Perlu Ke Jaga Kebersihan Diri Ketika Melancong|  Haa tajuk bukan main nak panas je kan? Agak - agaknya perlu ke tidak untuk jaga kebersihan diri ketika melancong? Yer la sesetengah orang suka simple je, alasan yang selalu dengar negara tu sejuk, feeling backpackers dan macam - macam lagilah 


Kalau ditanya pada Budak Pacak memang akan dan wajib jaga kebersihan diri, sebab ianya melambangkan peribadi seseorang. Tak kiralah korang gi travel ke atau ke mana sekali pun kebersihan diri tu mestilah diutamakan. Kalau korang tak jaga kebersihan diri, sah - sah la senang kena penyakit sebab tak jaga kebersihan dan kuman senang merebak 

Untuk itu, Budak Pacak syorkan kepada korang Dettol Healthy Fresh Body Wash yang dirumus khas untuk mencegah bakteria dan mengekalkan keharuman sehingga 12 jam perlindungan . Untuk produk terbaru Dettol ini ianya didatangkan dengan haruman ekstrak timun yang berfungsi melindungi dan mengekalkan kesegaran badan 







Sebelum ini, Budak Pacak guna 'produk L' sebab produk tu tahan lama baunya tapi dengan Dettol terbaru ini serius cakap bau dia memang segar gilos. Kadang - kadang sengaja letak tangan dekat hidung sebab suka bau dia, segar je..

 Malah untuk kaki travel semua, Budak Pacak highly recommend Dettol yang terbaru ini. Sesuai la kan, bila travel berpeluh bagai. dengan adanya Dettol Healthy Fresh Body Wash , kesegaran dan keharuman badan masih dapat dikekalkan 




Malah selebritri terkenal , Nana Mahazan turut menggunakan Dettol Healthy Fresh Body Wash  untuk seisi keluarga. Sebelum produk ini dilancarkan, satu survey telah dijalankan dan 83 peratus responden memilih Dettol Healthy Fresh Body Wash .Cakap pasal Dettol tidak hairanlah ianya menjadi pilihan kerana Dettol adalah peneraju jenama antiseptic yang terkenal di dunia sejak 1932. 

Bagi yang nak travel tu , jangan risau produk Dettol ini mesra pengguna, Korang boleh dapatkan produk Dettol Healthy Fresh Body Wash dengan saiz pilihan 250ml, 500 ml , 900ml dan 950 ml . Dapatkan sekarang di pasaraya berhampiran! 
Laugh Die You | Teater Paling Kelakar Pada Tahun Ini! | Sebut nama tajuk pun dah memang tahu akan kelakar apatah lagi bila melihatnya sendiri di hadapan mata korang . Laugh Die You menjanjikan satu persembahan Stand Up Comedy yang paling kelakar pada tahun ini. 





Membariskan pelawak terkenal dari Singapura , Kumar yang mempunyai aura tarikannya sendiri dan pelawak terkenal dari Malaysia yang sememangnya tidak akan buatkan korang kering gusi, Douglas Lim dan Rizal van Geyzel Tidak cukup dengan itu, hiburan paling kelakar ini akan dihoskan oleh Gurmit Singh atau lebih dikenali sebagai Mr Phua Chu Kang 



Dianjurkan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd,  kegamatan malam tersebut bakal menjanjikan keriuhan gelak tawa hasil dari lawak - lawak gabungan Malaysia dan Singapura. Menjangkakan hampir 40000 penonton yang bakal menyaksikan persembahan ini di HGH Convention Centre bermula pada 14 dan 15 May 2015 ini

Buat korang yang berminat untuk hadir dan menyaksikan stand up comedy ini, boleh dapatkan tiket pada harga berikut 


-  RM308 (VIP)
-  RM258 (Gold)
- RM158 (Silver)
- RM108 (OKU Cardholder) 

Untuk pembelian tiket VIP dan Gold,  korang yang dapatkan tiket ini secara Early bird akan mendapat 15% diskaun sah sehingga 31st March 2015. Untuk korang yang tinggal jauh pula, ada berita baik buat korang. 

Dimana jika korang menginap di  Seri Pacific Kuala Lumpur, korang bakal mendapat harga diskaun RM340nett (normal rate at RM638nett) . Segala bukti pembelian tiket persembahan ini harus ditunjukkan sekali semasa membuat tempahan bilik 



Jadi, tunggu apa lagi dapatkan sekarang tiket korang sebab persembahan bertaraf 5 bintang ini bakal mencuit hati korang .Jumpa di sana nanti! 

Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai Laugh Die You boleh hubungi (03)40494325/(03)40425555

Malaysia Best Travel Blog 2015  | Undi Blog Projek Travel |  Kalau korang nak tahu sekarang ni musim para blogger berentap untuk dapatkan gelaran Best Blog mengikut niche masing - masing . Tak terkecuali Blog Projek Travel yang bertanding untuk kategori Best Travel Blog di dalam Malaysia Social Media Week 2015




Dekat sini adalah platform untuk para blogger memperkenalkan lagi blog mereka pada umum seterusnya dinobatkan sebagai blog terbaik mengikut kategori . Jadi di kesempatan ini, Budak Pacak nak memohon jasa baik korang semua untuk turut mengundi Blog Projek Travel bagi merebut gelaran Malaysia Best Travel Blog 2015 .

Pemenang untuk setiap kategori akan dinilai berdasarkan jumlah vote dan juga penilaian hakim. Jadi untuk jumlah vote tersebut , Projek Travel memerlukan ihsan baik korang semua untuk vote blog Projek Travel di dalam kategori Best Travel Blog. Caranya adalah seperti berikut 


1. Pergi ke link 





2Pastikan korang log in facebook korang dahulu , baru boleh vote



3. Cari kategori Best Travel Blog

4. Cari Blog Projek Travel - www.projektravel.com dan klik VOTE 

5. Diingatkan bahawa satu individu hanya layak undi satu blog sahaja di dalam satu kategori 




6. Icon Merah akan muncul jika korang dah VOTE blog Projek Travel 



Jadi segala sokongan korang amatlah dihargai. Kewujudan Projek Travel ini tidak akan lengkap tanpa korang, Para Pembaca yang sangat sporting. Insyallah dalam masa terdekat akan dorang war - warkan satu berita baik sebagai penghargaan buat korang pembaca Blog Projek Travel. So, VOTE sekarang kerana undian akan ditutup pada 5 April ini. All the best to all contestant and good luck! 

p /s - Kalau ada rezeki Insyallah
Ubat Hilangkan Parut  Siapa je yang nak ada Parut kan?  Budak Pacak pun lately ni banyak juga parut dapat lepas daripada accident hari tu. Tapi bila dah diperkenalkan dengan ubat hilangkan parut ni . rasa macam nak cuba pula 

Sebenarnya runsing juga bila fikirkan macam mana nak hilang parut.Tambah pula parut ni ada jenis - jenisnya. Agak - agak korang ada parut jenis ni tak ? 


  1. Parut Hipertrofi

Parut jenis ini sifatnya timbul dan ianya terbentuk sejurus selepas penyembuhan luka.Luka yang disebabkan oleh penghasilan tisu penghubung secara berlebihan. Jika tidak dirawat dengan segera ianya bukan sahaja nampak tak menarik tetapi juga akan ada risiko luka semula atau jangkitan dan
imobilisasi luka yang tidak mencukupi.


     2. Parut Keloid


Parut jenis ini membesar secara berlebihan oleh kerana tisu penghubung yang dihasilkan oleh kulit semasa proses penyembuhan begitu banyak sekali. Tidak seperti Parut Hipertrofi, Parut Keloid

ini menjadi lebih besar daripada kawasan kecederaan asal.  Parut pada bahagian kulit yang tegang mudah menyebabkan parut jenis ini. Faktor genetik boleh juga menyebabkan parut keloid ini. Keloid juga berlaku sepuluh kali lebih kerap pada mereka yang berkulit gelap.


3) Parut Atrofi

Parut jenis ini akan tenggelam. Lazimnya terjadi selepas adanya jerawat atau cacar air. Nampak macam kulit berlubang kecik. Kalau biasa tengok, kulit tenggelam sehingga nampak seperti kawah
atau berlubang kerana kulit tersebut kekurangan kolagen.




Jadi ada tak produk yang boleh hilangkan kesan parut ni ? Mestilah ada, dengan Azanis Scar Serum , semua masalah kulit termasuk masalah kulit kusam, kulit kering dan kulit berminyak dapat dirawati.




 Budak Pacak dapat tahu yang produk ni mampu mengubati parut yang degil termasuk bekas parut yang sudah 10 tahun lamanya 





Korang boleh tengok sendiri testimoninya. rata - rata pengguna bersetuju Azanis Scar Serum berjaya merawat masalah parut. Memanglah banyak petua untuk hilangkan parut ni, tapi berjaya ke tidak cepat ke lambat hahaha gunakan Azanis Scar Serum ni, confirm cepat hilang. Budak Pacak pun nak beli satu, pastu kita sama - sama tengok hasilnya 

Jadi apa tunggu lagi? Kalau betul-betul berminat dan nak dapatkan dengan harga paling istimewa, cepat-cepat ke -> www.pakarparut.com

ATAU 

HUBUNGI SEGERA ✆ SMS/WHATSAPP  : 

Taip " PARUT " hantar ke 019-4886964

Ada tak pembaca Blog Budak Pacak yang dah pernah gunakan produk ni apa kata share dekat sini atau korang yang ada tips hilangkan parut ke, jom share! 



Ubat Hilangkan Parut

by on 20.3.15
Ubat Hilangkan Parut   |   Siapa je yang nak ada Parut kan ?    Budak Pacak pun lately ni banyak juga parut dapat lepas daripada accident...
Media FAM Trip Penang Canon Get Closer |  Okay ini adalah lanjutan entry yang lepas mengenai Kempen Canon Get Closer Korang yang duduk di Penang dah join ke belum? kalau belum baik cepat ada hadiah kamera berjumlah RM 20.000 untuk dimenangi .


Plaza Premium Lounge 

Untuk kempen ini, Budak Pacak telah dijemput oleh Canon untuk ke Pulau Pinang bagi menyaksikan sendiri pelancaran kempen ini. Kiteorang ke sana dengan menaiki pesawat AirAsia. Sebelum itu, gather dulu dekat Plaza Premium Lounge yang terletak di KLIA2 . Kalau datang ke airport mesti kena datang 3 jam awal sebelum penerbangan kan lepas tu kadang - kadang korang tak tau nak lepak mana . selalunya restoran fast food dengan coffee shop la jadi sasaran. 

Lepas ni korang tak payah lepak situ dah, datang je ke Plaza Premium Lounge ini sebab segala - galanya ada disini. Nak minum, makan , tidur even untuk mandi sahaja pun boleh. Segala kemudahan ada dekat sini. Apapun Budak Pacak akan review dengan lebih lanjut mengenai Plaza Premium Lounge ini kemudian. 

Asia Camera Museum

Perjalanan ke Pulau Pinang dari KLIA2 ni mengambil masa hanya 45 minit. Sampai saja di Pulau Pinang, kiteorang dibawa ke Asia Camera Museum yang terletak di Burma Road



Kalau nak tahu pelbagai fakta menarik terdapat di dalam muzium ini termasuklah ianya merupakan Muzium Kamera terbesar di Asia Tenggara , Pemegang Rekod Dunia bagi Kedai yang menyimpan simpanan gambar terbanyak dan banyak lagi



Yang best nya mengenai muzium ini adalah korang dapat lihat,pegang dan mencuba lebih dari 1000 khazanah kamera daripada dulu sampai sekarang. Percaya atau tak , kamera yang telah berabad usianya, masih lagi berfungi seperti biasa 

Menggunakan printer dari Canon, Budak Pacak berjaya cetak kembali gambar 18 tahun lepas tanpa sebarang kecacatan. Love it 


Untuk masuk muzium ini, bayaran sebanyak RM 20 dikenakan untuk dewasa, dan warga emas, pelajar dan kanak - kanak sebanyak RM 10. Dibuka setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 7 petang. Jangan lupa datang ke sini dan mencuba sendiri khazanah 1001 himpunan kamera 

Peranakan Mansion

One thing I Love about Penang because of their buildings . Budak Pacak sebenarnya suka tengok mansion lama yang terdapat di Pulau Pinang ni. Salah satunya adalah Peranakan Mansion yang terletak di Church Street








Didalamnya terdapat pelbagai peninggalan sejarah Peranakan di Pulau Pinang. Kalau sebelum ini, Budak Pacak hanya melawat je didalamnya kali ini , punyalah beruntung sebab dapat lunch didalamnya dan merasa sendiri masakan Baba dan Nyonya


Four Points Penang


Selesai saja lunch , kami terus check in di Four Points Penang. Yer la badan dah penat dan selepas ni kena bersiap - siap untuk majlis pelancaran pulak. Bilik disini memang selesa gilos dan betul - betul berada di sebelah pantai. 





Thank you Canon !


The best moment adalah dapat kejutan daripada pihak Canon bila kami diberi surprise yang sememangnya ohsem Terima Kasih Canon! 


Sekeping Victoria 

Pada sebelah malamnya pula, kami ke Sekeping Victoria untuk menyaksikan sendiri majlis Pelancaran Kempen Canon Get Closer. First time masuk sekeping Victoria ni terpaku sekejap tengok kreativiti di sebalik idea pembikinan tempat ini. Kalau korang yang pernah ke Sekeping Serendah , Sekeping Tenggiri you will know what I'm talking about. hehehe serius cantik mohon google please!








Sempat juga Budak Pacak terjah masuk tengok bilik - bilik dia, memang kreatif. 


Jadi tamatlah sudah Media FAM Trip Penang Canon Get Closer ini, walaupun hanya 2 Hari 1 Malam tetap gempak. Tahniah buat Canon diharap lepas ni buatlah masa lebih sikit boleh jalan - jalan sampai puas kehkehkeh...

p/ s : Coming up next adalah AirAsia Media FAM Trip To Kunming China 


Ultraman Live Di Genting  Biar betul ultraman berada di Malaysia?  yer kawan - kawan. Siapa yang tak kenal ultraman, watak adihero yang sering dimainkan masa kita kecik - kecik . Dari generasi - ke generasi pelbagai watak ultraman telah muncul. Dan sekarang yang paling best korang boleh tengok sendiri secara live serta dapat bergambar bersama ultraman kesayangan korang!






Ultraman Live di Genting ini telah bermula pada 19  Februari yang lalu dan akan tamat pada 29 Mac ini. Budak Pacak berkesempatan untuk melihat sendiri persembahan live ini. Persembahan yang dibawa khas oleh Resorts World Genting ini memang menggamit memori. Bila dapat tengok persembahan ini serius gempak gila!  Budak Pacak bagi 5 Bintang!!











Part yang Budak Pacak paling suka bila di buat montage bahawa Kuala Lumpur diserang raksasa dan ultraman datang selamatkan Kuala Lumpur 





Korang masih ingat lagi tak ultraman Taro , Cosmos , Mebius , Seven  dan Tiga ? kesemua ultraman ini ada di Genting tau Ditambah pula dengan ultraman generasi baru iaitu Ultraman Zero dan Ultraman Ginga menjadikan persembahan ini sangat menghiburkan 




Masa Budak Pacak pergi baru ni boleh dikatakan hampir full house dengan rata - rata pengunjung semuanya adalah yang berkeluarga. Kalau sebelum ini korang cuma tengok aksi luar biasa mereka dalam tv je. inilah masanya untuk tengok secara live 









Buat korang berminat untuk tengok Ultraman Live di Genting ini, boleh dapatkan dengan harga RM 88 bagi tiket VIP dan RM68 untuk tiket PS1.  Kalau korang beli sekarang, korang akan dapat jam projektor Ultraman yang limited edition secara percuma.

 Malah dengan setiap tiket yang korang beli bakal mendapat diskaun 30 peratus bagi setiap pembelian barangan eksklusif Ultraman dan 20 peratus diskaun untuk menjamu selera di Resort Seafood , Hou Mei Resort Hotel dan Coffee Terrace 


Well I already met the ultraman, so  I will tell about this to my kids soon hahaha 



Persembahan ini bermula pada jam 4 petang dan 8 malam setiap hari jangan lupa dapatkan tiket sekarang 

untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi 03 - 2718 1118 

 p /s dulu sanggup ponteng tadika sebab nak tengok ultraman hahaa 

Ultraman Live Di Genting

by on 10.3.15
Ultraman Live Di Genting   |   Biar betul ultraman berada di Malaysia?   yer kawan - kawan. Siapa yang tak kenal ultraman , watak adihero ...