• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

May 31, 2015

Jom Shopping Online Di GEMFIVE !

Jom Shopping Online Di GEMFIVE ! |  Korang selalu shopping online ? Dah bosan dengan rangkaian dan platform online yang sedia ada ? Apa kata shopping di GEMFIVE , sebuah platform membeli belah atas talian yang baharu. 



Budak Pacak telah dijemput ke majlis pelancarannya baru - baru ini yang turut memperkenalkan fungsi dan kelebihan menggunakan GEMFIVE ini. Melalui platform ini, korang bakal jumpa ribuan produk pelbagai kategori termasuklah fesyen , eletronik , kecantikan , kesihatan , gaya dan kehidupan , family dan macam - macam lagi lah.



Produk - produk ini pulak bukan sebarang produk ye sebab disini pelbagai jenama terkenal turut diperkenalkan. Dengan menjanjikannya sebagai mesra pengguna, menawarkan ciri tempatan , mudah alih dan juga sosial, setiap pengguna bakal berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan 



Buat masa ini,GEMFIVE telah bekerjasama dengan lebih daripada 100 penjual yang merangkumi lebih dari 300 jenama tempatan dan antarabangsa. Bercakap mengenai kemudahan, apakah jenis kemudahan yang disediakan ? Kalau nak tahu, antara kemudahan yang disediakan adalah persediaan mudah ( easy set - up ) , pilihan penghantaran lengkap ( fulfillment) , pergudangan , kos penghantaran yang kompetitif serta keadaan ekonomi yang stabil 

Antara jenama fesyen yang ditawarkan di GEMFIVE adalah jenama pakaian model Sakun , Beyond Closet , Stella & Jamie, WhyRed , jeans Neuw Denim , DA+PP , Cheap Monday , Almatrichi dan Pomelo Fashion

Bagi kategori kecantikan dan kesihatan pula, menampilkan jenama popular seperti Annick Goutal , Laura Mercier & Caudalie by Ken's Apothecary , Dr Ko, Tony Moly, dan banyak lagi! Tidak ketinggalan jenama - jenama www.gemfive.com  popular seperti Tefal , Elba , Samsung , Apple dan pelbagai jenama turut didapati disini, 


Jadi tunggu apa lagi , jom shopping di GEMFIVE ! mana tahu harga disini lebih baik dari yang sebenar ? 

Untuk menikmati pengalaman membeli belah serba baharu layari sekarang ! 

Katakan #TakNakSeludup !

Katakan #TakNakSeludup ! | Pernah dengar kempen ataupun iklan mengenai #TakNakMerokok ? Kalau nak tau #TakNakSeludup adalah kesinambungan dari kempen yang lepas . Sempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2015 yang bertemakan 'Hentikan Perdagangan Haram Produk - produk Tembakau ' , Media Prima Berhad telah melancarakan kempen ini bagi membawa mesej dan bekerjasama dalam menghentikan perdagangan produk - produk tembakau haram terutamanya rokok

Ucapan dari Puan Shareen Oi , Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Media Prima 

Dato Akbar Satar , Presiden Transparency International Malaysia 


Budak Pacak turut hadir dan menyaksikan pelancaran kempen ini sebagai menyokong kuat dalam kempen #TakNakSeludup. Yer la sebagai remaja aktif , ada banyak lagi benda yang berfaedah boleh buat selain dari beli dan lakukan perkara yang memudaratkan kesihatan. Memang lah murah kalau dibandingkan antara rokok seludup dan rokok yang sedia ada. 





Tapi cuba fikir? Takkanlah nyawa korang pun murah macam tu sekali kan? Menempah maut namanya tu kawan .Alang - alang membanteras tembakau haram, elok juga kalau korang belajar untuk berhenti merokok. Amalan yang sihat bukan ke bagus untuk kesihatan? 



Dalam kempen #TakNakSeludup tahun ini, pelbagai medium  seperti pesanan khidmat masyarakat, rencana dan laporan khas di platform - platform media berintegrasi milik Media Prima akan dilaksanakan. Melalui medium ini, diharap dapat meningkatkan kesedaran dan berkongsi mesej untuk menghentikan pengambilan dan penjualan rokok - rokok haram 

Bercakap mengenai Hari Tanpa Tembakau yang disambut setiap 31 Mei , ianya adalah usaha berterusan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia ( WHO ) untuk mendidik orang ramai mengenai risiko kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaan tembakau dan rokok haram. 


Bahaya sebenarnya kalau korang tak sedar apa kesan dari  penggunaan tembakau dan rokok haram ni. Tambah - tambah bagi kanak - kanak dan remaja yang masih bersekolah. Kalau mengikut statistik dan kajian yang dilakukan oleh International Tax and Investment Centre dan Oxford Economics pada 2013, Malaysia disenaraikan sebagai negara yang ketiga tertinggi dari 11 negara Asia lain dalam pengambilan rokok haram



Jadi nampak tak kesannya dekat situ ? Jom sama - sama jadi remaja aktif dan menyokong penuh kempen ini. Budak Pacak  menyokong penuh kempen #TakNakSeludup ini. Korang pula bagaimana ? 

May 30, 2015

Restoran Murah Di Wangsa Walk

Restoran Murah Di Wangsa Walk  | Haa korang mesti tak percaya kan ada Restoran Murah Di Wangsa Walk ? Yer la kalau standard mall , nak jumpa paling murah pun kadang - kadang nasi ayam saja pun dah RM 5.00 ++ . Tu tak termasuk GST bagai kan ? 




Sekarang ni kalau korang ke Wangsa Walk, rasa macam bajet kurang ataupun rasa nak makan macam-macam, Budak Pacak cadangkan makan di U Cafe yang terletak di Wangsa Walk. Kalau nak tau, sepanjang pemerhatian Budak Pacak mengenai restoran - restoran di shopping mall ini. U Cafe adalah satu - satunya Restoran yang menyediakan makanan yang murah bermula dari RM 3!


Apa yang korag dapat dengan RM 3 ni ? Haa kalau nak tau dengan harga RM 3 ni korang boleh dapat  Nasi Kukus Ayam Berempah. Murah kan ? Budak Pacak dan beberapa orang lagi telah dijemput untuk kesini bagi mencuba sendiri menu - menu yang ada di U Cafe 





Pada mulanya bila dihidangkan Nasi Kukus Ayam Berempah  , feeling macam dah kenyang la bila dah habis makan . Tiba - tiba satu persatu hidangan yang ada di U Cafe ini dihidangkan kepada kiteorang. Walaweh, ' main kasar' ni. Serius cakap, memang full tahap dewa kot! Dah la sedap dan susah untuk Say No. Nak tak nak, cubalah juga rasa sikit menu - menu yang ada antaranya seperti 


Ayam Belacan
Seafood Platter 

Combo Platter 

Bangkok Jaza Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf 

Nasi Lemak 

Spaghetti Aglio - olio with sea scallop 


Sticky Grilled Premium Lamb Rack

Flying fish Rice with Soy Sauce or Thai Sauce 





Terliur tak ? Dari menu pertama hinggalah menu terakhir memang sedap. Jangan tak tahu sampai ada yang tapau. kehkehkeh 











Macam biasa, menu favourite Budak Pacak di U Cafe ini adalah sup daging dan set kombo western dia. Menu macam selalu dengar dan mungkin biasa bagi korang, haa tapi dekat sini, yang biasalah ni lah yang power ! 






Sup dia kalau teringat confirm punyalah boleh terliur. Dah tak nak cakap korang better pergi terjah sendiri ke U Cafe. Even baru - baru ini, Perdana Menteri kita, Datuk Seri Mohamad Najib pun datang lepak sini. Kalau dah nama pun lepak ,mesti ada faktor tarikannya kan yang membuatkan beliau datang ke sini . 
Sempena Bulan Puasa nanti, U Cafe ini juga termasuk dalam senarai 30 Port Makan yang wajib korang kunjungi untuk berbuka nanti. Dengar - dengar banyak lagi menu baru akan diperkenalkan. Jadi sama - samalah kita tunggu .Terima kasih Bro Jamar dan U Cafe sebab jemput Budak Pacak makan dan naikkan berat badan dekat sini. hahahaa...


Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook U - Cafe -

Baca juga entry Bro Jamar di sini - http://jmr23.com/2015/05/27/siapa-dia-food-blogger/

May 29, 2015

Sedap Sangat Ke Aiskrim JWEL ?

Sedap Sangat Ke Aiskrim JWEL ?  |  Haa! Sedap sangat ke aiskrim ni sampai orang asyik sebut pasal aiskrim ni lately ni ? Memang sedap pun ! Budak Pacak ada dapat a box of complimentary JWEL Ice-cream dan dah cuba kesemua 5 perasa aiskrim ni iaitu 

The Decadent Duke of Vanilla iaitu perasa Vanila 
The Curvaceous Countess of Tiramisu bagi perasa Tiramisu 
The Delectable Duchess of Double Chocolate bagi perasa Coklat 
The Extravagant Earl of Caramel bagi perasa karamel 
The Brazen Baron of Dark Forest bagi perasa Dark Forest



Aiskrim ini sebenarnya adalah aiskrim terbaru keluaran F&N Creameries. Nama - nama yang diberi melambangkan bagaimana pembeli boleh bayangkan kesedapan dan tekstur aiskrim ini sebelum dibuka .




Serius rasanya memang heaven dan memang kena dengan tema dan teksturnya yang begitu elegan dan ceria ! Mesti korang terfikir, nampak mewah , kemasan pun semacam je dah tentu harga mahal kan ? Sebenarnya JWEL Ice Cream tak de la mahal pun. 

Confirm punya korang dapat beli dan eat like a king and queen!  Nak tahu harga ais krim premium ini? Sebatang aiskrim ini cuma berharga RM 3.70 dan kalau korang nak beli multipack pun boleh. Harganya cuma  RM 14.60 yang mengandungi 4 pilihan perasa aiskrim 

My Favourite ! 


Murah kan? Jadi lepasni bolehlah korang pergi dapatkan aiskrim yang gila ohsem ni dekat hypermarket dan supermarket yang terdekat seperti Tesco , Giant dan lain - lain. 

Dorang dah, korang bila lagi ? 


Untuk maklumat lanjut mengenai aiskrim ni, korang boleh ke pautan berikut haa jangan lupa follow update dorang juga manalah tahu ada aiskrim free , contest atau apa - apa promosi ,boleh korang grab cepat - cepat kan? Jangan lupa dapatkan JWEL Ice Cream ini sekarang! 



Website: www.jwel.my
Instagram: @JWELmy

May 28, 2015

Hotel Terbaik Di Kelantan

Hotel Terbaik Di Kelantan  |  Kalau sebelum ini, Budak Pacak ada bagitau yang Hotel Perdana Kota Bharu antara Hotel yang menyediakan makanan paling sedap pernah Budak Pacak kunjungi. Yer la dah banyak inspection hotel dibuat bagai, so kita tahu la mana hotel yang sedap , so - so dan tak sedap enn? 




Jadi kalau di Kelantan ini, Budak Pacak juga berani cakap yang Hotel Perdana Kota Bharu ini merupakan antara Hotel Terbaik Di Kelantan. Nak tengok terbaik ke tidak, bukan hanya pada bilik ye kawan - kawan. Saat menjejak kaki ke dalam hotel ini , korang dah boleh rasa feel dia. Senyuman para staff yang tak lekang dari mulut serta services yang sangat mesra pasti akan membuatkan korang excited untuk rasa suasana di biliknya pula .

Terbahagi kepada dua wing atau bangunan yang tersedia 272 bilik dan suites , wing ini dinamakan Classic Wing dan Executive Wing. 

Classic Wing 
  • Deluxe Classic 
  • 6 Accessible rooms
  • Premier 
  • Deluxe Premier '
  • Deluxe Suit 













Executive Wing 
  • Perdana Executive 
  • Perdana Suite 
  • Presidential Suite 
  • The Royal Suite 
Trip baru - baru ini, kiteorang dapat Perdana Executive,dan first thing to check adalah dia punya tilam dan bantal. Haa ramai yang tak tahu pasal ini. Kalau nak tahu, hotel tu cekap menyediakan kelengkapan biliknya atau tidak, cuba tengok dia punya tilam dan bantal. Untuk Hotel Perdana Kota Bharu 100% LULUS ! Mana tidaknya bantal dia gilos sedap , baring terus terlena 


Setiap bilik di sini dilengkapi IDD telephone, TV LCD 32 inci dan 40 inci di dalam Suites room, minibar , coffee & tea making facilities, seterika dan papan seterika . meja menulis , peti keselamatan eletronik , Penghawa dingin ,Shower Tub di dalam Classic Wing dan Shower Stall dan  Bath Tub yang berasingan di dalam Executive Wing  dan juga Hair Dryer 

Kalau nak tahu, Hotel Perdana Kota Bharu sebelum ini ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan juga pembaikan. Budak Pacak difahamkan hampir 99% Peratus landskap dan kelengkapan hotel ini diubahsuai. Sebaik saja dibuka semula pada Ogos 2013, hotel ini terus menjadi tumpuan pelancong dan juga badan - badan korporat. 


Bercakap mengenai korporat, buat mana- mana organisasi yang nak buat  jamuan atau mana - mana acara, apa kata pilih Dewan Bunga Emas, yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti menyediakan kapasiti hingga 500 orang , 275 parking lot. 3 parking bas,  30 parking untuk motorsikal . Selain dewan, dekat sini juga disediakan 8 function rooms yang boleh memuatkan 30 - 100 orang dalam satu masa 




Hotel Lima Bintang ini tersangatlah strategik . Mana tidaknya, kalau nak ke Lapangan Terbang hanya 15 minit dari sini, nak ke stadium ? Tak payah rushing , sebab stadium terletak bersebelahan Hotel Perdana dan banyak lagilah tempat - tempat menarik yang hanya berhampiran hotel ini. Itulah sebabnya, korang kena cuba Perdana Trail ! 


Satu program pelancongan yang disediakan Hotel Perdana Kota Bharu khas untuk para pengunjungnya. Buat yang tidak tahu apa itu Perdana Trail boleh rujuk DISINI. 





Pilihan tempat makan ? Jangan risau , dekat sini ada 5 restoran dan kafe yang disediakan khas untuk menambat selera para pengunjung. Budak Pacak dan rakan blogger yang lain sempat mencuba 4 restoran dan kafe disini iaitu Cerana Coffee House yang menyediakan makanan western dan local , Jade Restaurant menyediakan masakan Thai dan juga Chinese, Eleven Rooftop Restaurant pilihan untuk makan dan menghayati pemandangan bandar Kota Bharu yang juga merupakan satu - satunya restoran dan juga restoran yang terletak di Rooftop dan Anjung Terrace , pilihan untuk makan di tepi pool.  


Satu lagi cafe iaitu , Rebab Cafe, Budak Pacak tak sempat pula nak cuba. Tapi yakin dan pastilah mesti sedap memandangkan yang kesemua empat tadi memang sedap dan berbaloi ! 



Kalau nak tahu, baru - baru ini Hotel Perdana Kota Bharu telah menerima Certificate of Excellence bagi tahun 2015 oleh dari Trip Advisor ! Tahniah diucapkan !! Jadi buat korang yang tertanya nak stay dekat mana kalau datang ke Kota Bharu ini, bolehlah menginap di Hotel Perdana Kota Bharu . 

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi 609.7458888 atau fax di 6097488855


Terima kasih Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia untuk trip yang awesome ini! 


Baca ini juga 

PENGALAMAN 3 HARI 2 MALAM DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU 



Untuk maklumat lanjut mengenai hotel ini boleh layari 









Address

Jalan Mahmood

15200 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia

Website