Lelaki Pun Boleh Pakai Produk Che Ta ! |  Siapa tau Rozita Che Wan pakai produk apa? Haa jawapannya adalah Rysya! Patutlah maintain awet muda je Che Ta ni. Rupanya sebab produk Rysya. Kalau korang kenal Che Ta, mesti korang tahu dia takkan pakai produk sesuka hati je. Malah dia mesti test dulu, baru dia setuju untuk terima atau pakai sesuatu produk 

Baru - baru ini, Budak Pacak dijemput untuk menghadiri sesi perkongsian idea Blogger dan juga Rysya. Bila dapat invitation ni. terfikir kejap. Biar betul dorang ni invite lelaki untuk produk ni. Rasanya ni produk orang  perempuan. So macam dilema kejap, tapi still accept the invitation. 

Pengasas Rysya 


Bila dah datang dan dengar sendiri penerangan oleh pengasasnya Puan Noorazlina yang menghasilkan produk ini melalui syarikat Thames Skincare Sdn.Bhd. Kalau nak tau, lelaki pun boleh pakai produk Rysya ni. Dah ramai lelaki yang mencubanya dan semuanya bercakap berkesan dan bertindak balas dengan baik. Maklumlah kulit lelaki ni berlainan dengan orang perempuan. 




Pada majlis yang sama,  Puan Noorazlina turut memberi penerangan mengenai produk Rysya yang bersumberkan pelbagai bahan semula jadi dan bagus untuk kulit termasuklah 24K emas . Haaa jangan tak tahu emas sebenarnya sangat baik untuk kosmetik 

Senarai produk dan kelebihannya 

CLEANSER

1.    Vitamin C

-       Menghilangkan dan menyembuhkan bekas jerawat
-       Dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak
-       Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuh luka
-       Mencerahkan kulit
-       Antioksidan dalam Vitamin C berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit.
-       Bertindak sebagai agen anti-penuaan

2.    Licorice

-       Ektraks Licorice diperoleh dari akar tanaman Gycyrrhiza Glabra atau yang lebih dikenali sebagai akar manis
-       Ada banyak komponen yang terkandung dalam ekstrak Licorice, antar yang lain glabridin, glikosida, flavonoid dan tannin.
-       Komponen pada Ekstrak Licorice dapat membantu mencegah pigmentasi kulit wajah
-       Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan dan anti inflamasi


TONER

1.    Phyto Placenta Extract

-       Kandungan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam toner dapat menenangkan kulit.

2.    Vitamin B3

-       Kandungan Vitamin B3 di dalam toner dapat menyerap ke dalam kulit untuk memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit.
-       Ia juga dapat membantu mengawal ketidakkeseimbangan yang terjadi di dalam kulit.
-       Memberi kelembapan dan membuat kulit menjadi lebih bersih dan cerah.


24K GOLD SERUM

1. Pullulan

-       Ia merupakan sejenis gula semula jadi ( Glucan ) yang terbentuk dari fungus A yang mengandungi Vitamin C & B12.
-       Bertindak sebagai antioksidan
-       Mampu menegangkan kulit dalam jangka pendek dan panjang

2.Glycine Soja ( Soya Bean )

-       Antioksidan yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C
-       Mempunyai anti-penuaan yang bertindak sebagai pelindung kulit
-       Melindungi kulit daripada radikal bebas
-       Ejen anti-radang

3. Red Algae

-       Sumber yang paling kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino
-       Membersih dan menyuburkan kulit

4. 24K Gold

-       Meminimumkan kekurangan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit
-       Merawat kulit dengan meningkat dan merangsangkan peredaran di dalam kulit

24K GOLD MIRACLE CREAM

1.    Red Algae

-       Sumber yan gkaya dengan polisakarida semula jadi
-       Meningkatkan fungsi daya tahan kulit
-       Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit
-       Meningkatkan keupayaan kelembapan

2.    Soy Placenta Extract

-       Mengurangkan kedutan
-       Menggalakkan kulit supaya lebih cerah
-       Kaya dengan biostimulans yang meningkatkan pernafasan sel kulit dan pengoksigenan

3.    Virgin Coconut Oil

-       Menghidratkan kulit
-       Menyerap, melembap dan melembutkan kulit
-       Berkesan untuk membetulkan segala isu-isu gangguan kulit seperti eczema dan lain-lain
-       Memberi perlindungan dari sinaran UV yang membahayakan Kulit



Jangan tanya kalau lepas ni lebih hensem hahhaa 


Sejak menggunakan produk Rysya Skincare, Che Ta sendiri merasakan kini kulit muka beliau kini lebih anjal, lebih sekata dan lebih bermaya. Ramai pengguna produk Rysya di luar sana juga memberi maklum balas yang sama dan dorang kini lebih berkeyakinan dengan kulit muka yang lebih menawan.
       

Fakta mengenai Produk Rysya

  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan
  • Produk terbukti sangat berkesan.
  • Memiliki seramai 50 pengedar di seluruh Malaysia
  • Produk ini dihasilkan bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi demi kecantikan,keselamatan dan ramai wanita yang mahukan produk ini dikeluarkan.Emas kot!
  • Tidak mengandungi bahan-bahan kimia dan diperakui halal dan mengenai kelulusan
  • Tidak memudaratkan kulit muka.
  • Produk mengandungi bahan semulajadi
  • Wangi macam sabun! 
  • Harga mampu milik dimana bermula dari RM25 sehingga RM390


Haa kemain semua!

Fokus betul semua orang dengar pasal Rysya ni


Kalau korang nak tahu lebih lanjut berkenaan produk Rysya Skincare dan tips penggunaan produk, Syarikat Thames Sdn Bhd telah mempromosikan produk Rysya Skincare bukan sahaja  melalui media masa seperti cetak dan elektronik tetapi juga melalui promosi diatas talian seperti  Facebook, Twitter dan Instagram. Dekat sini. korang juga dapat mengetahui setiap maklumat dan cara pemakaian produk yang betul melalui laman jalinan sesawang ini dengan lebih cepat dan pantas.



Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

Whatsapp: 019-738 8866 / 03-7831 8669

Alamat: 
Thames Skincare Sdn.Bhd,
D10-9-Blok D10,
Pusat Perdagangan Dana 1,
Jalan PJU 1A/46,
47301 Petaling Jaya,Selangor



Nak tambah pendapatan ? Puan Lin sebagai Pengarah Urusan Syarikat juga mempelawa semua yang berminat untuk menjadi rakan niaga Rysya Skincare. Boleh cari duit poket hehehe


Pengalaman Mencandat Sotong | Hari Kelima  | Selepas enjoy di hari keempat, hari ini di sebelah pagi kiteorang melawat bandar Kuala Terengganu. Memandangkan esok dah balik ke tempat masing - masing, harini kiteorang mengambil peluang untuk ke tempat - tempat menarik di Kuala Terengganu dan membeli ole - ole untuk dibawa pulang 



Pekan Cina yaw! 

Cuba teka dekat mana? 

Kalau tak singgah sini tak sah trip korang ke terengganu 

Muzium paling besar di Asia Tenggara, Muzium Negeri Terengganu



jum,Alkisahnya time melawat taman tamadun islam,. terjumpa pulak pasangan pengantin ini.
haa femes terus 


Di sebelah petangnya pulak , tibalah masa untuk kiteorang mencandat sotong buat kali terakhir sebelum pulang esok.  Untuk kali, pelepasan akan diadakan di Jeti Duyong Marina & Resort untuk mencandat di Pulau Kapas. 

Kalau sebelum ni, mabuk tahap dewa, kali ini gigih semua orang ambil langkah berhati - hati. Tak nak mabuk la katakan. Siap ambil dua pil mabuk laut. Tapi memang berkesan weh! Tak mabuk langsung.

Beach boy




Masa mencandat hari pertama langsung tak dapat sotong, kali ini Budak Pacak dapat sotong sebesar lengan. Nak jadikan cerita, excited punya pasal semua orang menjerit. Last - last haa sotong tu jatuh balik ke dalam laut, lalu berhuhuhu ramai - ramai , hampa disitu hahahaa .


Sampai je di jeti, kiteorang la paling bising sekali. First sebab excited dah sampai jeti, second sebab nak cover malu kengkonon dapat tangkapan banyak. Apapun macam tahun sebelumnya, event ni menjadi antara best event of the year! Tahun depan kalau ada lagi, sanggup ponteng kelas hahahaa. 

Selfie sebelum balik

Kalau nak tahu, pasangan travel blogger yang kiteorang bergambar ni menang video terbaik. serius gempak!


Pada majlis perasmian penutup dan makan malam BBQ , Budak Pacak turut dapat hadiah best twitter caption sepanjang event ini. Di kesempatan ini , Budak Pacak ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Gaya Travel Magazine, Tourism Terengganu dan kerajaan Negeri Terengganu kerana sudi menjemput kami di Projek Travel ke event yang sangat awesome ini. Harap jumpa lagi di tahun hadapan! 

Baca juga : 


Hari Pertama 


Hari Kedua 

Hari Ketiga 

Hari Keempat

Jutaan terima kasih

Gaya Travel Magazine

Instagram : www.instagram.com/gayatravel


Tourism Terengganu 



Baca juga Part 1 DISINI 


#TSDayOut Special Edition Betul - Betul Special  |  Hari kedua pula, seawal 5 pagi kiteorang bertolak ke KLIA2 bagi meneruskan perjalanan di Bumi Kenyalang pulak. Tapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal, kiteorang punya flight delay pada tengahari.

Dah lama tak nampak pemandangan yang cantik since jerebu haritu


 Tapi tu tak patahkan semangat. First time ke Sarawak la katakan. Sampai saja di Kuching International Airport , rombongan #TSDayOut disambut oleh pihak Sarawak Tourism Board. Meriah betul airport tu , maklumlah mesra - mesra belaka orang tourism ni hahaaha 

Yeay, jejak jugak kaki ke Sarawak 


Encik Nazrieman dari awal sampai, hinggalah ke hari balik ada je cerita menarik nak dikongsi. 

Sarawak River Cruise 

Sampai saja di Kuching, haa perasaan excited tu lagi berkobar - kobar bila dorang cakap kiteorang akan naik Cruise untuk hayati dan lihat sendiri Sarawak Sunset. Sambil - sambil tu dapat juga tengok peninggalan sejarah dan panorama bandaraya Kuching di atas Cruise ni. So bila dah datang Kuching wajib naik cruise ini dan hayati pemandangannya. Cantik gilos ! 

Dah sampai wajib selfie dulu 

Dalam construction, siap nanti sini bakal jadi tumpuan tau 

Group selfie dalam cruise dulu 

Dewan Dun Sarawak 

The Cruise! 


Fakta Mengenai Sarawak River Cruise 

Saya support Travelling Beruang, korang pula bagaimana ? 


kesan peninggalan sejarah Brooke 

perkampungan Melayu 

pemandangan di atas cruise 


Penari kebudayaan yang mewakili 3 etnik Sarawak 

  • Terletak di Sungai Sarawak
  • Perjalanan hampir 45 minit 
  • Nikmati pemandangan dari Sky Deck Cruise 
  • Pengunjung bakal dihiburkan persembahan etnik Sarawak di atas cruise ini
  • Kek Lapis Sarawak dan jus segar menanti setiap pengunjung 
  • Harga RM 60 bagi setiap pax 
Penginapan di Kuching Sarawak 

Sepanjang di Kuching ini, kiteorang menginap di Imperial Hotel sebagai hotel rasmi #TSDayOut . Budak Pacak difahamkan hotel 4 bintang ini baru sahaja dijenamakan semula pada tahun 2014. Memang best weh stay sini sebabnya bawah hotel ini ada mall. Hahahaha hilang je sesiapa , tahulah mesti ada dalam mall ni. kehkehkeh 

Cantik kan bilik dia


Fakta Mengenai Imperial Hotel Kuching 
  • Mempunyai 339 bilik 
  • Dahulunya dikenali sebagai Imperial Suites Miri yang terletak di Miri 
  • Terletak di atas Boulevard Shopping Mall
  • Lokasi yang sangat strategik untuk para pelancong
  • Hanya 5 minit dari airport dan 10 minit dari bandar 
Makan Malam di Restoran Seafood terkenal di Kuching 

Di sebelah malamnya kiteorang dinner di Topspot Food Court. Orang sini cakap kalau nak makan seafood best in town sinilah tempatnya. 

Penuh giler orang 


Sila cuci mata kehkehkeh 


Oyster Pancake anyone? 


Memang tak boleh disangkal lagi memang marvelous ! Licin semua lauk. Padahal badan semua kecik - kecik je hahhaaha

Orang Utan Semengoh 

Finally! 

So bila musim buah korang alert okay? Takut datang nanti hampa pulak 

Harga tiket dan maklumat berkaitan 

Nak ke tempat orang utan , kena berjalan sikit 


Keesokan harinya paling ditunggu - tunggu sebab aktiviti yang best tahap dewa semua ada hari ini. Sebagai permulaan kiteorang pergi melawat Orang Utan Semanggoh.Terletak di Semenggoh Wildlife Centre, kira - kira satu jam perjalanan dari bandar Kuching, disini terletaknya perkampungan Orang Utan. Disini Orang Utan hidup bebas tanpa kurungan, jadi adalah dinasihatkan jangan buat bising kalau tak sampai bila pun Orang Utan ni takkan muncul. 

pelantar untuk pengunjung lihat orang utan,

Inilah kawasan yang didiami oleh Orang Utan dan dijaga sepenuhnya 

Kalau nak tahu, inilah ketua dia 



Kalau ke sini make sure before pukul 9 pagi sebabnya jam 9 pagi inilah Orang Utan ini akan muncul untuk makan yang diberi oleh pegawai perhilitan yang bertugas. Budak Pacak difahamkan Orang Utan ni terdapat ketuanya sendiri. So yang paling besar tu lah ketuanya kalau korang nak tahu. Garang weh! 

Ni pun orang utan,. tapi maskot je la hahaha 

Dapat gak shot cantik, maklumlah orang utan ni bukan duduk diam 


Sebelum ni tengok kat Zoo je. Jadi bila dah ke Kuching, wajib kesini untuk melihat Orang Utan secara dekat dan live! Ternyata berbeza daripada zoo yang kita selalu lihat . 


Pengembaraan Semadang Kayaking 

Kalau sebelum ni more to leisure je , haa sekarang tibalah masa untuk pengembaraan yang sebenar iaitu Semadang Kayaking! Bayangkan berkayak sejauh 11KM sepanjang Sungai Semadang. Alkisahnya Budak Pacak tak tahu pun 11KM. 



Water confident dulu 


Penerangan mengenai Semadang Kayaking 

Haa nak berkayak,. kenalah tahu cara pegang paddle dengan betul


Time ni riuh rendah lagi. dua jam kemudian semua krik krik hahaha 

Dapat partner si Ayue Jean ni memang tak duduk diam lah hahaha 


Bila  budak bandar jumpa sungai 

Makanan asli Sarawak 

Bila dah berkayak 2KM then berhenti makan, Budak Pacak orang paling excited dengan si Ayue Jean ni, sampai jadi team first yang sampai ke Pit Stop. Makan pulak tak ingat dunia. Mana taknya first time jumpa Nasi Beras Merah, Manok Pansuh ( Ayam yang dimasak dalam buluh) , sayur - sayur hutan, Asam Pedas Sarawak dan banyak lagilah. Semua menambah makan. Kena pulak penat, perut kosong, memang sedaplah weh makan. 


Nasi Beras Merah 


Manok Pansoh,. nampak je hancur sini tapi rasanya sedap sangat! Lembut dan cukup rasa 

Asam Pedas Sarawak 


Dah habis makan, feeling nak tukar bajulah, sekali dorang cakap ada 9KM lagi, and I was like...*krik krik* wehhh serius arh? Hahahaha nak tak nak kenalah turun jugak. Bila dah 2nd Round ni, mula dah la penat, Tadi semua riuh rendah, sekarang dengar bunyi paddle dalam air je . 

Semua enjoy! 




Bila dapat rehat, fuhhh dia punya feeling best! Mandi tak ingat dunia! Sepanjang berkayak, kiteorang diberitahu bahawa di sungai ini terdapat banyak ikan. Memang betul weh, bila bagi makan ikanberkerumun! Ada ikan kap, ikan kaloi dan banyak lagilah. Time tengah berkayak tu, boleh pulak hujan lebat. Since KL dah penuh dengan jerebu sebelum ni, kiteorang pun sengaja lambat kayuh , nak mandi hujan ! Excited to the max! 

Bila dah balik, faham - fahamlah,semua flat macam - macam bunyi dalam bas hahaha. 


Fakta mengenai Semadang Kayaking 
  • Mempunyai 3 pakej mengikut tahap kesukaran 
  • Pakej terdiri dari jamuan makan tengahari, life jacket, dry bag , minuman , kamera , dan Photo CD
  • Sepanjang berkayak ni, korang boleh singgah untuk air terjun mini, perkampungan Danu, Gua dan juga fish feeding
  • Sepanjang berkayak juga korang bakal kagum melihat hakisan batu kapur yang terpelihara 
Mitos Fairy Cave dan Wind Cave 

Hari terakhir, kiteorang cuba untuk mengambil kesempatan ini untuk explore habis - habisan aktiviti yang dijalankan. So pagi - pagi lagi kiteorang dah bertolak ke Fairy Cave dan Wind Cave yang mengambil masa satu jam perjalanan dari bandar Kuching. Haa kalau korang nak tahu, gua - gua ini ada mitosnya tersendiri. 


Pemandangan di hadapan Fairy Cave 

Pintu masuk gua 


Mitos Fairy Cave ada banyak salah satunya adalah mitos pari - pari yang menyumpah perkampungan ini kerana selalu menyiksa kanak - kanak terutamanya kanak - kanak yatim piatu. Akibat tidak tahan melihat penyiksaan tersebut pari - pari telah menyumpah penduduk disitu.

Bayangkan sebelum ada tangga yang stabil. dulu kena panjat menggunakan tangga ini 


Finally! 

Disini selalu terdapat aktiviti pemujaan 

mata air yang terdapat dalam gua 

Kalau korang perasan , ada bentuk apa dekat sini 


 Dikatakan di dalam gua ini, korang masih dapat melihat beberapa hakisan batu yang menyerupai manusia yang dikatakan penduduk asal disini. 

Asal usul nama Wind Cave pula dikatakan gua ini sering terdengar bunyi siulan yang berpunca dari angin - angin yang masuk ke celahan lubang gua ini. 





Dalam gua ini tak ada lampu bagi menjaga dan memelihara ekosistem 


Dekat sini aktiviti seperti climbing masih lagi giat dijalankan. So , korang yang sukakan nature tu, jangan lupa singgah datang kesini ! 

Ole - ole untuk dibawa pulang 

Last aktiviti, sebelum pulang kiteorang sempat buat city tour dan singgah ke beberapa tempat. 


Kek Lapis Sarawak 

Dah sampai, Kuching wajib bergambar dekat sini

Pemandangan dari hadapan Muzium Negeri Sarawak

Muzium Etnologi 


Orang kata kalau dah datang ke Kuching, jangan lupa untuk bergambar dengan tugu kucing yang besar gedabak dekat tengah - tengah pekan, masuk ke Muzium Negeri Sarawak dan singgah beli kek lapis Sarawak. Kalau korang tak buat benda - benda ni bermakna tak complete lah perjalanan korang ke Sarawak gituuh..

Jadi itulah corat - coret mengenai #TSDayOut Special Edition Betul - Betul Special! Jutaan terima kasih kepada Tourism Selangor dan Sarawak Tourism Board yang sudi mengajak , dan merealisasikan impian Budak Pacak ke Sarawak. With this , I already complete all 14 states in Malaysia! Thank you so much ! 

Terima kasih kepada 

Penganjur rasmi 

Tourism Selangor 

Dengan Kerjasama 

Sarawak Tourism Board 
http://sarawaktourism.com/

Penaja Rasmi 

Empire Hotel 
http://empirehotel.com.my/

Penerbangan Rasmi 

AirAsia 
http://www.airasia.com/