Total Pageviews

Lokasi Untuk Perkahwinan Di Kajang | Seperti tempoh hari, kali ini aku nak share satu lagi tempat kahwin tapi kali ini di Kajang, Jadi buat korang yang duduk di Hulu Langat, Kajang dan kawasan sekitarnya, bolehlah adakan majlis disini 





Kajang Perdana Avenue baru sahaja dirasmikan, aku dan team Projek Travel berkesempatan hadir ke majlis pelancarannya baru - baru ini. Mula - mula takut jugak tak jumpa, yer la tempat baru kan? Tanya orang nanti tak tahu pulak. 



Tetapi ternyata sangkaan meleset sebab tempat ni senang je nak cari dan terletak di tepi jalan sahaja. Kalau korang dari atau nak Penjara Kajang mesti akan perasan Kajang Perdana Avenue ni. Besar gilos okay! 

Aku difahamkan di KPA ini, boleh diadakan 3 majlis pada waktu yang sama. Haa nampak tak besar ke tak besar dewan ni? Asalnya KPA  ini dahulunya merupakan tapak pasar Kajang Perdana.KPA ini merupakan milik penuh syarikat Katering terkenal, Felda D'Saji. 



Selain Orchard Villa, Felda Villa, D'Saji KL Titiwangsa, Asmara  Penchala kali ini D'Saji perkenalkan pula Kajang Perdana. Memang tak dinafikan weh katering D'Saji memang best. Makanan sedap malah turut menyediakan pakej perkahwinan yang berpatutan 




Disini korang boleh pilih untuk adakan di bilik berhawa dingin atau 'open space' yang sesuai sangat diadakan pelbagai majlis keraian. Kemudahan yang disediakan juga turut selesa seperti ruang parkir yang luas, surau dan tandas serba baharu, bilik persalinan, bilik VIP, kipas besar yang tersedia dan banyak lagi. 



Waktu Pra - promosi baru - baru ini KPA telah menerima lebih dari 60 tempahan, Haa bayangkan lah tempat ni tak buka lagi time tu dah ada yang slot booking. Antara pakej perkahwinan di Kajang Perdana Avenue termasuk

  • Penggunaan tempat 
  • Penyediaan katering, layanan tetamu dan VVIP
  • Hiasan Pelamin
  • Walkway dan Archo Dummy Cake 3 tingkat
  • Standard PA sistem
  • Kawalan lalulintas oleh RELA

So untuk korang yang berminat nak tahu lebih lanjut, nak tahu pakej perkahwinan murah 2016 atau nak buat tempahan di sini bolehlah rujuk 


FACEBOOK | WEBSITE

Tel: 
03-8881 1311 (Pej Putrajaya)
03-2698 8302 (HQ)
Fax: 
03-8881 1372 ( Pej Putrajaya ) 
03-2692 4159 (HQ)
PIC:
Encik Syaiful Nazlan - 013-386 0453
Puan Nurul Nadia - 019-295 6232

Waze Kajang Perdana Avenue :

Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang Selangor.

kredit gambar : Mek Onie 

Lokasi Untuk Perkahwinan Di Kajang

by on 31.1.16
Lokasi Untuk Perkahwinan Di Kajang   |  Seperti tempoh hari, kali ini aku nak share satu lagi tempat kahwin tapi kali ini di Kajang, Jadi...
Char Kuey Teow Sedap Di Shah Alam |  Entri kali ini ditujukan khas buat warga Shah Alam yang ingin mencari lokasi Char Kuey Teow Sedap. Kalau diikutkan Char Kuey Teow ni semua sama je yang berbezanya bergantung kepada tukang yang membuatnya dan juga ingredient di dalamnya. 





Baru - baru ini, saya sempat terjah ke restoran yang menyediakan Char Kuey Teow sebagai menu utamanya. Terletak di Seksyen 19, ( berhampiran Tat Nasi Ayam)  korang wajib datang ke Sham Char Kuey Teow 696 ini sebabnya disini Char Kuey Teow nya unik dan berbeza dari tempat lain




Apakah keistimewaan Sham Char Kuey Teow 696 ? Sebabnya korang boleh pilih ingredient nya mengikut citarasa dan kegemaran korang sendiri. Kalau suka udang, kerang, sotong, telur mata boleh je request

kemain nak serius muka time makan ! 





Bukan itu sahaja, buat penggemar udang galah, Lobster Canada, Ketam juga ada disini. Nak campur semua pun boleh! Order dan hidangan kegemaran korang bakal tersedia 




Selain Char Koey Tiaw, saya juga nak cadangkan dekat korang untuk cuba Nasi Set Bawal Goreng dan Masak Lemak Udang Galah Piauww. Memang Piauww habaq ang ! 

disini konsepnya layan diri ya 


Harga disini juga berpatutan dengan bermula RM4.00 sehingga RM 70.00 mengikut pilihan korang masing - masing.Terliur update entry ni haaa.

Selamat mencuba ! 



****

Lepas daripada makan char kuey teow sempat juga saya singgah dekat kedai soto di belakang Klinik Kesihatan Seksyen 19. nak rasa soto sedap di Shah Alam sinilah tempatnya :) 



Char Kuey Teow Sedap Di Shah Alam

by on 24.1.16
Char Kuey Teow Sedap Di Shah Alam  |  Entri kali ini ditujukan khas buat warga Shah Alam yang ingin mencari lokasi Char Kuey Teow Sedap . ...
Gara - Gara Kicap Tirana, Azwan Ali Bakal DisamanKecoh baru - baru ini mengenai Azwan Ali ataupun dikenali sebagai Diva AA yang sekali lagi telah menimbulkan kontroversi . Diva AA dikatakan telah memaki , memfitnah di Instagram beliau mengenai iklan syarikat Kicap Tirana 





Hairan juga si Azwan Ali ni, syarikat ni langsung tak ada cari masalah dengan beliau, tapi kenapa perlu panas bila tengok iklan syarikat Tirana? Part of marketing kot ! Haritu dengan Menate Steak, kali ini syarikat kicap pulak 

 Baru - baru satu sidang media khas telah diadakan mengenai tuntutan  menghentikan fitnah dan kenyataan tidak benar ke atas  kicap perusahaan syarikat mereka, Tirana Product Sdn Bhd. Antara kandungan surat tuntutan adalah seperti berikut 


“Merujuk kepada perkara di atas dimana kami bertindak bagi pihak Tirana Products Sdn Bhd. Kami telah dimaklumkan oleh anakguam kami bahawa anakguam kami telah menerbitkan satu iklan bagi mempromosikan kicap keluaran mereka berjenama “Tirana” yang disiarkan  berulang kali di TV3 (selepas ini dirujuk sebagai “Iklan Kicap Tirana tersebut”).  Kami seterusnya dimaklumkan oleh anakguaman kami bahawa pihak Tuan telah mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan-kenyataan di halaman ‘instagram’ Tuan yang menggunakan nama “divaazwanavazz” (selepas ini dirujuk sebagai “Instagram tuan tersebut”) yang berunsur fitnah dan tidak benar ke atas Iklan Kicap Tirana tersebut.




Pihak Tuan telah menyatakan dan menerbitkan kenyataan-kenyataan iaitu:

i) “TERTENGOK IKLAN PLG TER GAMPANGSSS DLM SEJARAH TV ! 

ii)  ii) “IKLAN KICAP TE GAMPANGSSS! MACAM MANA BOLEH LEPAS 

iii)  “KICAP KIPAS UDANG ? CONPOM TOP! NI TIRANA ? INGAT PIL 

iv)  “APA JADAH NAMA KICAP NI NOK? TAK PERNAH DENGAR PUN? 

v) “SEJUTA KALI PUN AKU CARUTS #IklanKICAPplgGAMPANGSSS YG KO 

vi)  “#IklanKICAPplgGAMPANGSSS ADA DATUK “KEPANASAN ! #KESIAN ! 

#LUDAHHH SAPA YG KOMEN PRO STATUS DIVA AA ? DAPAT 

#rendangchefDivaAA FOC!”;

SIARAN KAT TV3? OMGGG BLOGGERS #NERAKAjahanammmm VIRAL 

KAN LAH SANGAT DIVA AA CARUTS IKLAN KICAP PLG SANGKAK! 

#BILLIONZZZZZ MY GREAT FANS? TOTALLY AGREED ! SAPA YG JOIN 

MAKI KAN IKLAN KICAP PLG SANGKAK NI ? DAPAT FOC 

#rendangchedDivaAA”;

SENGUGUT ?”; 

PADAN IKLAN GAMPANGSSS SGT! SAPA JOIN MAKI IKLAN NI? DAPAT 

#rendangchefDivaAA FOC NOKK”; 

PANAS #KOdahKENAPEhanjjj ? ADA SEJUTA REASONS Y IKLAN INI 

AKAN TERUS DI MAKI ! KO BOSS KICAP NI PUN ? AKU TAK TAKUT ! 

TENGOK SAPA YG POWER ?”; 

LU SAPAAAAA ? DO I CARE WHO THE HELL “DATUK” U ARE ? DIVA 

AA PUNYA HAK UTK TEGUR ANY SIARAN VISUAL YG MEMUAL KAN 

! MENJENGKEL KAN! MENJIJIKKK KAN & MEM #BODOHHHH KAN 

PENONTON ! SO ?”; 

vii) “@salmahismael HARI HARI JOIN ME CARUTSKAN 

#IklanKICAPplgGAMPANGSSSS”;

viii)   “@kinato_c IKLAN SAMPAH SARAPPP NOKKK”;

ix)  “@datin_cotton MAKI KAN DATINNNN! IKLAN HANJINGGGG NI”; 

x)  “@izzat_ikhwan HAPRAK SANGAT IKLAN TER GAMPANGSSS NI 

NOKKK! MAKI LAGI KOW KOW 

xi) “@kembali_ke_syurga IKLAN #NERAKAjahanammmm NOKK”; 

xii) “iklan produk yg bila org puteh suka sesuatu brg tu…plg kelas la kononnya. Xde 

jatidiri…bodo sape yg telibat dgn iklan ni… #artisfake hahaha”; 

xiii) “@theblackbearcoffee Y BOTHER X 3 ! #LUsapaaaa KO HENGGAT KO ADA 

DATUK? AKU TAKUT ? EH HELLO ? AKU LAWYER K ! AKU PEDULI 

APA KO MODEL KE DUTA IKLAN KICAP TU ? AKU ADA HAK DI JAMIN 

DI BAWAH PERLEMBAGAAN ! KEBEBASAN CARUTZ 

#IklanKICAPplgGAMPANGSSS MCM IKLAN IKLAN KICAP SAMPAH TU ! 

SO ? BANYAK KO PUNYA SAMAN ! #SAMANmakDIA ? #POODAHHHHH 

#GoToHELLLLLhatersNERAKA”.”;



 Kami juga telah dimaklumkan oleh anakguam kami bahawa pihak Tuan juga telah memuatnaik satu video parodi yang menyerupai Iklan Kicap Kirana tersebut dengan  sekali lagi mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan-kenyataan fitnah di halaman Instagram tuan tersebut yang berunsur fitnah dan tidak benar ke atas anakguam kami iaitu 

“YEAH I M READY I M READY… MMM.. KICAP KIRARA MEMANG 

GAMPANG.. AOH..AOH MEMANG GAMPANG..

“ Secara ringkasnya, dengan kenyataan tersebut, Tuan telah memilih untuk secara sengaja 
memfitnah dan dengan niat jahat mencadangkan bahawa iklan produk Kicap Tirana milik 
anakguam kami adalah murahan, tidak berkualiti lansung, sangat teruk, menjengkelkan, 
menjijikkan dan memperbodohkan penonton-penonton TV3. 

Anakguam kami tidak berpuashati dengan kenyataan-kenyataan dan video pihak Tuan tersebut. Anakguam kami berpendapat bahawa kenyataan-kenyataan dan video parodi pihak Tuan sebagai fitnah dan tidak benar bertujuan menimbulkan satu pandangan umum yang sangat buruk dan negatif terhadap Kicap Tirana keluaran anakguam kami.Anakguam kami menafikan segala kenyataan dan video fitnah dan tidak benar yang dikeluarkan dan diterbitkan oleh pihak Tuan ke atas anakguam kami dan seterusnya menuntut daripada pihak Tuan:- 

i. dalam masa Empat Belas (14) hari dari tarikh surat ini pihak Tuan mengeluarkan satu 
permohonan maaf secara bertulis dan akujanji kepada anakguam kami bahawa pihak 
Tuan tidak akan membuat atau mengeluarkan kenyatan-kenyataan yang sama lagi; dan 

ii. dalam masa Empat Belas (14) hari dari tarikh surat ini, pihak Tuan hendaklah memadam 
semua kenyataan-kenyataan dan video parodi fitnah tersebut di Instagram tuan tersebut dan menaikkan satu kenyataan di Instagram tuan tersebut bahawa tuan menarik balik semua kenyatan-kenyataan dan video parodi fitnah yang telah dikeluarkan ke atas Iklan Kicap Tirana, memohon maaf serta berakujanji tidak akan mengulangi atau mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah ke atas Iklan Kicap Tirana, kicap Tirana atau apa jua produk keluaran anakguam kami lagi; 

iii. dalam masa Empat Belas (14) hari dari tarikh surat ini, pihak Tuan membuat satu permohonan maaf secara bertulis serta menarik balik semua kenyataan dan video parodi pihak Tuan tersebut terhadap anakguam kami melalui satu akhbar tempatan.

iv.  Dalam masa Empat Belas (14) hari dari tarikh surat ini, membayar kepada kami selaku peguam bagi anak guam kami kos guaman sebanyak RM1000.00. Tuntutan-tuntutan diatas dibuat tanpa prasangka ke atas hak-hak dan remedi yang tersedia kepada anakguam kami. 

Pihak Tuan hendaklah menjawab surat tuntutan ini dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari tarikh surat ini, jika gagal, kami mempunyai arahan tegas untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada pihak Tuan lagi termasuk menuntut gantirugi, kos dan relif-relif lain. 

Yang benar, Untuk TETUAN ADNAN SHARIDA & ASSOCIATES


Kerana mulut, badan binasa Apa nak jadi entah Azwan Ali ni. Perbuatan beliau ni tak tumpah seperti nak tutup rezeki orang. siap menjanjikan rendang percuma lagi buat followers beliau yang sama - sama memaki syarikat Tirana. 

Setiap tahun, ada je kes kontroversi beliau timbulkan. Adakah ini part of strategy beliau untuk kembali popular apabila beliau sendiri perasan populariti kian pupus dek ditelan zaman? 

Diharap Syarikat Kicap Tirana ambil ini sebagai langkah positif untuk kembangkan lagi marketing syarikat mereka. Sambil menyelam minum air.... 

Gara - Gara Kicap Tirana, Azwan Ali Bakal Disaman !

by on 19.1.16
Gara - Gara Kicap Tirana, Azwan Ali Bakal Disaman !  |  Kecoh baru - baru ini mengenai Azwan Ali ataupun dikenali sebagai Diva AA yang se...
Pencuci Muka Lelaki Terbaik  |  Bercakap mengenai pencuci muka terbaik untuk lelaki, pastinya korang selalu confuse produk manakah yang sesuai untuk kulit muka yang bermasalah. Ramai juga yang bertanya produk apakah yang saya pakai untuk pastikan muka sentiasa bersih tanpa sebarang kotoran seperti habuk dan sebagainya . 

Tips penjagaan wajah untuk lelaki bagi saya korang kena pastikan produk yang bersesuaian. Dan bukanlah mengikut brand sangat. Kalau sebelum ni saya ada share mengenai satu produk pembersih muka lelaki, kali ini saya nak share satu lagi produk pencuci muka lelaki.



Produk yang best ini adalah dari Dashing. Cakap pasal jenama ni pastinya korang lelaki diluar sana dah tahu pasal Dashing sebab Dashing sendiri dah memang terkenal dengan produk penjagaan diri lelaki 

Kali ini Dashing mempunyai 5 rangkaian pembersih muka yang sesuai untuk kulit muka korang 

Icy Fresh


Masalah kulit kering ? Apa kata korang gunakan Icy fresh yang mengandungi Ice Glacier Water untuk menyegarkan dan penghidratan kulit. Pastinya kulit korang bakal rasa segar dan nyaman untuk jangka masa yang lama 


Oil Clear 



Rata - rata lelaki mempunyai masalah kulit berminyak. Untuk itu, saya syorkan menggunakan Dashing Oil Control yang dirumus khas dengan rahsia Bamboo Charcoal yang berkesan untuk menghilangkan kotoran dan minyak yang berlebihan pada kulit wajah korang 


Extra White 



Nak putih ? Gunakanlah Qu Putih okay sorry ter promote pulak . hahaha okay untuk korang yang rasa nak jadikan kulit korang putih dan berseri, Extra White adalah jawapannya. Dengan ekstrak Swiss Alpine Plants , Extra White mampu melindungi kulit muka korang dari sinaran UV

Acne Free




Untuk korang yang risau ada jerawat dan takut produk tidak bersesuaian. Acne Free juga dirumus khas untuk pastikan kulit wajah korang tidak ada masalah kulit sensitif dan berupaya menjadikan kulit lebih sihat dan licin 


Whitening Scrub 



Bagi yang ada black head banyak di muka, masalah riang roma dan kulit muka. Scrub dari whitening scrub dashing membantu membersihkan muka dengan baik. sekali gus menjadikan kulit korang kelihatan lebih maskulin! 

Kesemua Pembersih Muka Dashing ini boleh didapati dalam dua pek dengan harga   RM6.90 untuk 50g dan RM10.90 untuk 100 g dan boleh didapati di pasaraya utama, farmasi terdekat 

Kalau tanya mana satu yang saya pakai? Saya pakai semua produk tapi tengok pada masalah apa. Selalunya cari oil control dan extra white sebab nak putih hahahaa 



Pencuci Muka Lelaki Terbaik

by on 18.1.16
Pencuci Muka Lelaki Terbaik    |   Bercakap mengenai pencuci muka terbaik untuk lelaki , pastinya korang selalu confuse produk manakah yan...
Pembersih Muka Terbaru Safi Men  | Kalau diikutkan lelaki ni simple je, tak perlu nak ada pembersih muka lelaki bagai. Kalau ada sabun tu, memang guna sabun je jawabnya. Tetapi kalau cuaca dan peredaran sekarang, muka tu dah jadi aset bagi lelaki.Tambah pulak cuaca iklim panas, jalan berhabuk membuatkan kulit muka mudah kusam.So untuk itu, lelaki sekarang memang menjaga muka. Kalau kulit berminyak, bermasalah,siapa yang nak kan? Tak selesa! 



Atas kesedaran ini, jenama halal no 1 tempatan, SAFI, telah perkenalkan rangkaian produk penjagaan wajah khas untuk lelaki , SAFI Men yang menjadi saingan produk pencuci muka lelaki yang lain. Kalau ikut dari segi pemerhatian saya, antara salah satu sebab kenapa korang kena menggunakan SAFI Men ini adalah kerana produk ini merupakan pencuci muka halal untuk lelaki



Mempunyai 3 variasi khas untuk  masalah kulit wajah, yang best nya lagi SAFI Men ini mengandungi H20 Cool Cactus. So bila korang gunakan SAFI Men, confirm sejuk dan segar je. Selalu kita mesti fikir produk pencuci muka  sama je kan? Sebenarnya SAFI Men telah dirumus khas dengan formulasi terbaik supaya bahannya dapat dipadankan dengan masalah kulit lelaki 



Korang mesti tertanya siapakah duta produk SAFI Men ini kan? Waktu gimik pelancaran dia haritu memang gempak. Mana taknya tiba - tiba ada orang turun dari tingkat atas menggunakan tangga. Beliau adalah duta bagi SAFI Men. Fattah Amin .



Lepas ni, jangan lupa dapatkan SAFI Men Dynamic White, SAFI Men Oil Control Clay dan Pembersih Wajah Acne Buster di pasaraya, farmasi , dan pasar raya hyper utama

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.safi.com.my 

Pembersih Muka Terbaru Safi Men

by on 17.1.16
Pembersih Muka Terbaru Safi Men   | Kalau diikutkan lelaki ni simple je, tak perlu nak ada pembersih muka lelaki bagai. Kalau ada sabun ...
Cabaran Memasak Kentang Bersama U.S Potatoes Baru - baru ini 24 orang blogger telah berentap dalam Cabaran Memasak Kentang Bersama U.S Potatoes. Saya pun join jugak yer lah tak pernah masuk pertandingan memasak, nak jugak merasa, manalah tahu kalau ada rezeki boleh menang kan? 




cabaran kulinariini dianjurkan oleh U.S Potato Board dan Kolej Universiti KDU  Utropolis Glenmarie.  Acara utama pada hari tersebut sudah semestinya cabaran kulinari  “DuaBelas Sajian Krismas” apabila kiteorang menjadi chef untuk sehari ala - ala masterchef gitu





Kenapa kentang? Kentang sememangnya makanan semua peringkat umur dan budaya, sebagai makanan bayi, bahan utama atau sampingan dalam pelbagai jenis masakan untuk meningkatkan khasiat pemakanan dan serbaguna untuk sebarang jenis kaedah memasak termasuk membakar, memanggang, mereneh, menggoreng dan dijadikan kentang lenyek

Sebelum ni ingat kentang ingat fries je kan? So dalam pertandingan ni kiteorang kena mencipta resipi berasakan kentang sebagai menu utamanya. Untuk task ini, setiap kumpulan mempunyai pasangan masing - masing, dan pasangan saya adalah jeng jeng jeng.. Nannie Isa  dari Kitepunye.com 



Kiteorang telah mencipta Potato Fritters bersama rendang bujang. Actually bahan - bahan ni semua last minute dan modified habis, Sebab tu nama dia pelik sikit. tapi bila dah masak macam ermm sedaplah pulak hahahaa. kena pulak kentang import . Okay puji diri sendiri disitu 








 Kumpulan - kumpulan lain pun tak kurang hebatnya, siap ada gubahan bunga dari kentang lagi. Bila dah announce pemenang, tak sangka pulak rezeki berpihak pada kiteorang untuk menang sebagai tempat kedua, Hahaha terkedu sekejap, bila bukan itu sahaja , saya turut memenangi pertandingan Instagram, Memang durian runtuhlah jawabnya 





Terima kasih to my partner Nannie Isa, Kalau tak de fritters dia tak sure jugak boleh menang ke tak ni.Since kentang sangat berkhasiat, lepas ni bolehlah korang tukar gaya selera dengan mengambil kentang sebagai makanan harian.  Nak best lagi gunakanlah U.S Potatoes ! 

Cabaran Memasak Kentang Bersama U.S Potatoes

by on 16.1.16
Cabaran Memasak Kentang Bersama U.S Potatoes   |  Baru - baru ini 24 orang blogger telah berentap dalam  Cabaran Memasak Kentang Bersama...
Cara Hilangkan Kolesterol | korang kalau makan pernah fikir tak berapa banyak kolesterol yang ada pada makanan tersebut? Makan kena beringat, kalau banyak sangat kolesterol padahnya nanti timbul penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Faktor obesiti pun disebabkan kolesterol tau? 




Jadi untuk itu, saya syorkan pada korang semua untuk mengamalkan Pati HerbaMadu keluaran Clear Herbs Sdn Bhd & Clear Herbs Trading untuk hilangkan kolesterol yang ada pada badan. Kenapa pilih Pati Herba Madu ? Sebabnya produk ini mempunyai ramuan seperti 

  • madu lebah asli
  • halia 
  • bawang putih 
  • jus lemon
  • cuka epal
  • kurma 

yang berfungsi sebagai ubat kolesterol. Ramuan ini adalah 100% asli tanpa pengawet dan mempunyai kelulusan  GMP KKM, Mesti KKM, ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Kalau korang rasa badan korang macam ada tanda - tanda kolesterol tinggi eloklah minum Pati Herba Madu ini. Produk ini mempunyai pelbagai kelebihan seperti 

  •  Menurunkan Kadar Kolesterol
  •  Membersihkan saluran jantung yg tersumbat
  •  Menurunkan Berat Badan
  •  Melancarkan process pembuangan
  •  baik untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis
  •  membuang angin dalam badan
Selain kolesterol, Pati Herba Madu juga berfungsi sebagai ubat sakit jantung, gout, stroke, resdung dan darah tinggi .Dah ramai yang menggunakan pati ini dan terbukti berkesan.Tak percaya korang boleh baca di sini



antara testimoni pelanggan. haa nampak tak keberkesanan dia ? 


 So untuk korang yang nak sihat,atau nak dapatkan Pati Herba Madu 250ML ini, boleh dapatkan dengan harga RM69 semenanjung dan RM79 bagi  Sabah dan Sarawak

Untuk dapatkan produk ini, korang boleh klik pada link ini untuk senarai agent dan stokis Pati Herba Madu yang berdaftar 





Facebook : Clear Herbs
URL  : patiherbamadu.blogspot.com
                www.bebaskolesterol.com

 contact : 0192535796 / 0133627775 / 0125157396

Cara Hilangkan Kolesterol

by on 15.1.16
Cara Hilangkan Kolesterol   | korang kalau makan pernah fikir tak berapa banyak kolesterol yang ada pada makanan tersebut? Makan kena beri...
Restoran D'Saji KL Titiwangsa Mengecewakan? | Dah lah parking susah , waiter tak reti ambil order dan servis melambatkan! Betul ke Restoran D'Saji KL Titiwangsa Mengecewakan seperti ini ? Yer la komen negatif ini kadang memberi impak kepada para pengunjung 




Jadi untuk kepastian, kami di Projek Travel sempat terjah dan turut datang ke Restoran D'Saji KL Titiwangsa ini untuk kepastian. Kami turut membawa beberapa individu bagi membuktikan kami berada disini. Sempatlah juga kami merasa dinner dan lunch di restoran ini. Ternyata dakwaan mengenai komen di atas adalah 

-
-
-
-

TIDAK BENAR

Saya dan rakan - rakan Projek Travel sempat menemubual beberapa orang pekerja Restoran D'Saji KL Titiwangsa mengenai komen - komen ini. 





Yer lah memandangkan baru - baru ini ada selebriti terkenal yang baru sahaja membuka Restoran , melenting kerana tidak boleh terima komen yang membina dari blogger. 


Jadi untuk sahkan mengenai komen negatif tersebut, ini adalah komen beliau 

' Memang benar kami ada menerima komen - komen tersebut di laman sosial. Kami di Restoran D'Saji KL Titiwangsa menerima dengan hati terbuka apa - apa jenis komen bagi membaiki kualiti kami dari semasa ke semasa. Untuk makluman komen tersebut diterima sewaktu awal pembukaan kami pada Mei 2015. Malah untuk memujuk kembali pelanggan kami tersebut, segala makanan dan minuman beliau kami belanja. Malangnya selepas itu, beliau dan ahli keluarga beliau terus menghentam kami di sosial media  seolah - olah kami membuat kesilapan yang terlalu besar ' 



Haa ini adalah jawapan dari pihak Restoran D'Saji KL Titiwangsa. Sebenarnya time kiteorang pergi tu terpukau sekejap dengan restoran ini, besar dan menarik! .Kalau nak tahu, Restoran ini dulunya adalah Restoran Nelayan, Tetapi kini ianya adalah kepunyaan Felda D'Saji  sebuah syarikat katering yang terkenal. 







Menjawab isu parking takde tu, sebenarnya banyak gilos parking di kawasan restoran ini .Mungkin orang salah faham kot memandangkan restoran ini terletak di atas Tasik Titiwangsa dan tasik ini sentiasa crowded. Pastu isu pekerja tak reti manage tu. Tahu tak bahawa pekerja - pekerja disini mostly adalah anak - anak peneroka Felda yang baru habis belajar dan diberi peluang untuk menimba pengalaman disini .Kita patut menyokong niat murni dorang bukannya menghentam, Biasalah restoran baru buka, tak boleh expect 100% tip top 



Restoran ini sangat menarik sebab ianya merupakan restoran terapung di atas tasik dan menariknya setiap malam mempunyai persembahan kebudayaan. So sambil - sambil makan tu, bolehlah cuci mata tengok persembahan. 



Bukan setakat itu, yang terkini dorang dah ada maskot siri animasi terkenal .Sebagai contohnya bulan ini Transformers haa sesuai sangat untuk korang yang ada anak -anak tu. Dorang mesti terhibur. Boleh ambil gambar juga kan? 





Bila dah datang sini, korang boleh pilih pelbagai jenis makanan yang ada disini baik dari segi ala carte mahupun buffet. Kalau nak cari tempat steamboat sedap pun ada disini dengan harga serendah RM29 . 


Kalau nak cari tempat makanan melayu sedap di Kuala Lumpur,  Restoran D'Saji KL Titiwangsa adalah tempatnya. Saya cadangkan menu yang wajib korang cuba adalah

Gulai Kawah ori punya!


Pisang Rebus! Tanggang sangat haha

Bubur kacang anyone? 

pelbagai jenis lauk sayuran

Kailan Ikan Masin

Sambal Udang

Gulai Telur Itik Masak Lemak 

ayam kalio

 Selain itu, aneka kuih muih melayu pun ada dekat sini. Serius heaven! 







Makan malam pun sama juga ada pasta live counter ,kambing bakar dan menu wajib cuba koeytiaw kambing. Rasa dia sedap weh, Haaa korang yang sukakan kambing tu meh datang sini, Harga pun berpatutan. 

Selain dari makanan  - makanannya yang sedap lagi menarik, Restoran D'Saji KL Titiwangsa juga sering menjadi pilihan lokasi untuk pelbagai acara seperti perkahwinan, akad nikah , acara korporat dan banyak lagi. 


birthday party pun boleh dibuat!

akad nikah :) 

Selain Dewan Rafflesia, dewan lain pun ada tau. Total kesemuanya boleh muatkan dalam 2000 orang dalam satu masa


Berita baik untuk korang yang bakal mendirikan rumah tangga, Restoran D'Saji KL Titiwangsa turut menyediakan pakej perkahwinan terbaik 2016 ! Siap dengan tempat, makanan dan macam - macam lagi. 



Pendek kata semua complete. Kalau rasa nak feeling cinderella, princess bagai.ada bajet lebih korang boleh request untuk naik kereta kuda ataupun helicopter, Khas untuk realisasikan impian korang, Best kan? 





So jangan lupa untuk datang ke sini tak kira pagi, tengahari ataupun malam kerana setiap sajian berbeza dan unik! Sesuai sangat untuk korang gather dan makan - makan disini. Kalau dah datang Istana Budaya tu, boleh datang kesini juga lepak - lepak minum. Baru feel duduk atas tasik! 

Untuk maklumat lanjut boleh layari 

Restoran  D'Saji KL Titiwangsa 






Restoran D'Saji KL Titiwangsa Mengecewakan?

by on 9.1.16
Restoran D'Saji KL Titiwangsa Mengecewakan?  | Dah lah parking susah , waiter tak reti ambil order dan servis melambatkan! Betul ke  R...