Pakej Perkahwinan Lengkap Murah 2016 | Budak Pacak yakin mesti korang tercari - cari  Pakej Perkahwinan Lengkap Murah 2016 



Selepas Asmara Penchala, kali ini Budak Pacak bawakan kepada korang pakej perkahwinan 2016 yang disediakan oleh pihak Felda D'Saji. Kali ini Budak Pacak berkesempatan untuk datang dan melihat sendiri persediaan perkahwinan yang disediakan oleh pihak Felda D'Saji yang terletak di kawasan yang sangat unik iaitu Orchard Villa di Gombak 






Kalau di Asmara Penchala berkonsepkan bali, di sini ianya berkonsepkan perkahwinan di dalam dusun. Unik dan sangat cool okay? Siapa cakap buat dekat dusun tak meriah? Meriah okay dan sangat sejuk. Sebelum ini kita asyik dengar perkahwinan dalam dewan , taman , rumah kan? This time brought to you by Felda D'Saji, perkahwinan dalam dusun! Menarik gilos 










Perkahwinan ikut tema ni mesti ada yang beranggapan tampak eksklusif dan mesti mahal. Haa, mohon buang ketepi fikiran itu ye. Sebab Felda D'Saji telah menyediakan pakej perkahwinan murah iaitu RM 25 bagi seorang tetamu. Tapi ada 2 harga tau RM25 untuk pakej biasa dan RM30 untuk pakej premium

Jumlah tetamu yang diperuntukkan minima adalah sebanyak 600 orang. 

Apa yang korang akan dapat dalam pakej ini ?

  • tempat yang cantik 
  • tambahan 3 hidangan di meja pengantin yang akan ditentukan Chef D'Saji
  • kelengkapan yang serba lengkap ( kerusi, meja, etc ) 
  • meja utama untuk tetamu vvip maximum 10 orang dengan segala hiasan dan gubahan bunga segar disediakan
  • Penyediaan empat ( 4 ) set meja berhidang heated dome untuk tetamu khas lengkap 
  • dengan Napkin, Alas Meja Bulat & Overlay serta set crockeries dan cutleries jamuan 
  • secukupnya.
  • kemudahan seperti parking yang besar, surau dan tandas
  • Set pelamin serta audio 
  • Set pilihan makanan 
  • Pilihan warna dan konsep 
  • Perkhidmatan pegawai RELA 
  • dan banyak lagi ! 
Tambahan untuk pakej Premium, selain dari atas, korang akan dapat 

  • Penyediaan sepasang baju pengantin L/P + make up 1x + aksesori pengantin secukupnya oleh kontraktor yang telah di lantik oleh Felda D’saji Sdn Bhd.
  • Penyediaan senior fotografi iaitu ( Lenso Fobia ) termasuk Story Album min 20 m/s, Frame 8’x12’, CD Umlimited Shoot Serta menyediakan juga Outdoor Session.
cakap pasal D'Saji ni, masakan dan katering dia memang tak boleh disangkal lagi sebab dah terbukti memang sedap gilos dan berkualiti! Malah korang boleh buat food testing seramai 10 orang bagi merasai kepuasannya 

Tak cukup dengan itu, pramusaji DSaji akan sentiasa berada di majlis korang nanti 













Tak pernah lagi tak sedap. Budak Pacak dah merasai sendiri katering mereka di 3 tempat iaitu di Dewan Perdana Felda jalan semarak, Asmara Penchala dan yang terkini di Orchard Villa sendiri semuanya tidak mengecewakan 

Tidak hairanlah Felda D'Saji kini telah melebarkan sayap hampir 13 cawangan termasuk dua lokasi yang bakal dibuka di Kajang dan Putrajaya. 

Mestti korang ada banyak persoalan kan? Haa meh Budak Pacak senaraikan FAQ yang mungkin menjawap korang punya persoalan 

Q.  Selain menu yang disediakan , adakah kita boleh tambah menu lain? 
A. Boleh, tetapi katering mestilah dari D'Saji

Q. Adakah menu seperti kambing golek disediakan? 
A. Ada dan harganya adalah RM 1500 untuk seekor 

Q. Adakah majlis boleh diadakan pada dua sesi siang dan malam? 
A. Ya, dan selalunya majlis berlangsung selama 5 jam dan boleh dilajakkan mengikut permintaan pelanggan tanpa sebarang cas 

Q. Adakah pelanggan boleh menggunakan khidmat pelamin diluar?
A. Boleh tetapi ada cas yang dikenakan memandangkan pakej yang disediakan oleh D'Saji merangkumi semua kelengkapan perkahwinan 

Q, Berapakah jumlah meja yang diperuntukkan ?
A. selalunya 32 meja dan akan 5 meja atau lebih akan ditambah oleh pihak D'Saji tanpa sebarang cas

Q. Berapakah jumlah kapasiti yang boleh dimuatkan dalam satu masa 
A. 500 


Jadi itu mungkin persoalan yang akan ditanya oleh korang. Kalau ada pertanyaan lagi, boleh je korang tinggalkan di ruangan komen di bawah.



surau yang disediakan

ruangan parkir 

ruangan makan outdoor 


Selain pakej perkahwinan bertema, pakej majlis - majlis lain pun ada dibuat disini seperti pakej makan malam, majlis pertunangan . majlis aqiqah , majlis akad nikah , barbeque buffet, hari keluarga, kem motivasi dan juga seminar. Bak kata orang, just name it!

Bagi Budak Pacak sendiri, pakej ini dah cukup lengkap sebab dengan satu harga dapat complete semua majlis korang. Bayangkanlah suasana di dalam kebun, di tepinya pula ada sungai memang sangat cool dan tenang!


untuk lagi maklumat lanjut dan tempahan, korang boleh hubungi 

Pejabat jualan ; 03 - 2698 8302 
email - saledsaji@felda.net.my
norsyaiful.n@felda.net.my



Pengalaman Mencandat Sotong | Hari Ketiga |  Awal pagi kiteorang dah check out dari hotel yang cantik ini dan kembali ke bandar Kuala Terengganu untuk ke daerah seterusnya. Kali ini kiteorang akan ke Setiu bagi melihat dan mencuba pelbagai seni warisan negeri Terengganu 
 





Dalam jam 1 tengahari macam itu, kiteorang tiba di Pantai Peranginan Rhu 10, Setiu bagi menikmati jamuan tengahari yang sudah pastinya menghidangkan aneka makanan asli Terengganu . Kengkonon nak diet, kelaut juga bila tengok makanan yang sedap belaka








Perut dah kenyang bagai, kiteorang menuju pula ke Pekan Budaya Setiu. Haa kalau nak tahu dekat sini, terdapat pertunjukan gasing terbang, silat, pertandingan wau cantik. pertandingan gubahan buah dan tuala dan macam - macam lagilah. 




Sempat juga Budak Pacak merasa emping. Tengok macam biasa, tak berselera langsung. Tapi bila sorang makcik ni hulurkan suruh rasa. Hrmm, sedap pulak rasanya. Lemak masin gitu! 
 


Di sebelah petangnya pula, kiteorang bersedia untuk basah sebabnya untuk petang ini kiteorang akan mengutip kepah di Muara Kuala Baru.Kampung Mangkuk Setiu. Ini adalah pengalaman pertama Budak Pacak turun ke muara untuk mengutip kepah. Pada mulanya agak kekok untuk cari. Yer la dah terbayang dalam kepala takut kaki kena kepit dengan kepah







Bila dah biasa, mulalah seronok kesana sini cari kepah. Bila korang raba - raba dalam air, rasa berat je. Haa itu mungkin kepah, tapi banyak jugaklah terambil batu dan siput hahahaha..


Serius riuh rendah dengan suara peserta Pesta Mencandat Sotong Antarabangsa Terengganu. Rata - rata ini adalah pengalaman pertama. 

meet World Famous Travel Blogger


Bila dah selesai, badan pun dah penat bagai, kiteorang pun menuju ke Primula Hotel untuk menikmati jamuan makan malam sebelum balik berehat dan tidur. 





Esoknya aktiviti akan ada lagi best! Kalau korang nak tahu apa, nantikan update hari keempat ya ! 


Baca juga : 


Hari Pertama 


Hari Kedua 


Jutaan terima kasih

Gaya Travel Magazine

Instagram : www.instagram.com/gayatravel


Tourism Terengganu 





Ubah kualiti ke HD ya untuk kualiti yang lebih bagus 

Selangor Culinary Adventures Part 2 |  Awal - awal pagi lagi kiteorang dah check out dari The Kabin nak menuju ke Homestay Sungai Sireh untuk bersarapan dan meneruskan aktiviti disana. 


Expectation Budak Pacak bila disajikan sarapan be like Nasi Lemak, Kuih sepotong dua and Teh O. Tapi sampai saja disana mak aih terkejut kot. Tertanya ni lunch ke Sarapan negeri mana nih 

Haa kalau nak tahu sarapan kiteorang pagi itu adalah 

  • Ubi Goreng
  • Pisang Goreng
  • Sambal Pedas Kicap
  • Ikan Goreng Tepung
  • Bihun Goreng Telur Mata
  • Kuih Muih
  • Air Rocoh 


Haa pernah dengar Air Rocoh Budak Pacak difahamkan ini adalah minuman dari Jawa. Korang yang jawa tu mesti tahu kot. Sirap Bandung yang telah dicampur bersama tapai dan diminum begitu sahaja. Nampak pelik tapi sedap weh. Bergelas - gelas Budak Pacak tambah. First time cuba 




Perut dah kenyang tibalah masa untuk lakukan tugasan. Untuk tugasan kali ini kiteorang menaiki tram. Haa bukan main Kampung Sungai Sireh ni siap ada tram khas lagi untuk pengunjung








Tugasan kali ini, kiteorang dikehendaki membuat rempeyek. Sebelum ni tahu makan je tak tahu la pulak macam mana nak buat rempeyek. Bahan yang diperlukan adalah tepung gandum, sedikit kapur, jintan manis, kacang, garam , telur dan minyak untuk menggoreng. 






Nampak macam senang je, tapi salah sukatan dan teknik menggoreng tak jadi tahu. Punyalah teliti buat semata - mata nak tarik hati juri. At last, its worth 








Seterusnya kiteorang bergerak ke The House of Ah Ma Sekinchan dimana dahulunya disini adalah rumah keluarga pengusaha kuih Kapit atau Love Letter. Ah Ma dalam bahasa mandarin bermaksud rumah nenek. 







Menariknya di sini, bukan setakat mengusahakan kuih kapit tau, sekali lagi disini kiteorang menaiki Tram untuk berjalan - jalan melihat jelapang padi yang sedang menguning. Haa Tram bukan sekadar Tram ye, ini adalah Tram yang telah dihias antik. Memang best gilos 




Sempat juga kiteorang singgah ke Kilang mengusahakan beras dan juga beberapa tempat sekitar sini. Turut sama pada petang itu adalah Adun Sekinchan YB Ng Suee Lim. Memang gamatlah petang tu. 

Sebabnya selepas tu , kiteorang ke Pantai Redang , Sekinchan. haa jangan ingat Terengganu je ada Pulau Redang, Selangor pun ada. Di Pantai Redang. task kiteorang seterusnya adalah bermain layang - layang. Pemenang ditentukan berdasarkan layang - layang yang terbang paling tinggi. 





Serious best. Dah lama tak main layang - layang kena pulak tepi pantai, memang layan. Dua tahun lepas masa Budak Pacak datang ke sini, sunyi sepi tak ada apa langsung. Tak sangka dah banyak kemajuan dan perkembangan disini, Highly recommend untuk korang bawa keluarga datang ke sini beriadah. 







Badan dah penat bagai, time to rest. Untuk malam ini kiteorang bermalam di A+ Boutique Hotel dan makan malam di Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang terkenal ini. Aktiviti best, makanan sedap, hotel selesa , happy day 


Ubah kualiti ke HD ya untuk kualiti yang lebih bagus 

Nantikan Part 3 ya