• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

June 30, 2015

Hidangan Thai Di Chakri Palace

Hidangan Thai Di Chakri Palace  | Dah bosan dengan makanan yang biasa ? Apa kata ubah selera korang di bulan Ramadhan ini dengan mencuba aneka makanan thai di Chakri Palace. To be honest, makanan Thai dan Jawa memang favourite Budak Pacak. So bila dapat review disini memang happy to the max! 



Sempena Bulan Ramadhan ini, Chakri Palace telah menawarkan pelbagai menu asli Thai yang jumlah keseluruhannya lebih dari 50 menu. Banyak kan ? Cakap je nak makan apa ? Somtam , Tomyam , Pulut Mangga, Ulam Daun Kaduk , Lamb Thai Green Curry dan banyak lagi 





Semua menu - menu ini dimasak oleh Chef Sollahuddin Nutto yang berasal dari Thailand, so kalau korang nak rasa masakan pure Thailand inilah tempatnya. Dan Chakri Palace ini pernah tersenarai sebagai Top 10 Restaurant in Kuala Lumpur. Kalau dah tersenarai mesti sedap kan ? 

aneka kerabu

Pulut Mangga 

Pisang Rebus 

Red Ruby water chestnut 

Ulam Daun Kaduk

Tomyam 


Mempunyai 3 cawangan iaitu di Suria KLCC , Pavilion dan Alamanda Putrajaya. Setiap dari cawangan ini berbeza dari segi harganya 




Untuk Ramadhan buffet ni macam biasalah, korang kenalah buat tempahan dahulu untuk elakkan dari menunggu. Jadi untuk tempahan korang boleh hubungi nombor yang tertera 

Suria KLCC : 03 - 2382 7788 / 0887 
Pavilion KL : 03 - 2143 1141
Alamanda : 03 - 889- 1616 


Budak Pacak plan nak kesini dalam masa terdekat, ada sesiapa yang nak join ? 

June 29, 2015

Khasiat Pati Kurma LivYoung Noni Al-Qurma

Khasiat Pati Kurma LivYoung Noni Al-Qurma | Bulan - bulan puasa ni mesti confirm ada diantara korang yang cepat letih , lesu dan kadang - kadang kesihatan tidak menentu. Sebagai remaja aktif, Budak Pacak sangat pentingkan gaya hidup yang sihat. Yer la kadang - kadang buat 2- 3 kerja sekali dalam sehari memang banyak tenaga diperlukan




Jadi supplement atau mana - mana produk yang berkhasiat memang Budak Pacak sangat teliti dalam pengambilannya. Bila diperkenalkan dengan LivYoung Noni Al-Qurma , minuman pati campuran kurma dan mengkudu ( Noni)  100% Tulen yang mengandungi lebih dari 150 jenis nutrien penting seperti kandungan antioksidan yang paling tinggi , scopoletin dan SOD ( Superoxide Dismutase ). 

Jangan tak tahu, sebab nutrien ini menyumbang kepada 
  • detoksifikasi,
  •  mengimbangkan hormon , 
  • meningkatkan sistem imun dan tenaga 
  • menghilangkan keletihan terutama ibu mengandung 
  • Buat para ibu, memastikan susu ibu sentiasa cukup dan kualiti terjamin dibekalkan kepada bayi
  • Mencegah gangguan usus 
  • Mengakalikan badan 
  • pembinaan otot dan memelihara sistem saraf 
  • Meningkatkan fungsi dan memori otak 
  • Sebagai penguat memori 
  • peremajaan organ - organ utama 
Khasiat kurma ? Kurma sendiri pun dah memang terkenal dengan pelbagai khasiatnya kan? Sebab ianya mampu membersihkan badan dan memberi tenaga. Pada mulanya bila tengok warna jus pati LivYoung Noni Al-Qurma ni, agak macam rasanya pahit ala - ala macam cuka kurma.



Tetapi bila dah minum , tak pahit pun dan tak teragak - agak untuk minum lagi sebab rasanya sedap dan minuman ini dijamin tanpa penambah rasa dan gula . Thats why ianya sangat berkhasiat 



Mesti ada diantara korang tertanya bagaimana cara pengambilannya ? Caranya simple je , cuma perlu campurkan dua sudu besar jus pati LivYoung Noni Al-Qurma ini kedalam air suam atau sejuk. Jangan campur dalam air panas ye nanti hilang semua zat. Selain itu, tidak ada had pengambilannya cuma untuk mengekalkan kestabilan dan kesihatan badan, cuma tidak digalakkan untuk meminumnya lebih dari 4 gelas sehari 



Macam Budak Pacak, mesti minum LivYoung Noni Al-Qurma ini sebelum tidur untuk dapatkan tidur dan rehat yang cukup dan berkualiti. Untuk minuman ini jangan risau ianya sesuai untuk semua lapisan  umur bermula dari umur 2 tahun ke atas dan juga ibu yang mengandung 

Dekat mana nak dapatkan jus pati LivYoung Noni Al-Qurma ? Haa korang boleh dapatkan di laman web rasmi dorang www.livyoung.com


Jadi tunggu apa lagi ? Dapatkan jus pati LivYoung Noni Al-Qurma ini dan amalkan gaya hidup sihat


June 27, 2015

AirAsia Free Seats!

AirAsia Free Seats! | Yeay AirAsia Free Seats! kembali lagi ! Korang dah check laman web AirAsia dan pilih destinasi kegemaran korang untuk perjalanan 15 Februari hingga 31 August 2016 ? Jika belum sila terjah sekarang sebab AirAsia telah menawarkan 3 Juta Tempat Duduk secara PERCUMA

 http://airasia.com/


Rugilah kalau korang terlepas peluang ini, sebab apa yang Budak Pacak tengok jadual dan harga bagi penerbangan tahun depan memang gila - gila murah dan berbaloi tambahan pula durasi untuk korang memilih jadual penerbangan  AirAsia Free Seats kena pada musim festival dan perayaan di kebanyakan negara. 

Kebanyakan negara ? Yes! Sebab dengan  AirAsia Free Seats korang boleh kemana sahaja yang korang inginkan tetapi ingat korang kena cepat, lambat nanti akan terteralah di skrin gadget korang - 5 more seats left , 4 more seats left , 3  more seats left , 2 more seats left , 1 more seats left dan akhir sekali Not Available pastu menangis sebab terlepas hahaha. 

Cakap pasal  festival dan perayaan , korang ada tak impian untuk melihat sendiri perayaan di negara orang secara lebih dekat ? Kalau Ya, apakah nama perayaan dan negara yang ingin korang lawati ? 



Jika diberi peluang dengan AirAsia Free Seats ini, Budak Pacak ingin membawa kawan baik Budak Pacak ke Seoul Korea ! Selain dari negara yang sangat cantik, Korea juga merupakan antara negara yang kaya dengan pelbagai perayaan dan festival yang menarik. Kalau sebelum ni, kiteorang asyik tengok dalam movie je , alangkah bestnya kalau dapat alami dan menjejak kaki sendiri ke Korea. Bak kata Wak Doyok, Ke Korea Ke Kita .hahaha

Tengah - tengah fikirkan pasal Korea, Budak Pacak datangkan imaginasi Budak Pacak melalui lukisan doodle di bawah. Jadi mari lihat apakah perkara yang menarik mengenai Korea dan festival di sana 

Penerbangan KUL - ICN 



Didatangkan dengan jadual penerbangan sebanyak 14 kali dalam seminggu dari Kuala Lumpur  (KUL)  ke Seoul (ICN) menggunakan AirAsia X , Korea menjanjikan 1001 kenangan yang pasti korang tak akan lupakan. Sebagai sebuah negara yang membangun, antara fakta menarik mengenai Korea adalah 

  • Kaya dengan makanan yang sedap sehingga terkenal di seluruh dunia 
  • Penduduknya adalah tua setahun dari jangkaan umur yang sepatutnya 
  • Negara yang mempunyai kompleks membeli belah yang terbesar di dunia 
  • Kesemua atap di Korea mempunyai lengkungan yang melambangkan senyuman 
  • Disini, diorang mempercayai setiap kelas darah mewakili perwatakan masing - masing 
  • Korean Kimchi tertakluk di bawah UNESCO
  • Negara yang mempunyai kelajuan internet paling pantas di dunia 
Bila dah kesini, sudah pasti kiteorang akan menjelajah bandar Seoul untuk melihat sendiri festival - festival yang ada. Antara festival yang terkenal dan wajib korang alami sendiri adalah 





Kalau nak tahu Bonghwa Eun-Uh yang bermaksud ikan manis hidup dengan aktif di perairan sungai Korea.





Festival yang menjadi acara setiap tahun ini sangat terkenal dan Budak Pacak difahamkan sungai di sini sangat jernih dan ikan - ikannya sangat banyak sehingga boleh tangkap menggunakan tangan . Selepas tangkap , kebiasaanya ikan tersebut akan dimasak secara fresh dan dimakan beramai - ramai! Kalau kiteorang pergi mesti meriah hahaaha




Yang ini pun best ! Festival ini merupakan festival ais terbesar di Korea  dimana korang boleh menangkap ikan , bermain ski, ice soccer dan banyak lagi . 






Kalau nak tahu, setiap tahun di festival ini berjaya mencatat lebih dari 1,000,000 pengunjung! Giler meriah . kalau kiteorang berjaya ke sini, ini adalah pengalaman pertama kiteorang bermain dengan ais ! 



Dah datang ke Korea , tak lengkap jika tak mencuba aneka makanan yang terkenal di seluruh dunia ! menerusi Festival Seongbuk Culture Diversity , iaitu festival pengenalan aneka makanan yang terdapat di Korea ini untuk diperkenalkan kepada para pengunjung. 



Kalau Budak Pacak and The Gang datang kesini, sudah pasti kami akan Eat Like Boss ! Tak sabar rasanya untuk mencuba Kimchi, Bibimbab , Korean Fried Chicken , Samgye-tang(Chicken ginseng pot), BBQ beef dan banyak lagi! 



Baju Melayu , Sari , Cheongsam dah memang jadi identiti di Malaysia.So Korea? once kiteorang dekat sini, pasti tak nak lepaskan peluang untuk sertai Hansan Ramie Fabric Cultural Festival iaitu festival pakaian tradisional yang diperbuat dari Ramie sejenis fabrik traditional. 





Di samping korang boleh mencuba pakaian - pakaian yang ada, korang juga boleh melihat pertandingan fashion show dan juga pertunjukan bagaimana pakaian ini dihasilkan. Pasti menarik bukan ? 

Haa jadi itulah antara festival yang Budak Pacak dan rakan - rakan teringin sangat nak sertai. Selain dari festival di atas, Korea turut highlight kan pelbagai festival yang lain seperti 

Menerusi AirAsia Free Seats , korang boleh pergi dan sertai pelbagai festival di seluruh dunia. Tetapi ingat kenalah booking terlebih dahulu dan promosi ini juga akan berakhir pada 28 Jun 2015. Jadi buat korang yang tak terjah laman web AirAsia tu pergi cepat dan klik http://airasia.com/



Terima kasih AirAsia atas promosi ini, Budak Pacak percaya ramai yang berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki kapal terbang melalui promosi AirAsia Free Seat 


June 26, 2015

Tempat Buffet Ramadhan Menarik

Tempat Buffet Ramadhan Menarik  |  Mungkin ada diantara korang yang tahu dan mungkin juga tidak tahu yang sempena Bulan Ramadhan ini Blog Budak Pacak akan cuba mencari 30 lokasi atau port tempat berbuka yang menarik untuk direview sekitar Kuala Lumpur dan Selangor 


Setiap tempat mempunyai keunikannnya masing - masing dan untuk tempat ini, Budak Pacak boleh katakan antara lokasi atau Tempat Buffet Ramadhan Menarik sepanjang food review yang dijalankan. 



Kalau nak tahu , tempat ini adalah Asmara Penchala by Felda D' Saji yang terletak di Kg Sg Penchala , Kuala Lumpur

Untuk ke sini, mudah sahaja. Ianya terletak berhampiran One Utama, Empire City yang kini dalam pembinaan. Kalau dah nampak landmark ni, kira dah dekat la tu sebab Asmara Penchala by Felda D' Saji berada di belakangnya. So bila dah nampak Petronas tu, make sure ambil kiri dan terus je sehingga nampak restoran yang tersergam indah ini 




Dengar nama pun dah sedap, apatah lagi tempatnya. Pertama kali bila Budak Pacak menjejak masuk ke dalam restoran ini bersama - sama rakan Projek Travel yang lain, kiteorang begitu kagum dengan landskap dan dekorasi Bali yang digunakan di dalam restoran ini. Sangat tenang dan menarik ! 



Menggunakan dekorasi Bali, korang boleh lihat sejak dari pintu masuk sehinggalah ke meja dan tempat duduk yang disediakan. Untuk kali ini, kiteorang begitu bertuah sebab berpeluang untuk makan di bawah gazebo yang sememangnya disediakan khas untuk para pengunjung yang inginkan privasi dan lebih tenang. Untuk makan di bawah gazebo ini, korang hanya perlu tempah dan tambah RM 50.  Ianya berkapasiti 2 hingga 8 orang. 





Sesuai sangat weh untuk korang yang nak candle light dinner tu! Kiteorang yang makan dekat sini pun tak nak bangun dari tempat duduk sebab terpesona dengan landskapnya . Itu baru cakap pasal dekorasi  Asmara Penchala by Felda D' Saji belum lagi sentuhan makanannya 

Dengan pilihan hampir 70 hidangan yang disediakan setiap hari, pelbagai masakan nusantara boleh didapati disini. Siapa tak kenal dengan D'Saji yang sememangnya sudah terkenal dengan penyediaan makanannya yang terbaik. Untuk pengetahuan korang, Asmara Penchala ini baru sahaja diambil oleh D'Saji disebabkan keunikan yang ada pada Asmara Penchala ini. 

Jadi lepas ini tak payah susah - susah nak ke Jalan Semarak untuk merasai hidangan D'Saji sebab dekat area Sg Penchala ini dah ada. So buat korang yang shopping dekat area One Utama tu confirm sesak punya dengan orang kan ? Haa lepas ini datang je makan dekat sini sebab Budak Pacak boleh gerenti tempat ini akan membuatkan korang tak nak balik ! Best weh 

Bila ke sini , jangan lupa untuk mencuba aneka masakan nusantara seperti Daging  Palembang , Gulai Telur Itik Masak Lemak Bersama Mangga,  Sambal Hitam Pahang ,Sambal Udang Pegaga , Gulai Siput Sedut dan banyak lagi 

Sambal Hitam Pahang 


Ikan Sweet Sour 

Sambal Kepah

Daging Palembang 

Nasi Kebuli Kambing 

Gulai Telur Itik Bersama Mangga 

Aneka Mee 

Roti John 

Sudut Bakar 

Celup - celup 



Nak western ? Haa bukan setakat western , hidangan mee, celup - celup, goreng - gorengan serta aneka pencuci mulut tersedia disini. Dengan harga RM 59 bagi dewasa dan RM 35 bagi kanak - kanak memang puas hati! 

Ruang makan berhawa dingin




Tambahan pula kemudahan yang disediakan seperti surau yang besar , lot parking di sekeliling restoran serta boleh memuatkan 800 pengunjung dalam satu masa cukup selesa untuk korang menjamu selera disini. 

 Asmara Penchala by Felda D' Saji juga menyediakan tempahan pelbagai acara untuk dibuat disini, Cakap je party, majlis perkahwinan, Dinner semuanya boleh. Jadi ingat yer, korang wajib datang kesini dan rasai sendiri keistimewaannya . Kalau ditanya Budak Pacak, of course  I will come back here ! 

Untuk maklumat lanjut : 

Address :
Lot 2933,
Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur‎

Google Map Direction:

Email: