• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

December 31, 2015

Seronoknya Eat Travel Write 2.0 !

Seronoknya Eat Travel Write 2.0 ! |  Dah 2.0 ye, selepas Eat Travel Write ( ETW) Hulu Selangor, kali ini ETW 2.0 di Hulu Langat pula. Sebenarnya dah masuk 3.0 dah pun tapi diberi nama Eat Travel Write Putrajaya Food Trail . ETW ini adalah anjuran Gaya Travel Magazine bersama - sama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor ( UPEN) 




Berbalik kepada ETW 2.0 memang best daripada 1.0 sebabnya lebih banyak aktiviti yang disediakan untuk para media dan bloggers terokai! 



Ekspedisi Rakit Buluh 



sebelum masuk air, safety first!


Haa kalau nak tahu, aktiviti ETW 2.0 ini dimulakan dengan ekspedisi rakit Buluh sejauh 11KM yang mengambil masa hampir 2 jam lamanya. 





Best weh! 1st time naik rakit buluh ni, selalu tengok dalam tv je. Yang best lagi nak ke sungai ni, naik lori sejauh 2km.One of the best moment in 2015 ! 


' Bakar Lemak' di District 21 IOI Mall

To be honest , sebelum ni asyik dengar je pasal District 21 ni, sebuah tempat indoor game,  sesuai untuk pelbagai lapisan umur. 







First time datang sini , excited kejap sebab dapat main lompat - lompat macam budak kecik and who cares? LOL . Dekat sini, bukan setakat lompat, panjat, terbang, lari semua ada okay? Main sampai berpeluh. Memang terbaik ! 

Makan , Makan dan Makan !




Disebabkan event ni namanya Eat Travel and Write, of course korang kena makan. Haa just imagine 4 hari 3 malam penuh dengan makan je. Thanks Gaya Travel sebab gemukkan seorang Khai , hahahaaa. So ini adalah antara restoran yang kiteorang sempat terjah sepanjang ETW 

Grill & Such



Terletak di Seri Kembangan, restoran ini berkonsepkan grill dan western. Bezanya tempat ini dengan tempat lain, mestilah sos perapan dan sos cecahan dia yang dibuat sendiri dan sedap! 







Restoran yang diusahakan oleh 3 orang sahabat karib ini memang sesuai untuk makan bersama keluarga dan tersayang. Orang Kajang dan Seri Kembangan wajib datang ke sini!

Satay Willy 

Memandangkan ETW kali ini banyak di kawasan Kajang, tidak lengkaplah kalau tak pekena satay - satay yang terkenal disini. 








Selain Satay Hj Samuri, Satay Willy juga sangat terkenal disini. Terletak di Sg Ramal, Satay ni memang juicy gilos dan padat isinya. Mengundang je tulis ni, terliur weh! Sangat berbaloi makan bercucuk - cucuk 

Lelaki lagi Power memasak! 




Kalau nak tahu, sepanjang ETW 2.0 ni turut disertai oleh peserta - peserta Mister Planet Malaysia  . Dimana dorang ni sebagai duta kecil pelancongan membawa tarikan negeri - negeri yang diwakili mereka.So, sepanjang event memang lelaki lah menang kehkehkeh 



Belajar Memasak Satay 







Selama ni pandai makan satay je kan? Haa kali ini peserta ETW berpeluang untuk belajar memasak satay menggunakan resepi turun - temurun Pak Akob Satay. Haa bukan senang ye nak share resipi ni, apatah membuatnya. Haa nampak je senang tapi salah sukatan, memang tak menjadi satay. 

Pertandingan menghias kek dan memasak ikan! 

Haa ini mencabar sebenarnya. Peserta ETW dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk tugasan menghias kek dan memasak ikan. Nampak je senang, tapi bila buat hahaha hampir hancur dibuatnya. Kumpulan Budak Pacak dapat menghias kek, Mula - mula tak confident, tapi bila dah nak siap baru macam okay, the best men win. LOL . 







Sepanjang pertandingan ni pulak, setiap kumpulan kena buat cheers mengikut nama kumpulan masing - masing. Nama pulak ikut nama makanan di Malaysia. Ada sambal belacan, puteri mandi dan macam - macam lagi., Hahaha memang meriah weh! 

Pertandingan Memasak Kuih Rempeyek dan Kuih Ros

Bahan - bahan semua dah disediakan, Cumanya kiteorang perlu mengagak sukatan yang betul .Juga dibahagikan kepada dua kumpulan untuk tugasan memasak kuih rempeyek dan kuih Ros





Haa sebabkan pengalaman ETW yang lepas juga membuat kuih Rempeyek , this time our group doing very excellent sampai jadi Juara untuk pertandingan ini. Haa so kalau nak cari calon menantu yang pandai masak, meh ambil kiteorang hahaaha 










Pertandingan ini diadakan di Orchard Santika Homestay dan sempena dengan ini  juga, telah berlangsungnya Mini Karnival Kraf, so memang meriah la dekat sini dengan paluan kompang, permainan rakyat dan juga makanan tradisional 


Rewang ,  Penyediaan Nasi Ambeng dan Cukur Jambul ! 

Tahu tak Nasi Ambeng? Yang mempunyai seleksi pilihan lauk di dalam satu dulang dan dimakan beramai - ramai. Selangor sememangnya agak popular dengan Nasi Ambeng disebabkan ramai yang berdarah 'Jawa' . 







Budak Pacak difahamkan setiap daerah dan tempat mempunyai cara penyediaannya yang tersendiri. Seronok juga sebenarnya bila rewang beramai - ramai dan menyediakan Nasi Ambeng ni. Meriah weh! 








Pada masa yang sama juga, peserta ETW kali ini sangat bertuah sebab berkesempatan untuk melihat sendiri acara Cukur Jambul, I dont remember when is the last time tengok acara ni, Bertuah sangat ! 



Seronoknya mandi di Gunung Nuang ! 

Okay ni penutup yang paling best. Sebabnya kiteorang berjaya naik ke Gunung Nuang ni yang merupakan puncak tertinggi di Selangor.


Briefing dulu sebelum masuk 








Nak naik ni adalah dekat 11KM ambil masa dekat 2 jam lamanya, kena pulak malam tu hujan, so jalan agak licin sampailah ada orang tu jatuh dalam lumpur. Kahkahkah.! Tapi berbaloilah dalam mandi dekat sini. Rugilah siapa yang balik awal tu, mohon makan hati okay? 

Apapun ETW 2.0 kali ini memang gempak dan best! Jutaan terima kasih kepada Gaya Travel Magazine dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor kerana menjemput kami di Projek Travel . So lepas ni kalau dorang open, jangan lupa untuk join okay? 

Projek Travel 


Gaya Travel Magazine