

Kalau tak singgah sini tak sah trip korang ke terengganu 

Muzium paling besar di Asia Tenggara, Muzium Negeri Terengganu



jum,Alkisahnya time melawat taman tamadun islam,. terjumpa pulak pasangan pengantin ini.
haa femes terus 


Di sebelah petangnya pulak , tibalah masa untuk kiteorang mencandat sotong buat kali terakhir sebelum pulang esok.  Untuk kali, pelepasan akan diadakan di Jeti Duyong Marina & Resort untuk mencandat di Pulau Kapas. 

Kalau sebelum ni, mabuk tahap dewa, kali ini gigih semua orang ambil langkah berhati - hati. Tak nak mabuk la katakan. Siap ambil dua pil mabuk laut. Tapi memang berkesan weh! Tak mabuk langsung.

Beach boy




Masa mencandat hari pertama langsung tak dapat sotong, kali ini Budak Pacak dapat sotong sebesar lengan. Nak jadikan cerita, excited punya pasal semua orang menjerit. Last - last haa sotong tu jatuh balik ke dalam laut, lalu berhuhuhu ramai - ramai , hampa disitu hahahaa .


Sampai je di jeti, kiteorang la paling bising sekali. First sebab excited dah sampai jeti, second sebab nak cover malu kengkonon dapat tangkapan banyak. Apapun macam tahun sebelumnya, event ni menjadi antara best event of the year! Tahun depan kalau ada lagi, sanggup ponteng kelas hahahaa. 

Selfie sebelum balik

Kalau nak tahu, pasangan travel blogger yang kiteorang bergambar ni menang video terbaik. serius gempak!


Pada majlis perasmian penutup dan makan malam BBQ , Budak Pacak turut dapat hadiah best twitter caption sepanjang event ini. Di kesempatan ini , Budak Pacak ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Gaya Travel Magazine, Tourism Terengganu dan kerajaan Negeri Terengganu kerana sudi menjemput kami di Projek Travel ke event yang sangat awesome ini. Harap jumpa lagi di tahun hadapan! 

Baca juga : 


Hari Pertama 


Hari Kedua 

Hari Ketiga 

Hari Keempat

Jutaan terima kasih

Gaya Travel Magazine

Instagram : www.instagram.com/gayatravel


Tourism Terengganu 

0 Budak Rambut Pacak Komen: