• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

January 30, 2015

Ayam Goreng Korea KyoChon Kini Di Pavilion Kuala Lumpur

Ayam Goreng Korea KyoChon Kini Di Pavilion Kuala Lumpur  Siapa pernah tengok drama popular Korea, ' My Love From the Star' ? Kalau korang nak tahu, disebabkan drama inilah telah terciptanya satu trend baru untuk ayam goreng Korea 




Ayam Goreng dari KyoChon dari Seoul ini telah membuka cawangan mereka yang ketiga di Pavilion Kuala Lumpur selepas cawangan mereka dia 1 Utama Shopping Centre dan Menara Hap Seng. Budak Pacak dan Akak Sado sempat terjah ke sana untuk melihat dan merasai Ayam Goreng Paling Sedap ni 









Menariknya mengenai cawangan baru di Pavilion ini adalah cawangan KyoChon yang terbesar di seluruh dunia

Mesti korang tertanya apa maksud Ayam KyoChon ini Kalau nak tahu, Ayam Goreng KyoChon ini telah diasaskan oleh Mr Kwon Won- Kang yang telah memulakan bisnes ayam goreng ini 24 tahun yang lalu di sebuah pekan kecil yang bernama Gumi, Korea Selatan.


Nama KyoChon ini adalah gabungan perkataan Korea 'Kyo'- tulen dan 'Chon'- kampung dan ianya mewakili filosofi KyoChon yang tegas- yang menggunakanan cara yang paling semula jadi dan bersih dalam memproses dan membuat Ayam Goreng KyoChon 






Apa beza Ayam Goreng KyoChon dan ayam goreng yang lain? Jawapannya adalah Ayam Goreng KyoChon menggunakan sos rahsia dan teknik double fry yang istimewa. 

Malah dengan menggunakan  ayam yang segar dan sihat serta bahan semula jadi yang bebas dari sebarang pengawet, MSG dan hormon pertumbuhan telah menobatkannya sebagai ayam goreng terbaik di Korea

Perlu diingatkan ini restoran yang sentiasa memenangi jenama terbaik sejak 2003 ini bukanlah restoran makanan segera .


Muka puas dapat Ayam Goreng KyoChon

Ayam Goreng KyoChon ini serius paling heaven pernah makan. Tidak hairanlah ramai artis yang ingin menjadi duta jenama ayam goren ini. Kalau nak tahu, Superstar Super Junior dan Lee Min Ho adalah duta - duta KyoChon. 

Bagi menghargai peminat di Malaysia , KyoChon akan menjemput duta - duta mereka ini ke Malaysia untuk sesi bertemu dengan peminat. Nak tahu bila? nantikan ye 



Oh ya , bagi Budak Pacak sendiri, menu favourite adalah KyoChon Red Siri. Walaupun ayam yang diperap sos istemewa lada hijau Korea ini pedas tahap dewa, tapi rasa manis - manis pedas dia memang menambat hati. Makan seketul pun serius tak cukup 

Antara pilihan popular lain yang korang boleh cuba adalah 

KyoChon Original Siri 



Ayam Goreng Original yang rangup dan sedap. Cukup sempurna untuk korang yang sukakan rasa asli ayam ini 

KyoChon Honey Siri



 Ayam yang telah dicelup dalam sos madu manis ini mengekalkan kerangupan tanpa rasa berminyak

KyoChon Sal Sal Siri 



Filet ayam tanpa tulang, dengan kerangupan di luar kulit dimakan bersama 3 sos pilihan , Extra Spicy , Mustard Honey dan BBQ . 






Selain Ayam Goreng terdapat juga menu sampingan lain yang korang boleh cuba disini. Yang pasti Ayam Goreng dia memang terangkat habis. Jangan lupa untuk datang mencuba best ayam goreng ini 

Congratulations KyoChon Pavilion For your new grand opening 

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.kyochon.com.my/

Rating Blog Budak Pacak untuk makanan disini - 4 Bintang 

January 27, 2015

Party Of The Century Empire City

Party Of The Century Empire City   Baru - baru ini Budak Pacak telah diundang ke sebuah majlis yang  bertemakan Glamorous 1920, Party Of The Century Empire City. Majlis yang gilang - gemilang ini telah berlangsung di Empire City, sebuah kompleks perniagaan yang akan dibuka tidak lama lagi 






Menyingkap di sebalik tema Glamorous 1920,  tetamu yang hadir rata - ratanya tampil segak bergaya dan menawan dengan penampilan masing - masing. Semasa dapat jemputan ini. Budak Pacak pening juga fikir untuk cari pakaian yang bertemakan 1920. Instead of Tuxedo, I'm planning to come with something new and outstanding! 




Dengan bantuan dan tajaan FBA , I managed to get this awesome suit. Sesuailah kan dengan umur? baru rare!! Terima Kasih FBA!  




Majlis yang penuh gemilang dengan kehadiran VIP dan juga selebriti ini antara lain memperkenalkan Empire City kepada orang ramai. Kalau nak tahu apa yang akan ada di Empire City, boleh rujuk entry yang lepas di SINI









Bercakap mengenai selebriti, ramai selebriti dalam dan luar negara telah hadir bagi memeriahkan majlis dan juga membuat persembahan di sini seperti Kumpulan 2AM , Paris Hilton. Mark Vincent , Taboo dari Black Eyed Peas dan ramai lagi. 




Selain persembahan pentas , terdapat juga beberapa gimik lain seperti pertunjukan hologram Empire City, persembahan kumpulan drum dan akrobatik 


Selfie with Team50MY

Media Selfie. Spot us!

Bagi Budak Pacak sendiri, Party of The Century ini adalah pembuka tirai bagi event terbesar tahun 2015. Berpakaian glamour dan berjalan di atas red carpet. Adakah ada event lain yang mampu menandingi majlis yang berprestij ini ?

Congratulations Empire City 


Apa pun Budak Pacak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Empire City kerana menjemput Budak Pacak dan Team50MY memeriahkan majlis ini. Sudah pasti akan diselitkan sebagai Best Moment in 2015 !


p/s - Gambar yang spot cantik - cantik tu datang dari http://tellmewai.com . terima kasih kepada www.marcsjy.com sebab usahakan gambar untuk Team50MY !

January 23, 2015

Kenapa Perlu Pilih Pak John Steamboat & BBQ


Kenapa Perlu Pilih Pak John Steamboat & BBQ |  Apa bezanya  Pak John Steamboat & BBQ  ini dengan steamboat tempat lain sampai perlu datang makan disini 

Kalau nak tau, make sure baca sampai habis. Budak Pacak pasti mesti ada diantara korang yang terfikir 'alah dah dapat review free mesti la tulis yang baik - baik'

Rilek dulu kawan - kawan segala review yang Budak Pacak tulis semuanya neutral yer. Tak ada lagilah entry yang rasa berat sebelah. Kalau nak tau Budak Pacak sukakan tempat itu atau tidak, bolehlah tengok sendiri pada rating yang Budak Pacak bagi pada setiap entry 
  • 1 Bintang - Sangat Tidak Memuaskan 
  • 2 Bintang - Tidak Memuaskan
  • 3 Bintang - Okay 
  • 4 Bintang - Menarik 
  • 5 Bintang - Sangat Berpuas Hati 

Okay berbalik pada Kenapa Perlu Pilih Pak John Steamboat & BBQ  sebabnya tempat ini berbeza dari tempat lain. Banyak jugaklah tempat steamboat yang Budak Pacak pernah pergi, so far ini adalah tempat steamboat yang paling selesa 



Selain daripada kapasitinya yang besar, tempat ini juga berhawa dingin . The best thing is bila korang tengah makan akan ada band dari bakat youtubers Malaysia menghiburkan korang. 



Tapi band ini akan ada setiap hujung minggu saja, jadi make sure datang pada hari minggu kalau nak dengar bakat - bakat youtubers yang hebat ini 




Oh ya, mengenai pilihan steamboat disini semuanya pelbagai sampai rambang mata nak pilih. Terbaru, pilihan perapan seperti tamarind, kopi , halia , lada hitam , madu , kacang soya telah tersedia untuk grill ayam ataupun daging. 

Yang menjadi favourite Budak Pacak disini adalah daging kopi. Pelik kan tapi bila dah grill dan dimakan panas - panas dia punya feeling tu jangan cakaplah. Heaven 

Sebelum ini , ada juga terperasan di facebook, bila ada pelanggan yang meragui status halal restoran  Pak John Steamboat & BBQ. Okay ini adalah pengesahan Halal dari Jakim . 



Jadi jangan sesekali rasa was - was bila nak makan disini sebabnya korang akan rugi teramat 


Terdapat juga teppanyanki disini







Antara sebab lain Kenapa Perlu Pilih Pak John Steamboat & BBQ  adalah kerana 
  • Pilihan Steamboat Halal
  • Selain steamboat, aneka makanan dan pencuci mulut juga disediakan secara buffet. Pastikan korang cuba dimsum dorang. 
  • Pada hari tertentu ada diskaun khas untuk wanita dan juga pelajar
  • Untuk blogger, 20% disediakan untuk korang 
  • Pilihan yang sesuai untuk adakan acara tertentu
  • Terdapat 6 Pilihan sup yang menjadi kegemaran ramai. Favourite Budak Pacak adalah sup udang dan tomyam 
  • Majlis Sambutan Hari Jadi di Pak John untuk 5 pax PERCUMA 1 pax untuk yang menyambut hari jadi.
Jadi itulah antara sebab kenapa korang datang kesini. Review yang Budak Pacak buat disini adalah untuk cawangan Pak John Steamboat & BBQ  di eCurve . 



Untuk cawangannya di Wangsa Walk, Budak Pacak harap sangat agar kualiti dan kemudahannya dipertingkatkan seperti di cawangan eCurve . Apa - apa pun korang boleh jenguk sendiri di sini untuk merasai best steamboat in town 

Pak John Steamboat Cawangan E-Curve
Lot LG-13A, LG-15,
Lower Ground Floor,
E-Curve, No 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, Petaling Jaya


Pak John Steamboat Cawangan Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02,
Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur

Website :

Facebook :

Rating Blog Budak Pacak untuk makanan disini - 4 Bintang