Gara - Gara Kicap Tirana, Azwan Ali Bakal Disaman !

Gara - Gara Kicap Tirana, Azwan Ali Bakal DisamanKecoh baru - baru ini mengenai Azwan Ali ataupun dikenali sebagai Diva AA yang sekali lagi telah menimbulkan kontroversi . Diva AA dikatakan telah memaki , memfitnah di Instagram beliau mengenai iklan syarikat Kicap Tirana 




Hairan juga si Azwan Ali ni, syarikat ni langsung tak ada cari masalah dengan beliau, tapi kenapa perlu panas bila tengok iklan syarikat Tirana? Part of marketing kot ! Haritu dengan Menate Steak, kali ini syarikat kicap pulak 

 Baru - baru satu sidang media khas telah diadakan mengenai tuntutan  menghentikan fitnah dan kenyataan tidak benar ke atas  kicap perusahaan syarikat mereka, Tirana Product Sdn Bhd. Antara kandungan surat tuntutan adalah seperti berikut 


“Merujuk kepada perkara di atas dimana kami bertindak bagi pihak Tirana Products Sdn Bhd. Kami telah dimaklumkan oleh anakguam kami bahawa anakguam kami telah menerbitkan satu iklan bagi mempromosikan kicap keluaran mereka berjenama “Tirana” yang disiarkan  berulang kali di TV3 (selepas ini dirujuk sebagai “Iklan Kicap Tirana tersebut”).  Kami seterusnya dimaklumkan oleh anakguaman kami bahawa pihak Tuan telah mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan-kenyataan di halaman ‘instagram’ Tuan yang menggunakan nama “divaazwanavazz” (selepas ini dirujuk sebagai “Instagram tuan tersebut”) yang berunsur fitnah dan tidak benar ke atas Iklan Kicap Tirana tersebut.




Pihak Tuan telah menyatakan dan menerbitkan kenyataan-kenyataan iaitu:

i) “TERTENGOK IKLAN PLG TER GAMPANGSSS DLM SEJARAH TV ! 

ii)  ii) “IKLAN KICAP TE GAMPANGSSS! MACAM MANA BOLEH LEPAS 

iii)  “KICAP KIPAS UDANG ? CONPOM TOP! NI TIRANA ? INGAT PIL 

iv)  “APA JADAH NAMA KICAP NI NOK? TAK PERNAH DENGAR PUN? 

v) “SEJUTA KALI PUN AKU CARUTS #IklanKICAPplgGAMPANGSSS YG KO 

vi)  “#IklanKICAPplgGAMPANGSSS ADA DATUK “KEPANASAN ! #KESIAN ! 

#LUDAHHH SAPA YG KOMEN PRO STATUS DIVA AA ? DAPAT 

#rendangchefDivaAA FOC!”;

SIARAN KAT TV3? OMGGG BLOGGERS #NERAKAjahanammmm VIRAL 

KAN LAH SANGAT DIVA AA CARUTS IKLAN KICAP PLG SANGKAK! 

#BILLIONZZZZZ MY GREAT FANS? TOTALLY AGREED ! SAPA YG JOIN 

MAKI KAN IKLAN KICAP PLG SANGKAK NI ? DAPAT FOC 

#rendangchedDivaAA”;

SENGUGUT ?”; 

PADAN IKLAN GAMPANGSSS SGT! SAPA JOIN MAKI IKLAN NI? DAPAT 

#rendangchefDivaAA FOC NOKK”; 

PANAS #KOdahKENAPEhanjjj ? ADA SEJUTA REASONS Y IKLAN INI 

AKAN TERUS DI MAKI ! KO BOSS KICAP NI PUN ? AKU TAK TAKUT ! 

TENGOK SAPA YG POWER ?”; 

LU SAPAAAAA ? DO I CARE WHO THE HELL “DATUK” U ARE ? DIVA 

AA PUNYA HAK UTK TEGUR ANY SIARAN VISUAL YG MEMUAL KAN 

! MENJENGKEL KAN! MENJIJIKKK KAN & MEM #BODOHHHH KAN 

PENONTON ! SO ?”; 

vii) “@salmahismael HARI HARI JOIN ME CARUTSKAN 

#IklanKICAPplgGAMPANGSSSS”;

viii)   “@kinato_c IKLAN SAMPAH SARAPPP NOKKK”;

ix)  “@datin_cotton MAKI KAN DATINNNN! IKLAN HANJINGGGG NI”; 

x)  “@izzat_ikhwan HAPRAK SANGAT IKLAN TER GAMPANGSSS NI 

NOKKK! MAKI LAGI KOW KOW 

xi) “@kembali_ke_syurga IKLAN #NERAKAjahanammmm NOKK”; 

xii) “iklan produk yg bila org puteh suka sesuatu brg tu…plg kelas la kononnya. Xde 

jatidiri…bodo sape yg telibat dgn iklan ni… #artisfake hahaha”; 

xiii) “@theblackbearcoffee Y BOTHER X 3 ! #LUsapaaaa KO HENGGAT KO ADA 

DATUK? AKU TAKUT ? EH HELLO ? AKU LAWYER K ! AKU PEDULI 

APA KO MODEL KE DUTA IKLAN KICAP TU ? AKU ADA HAK DI JAMIN 

DI BAWAH PERLEMBAGAAN ! KEBEBASAN CARUTZ 

#IklanKICAPplgGAMPANGSSS MCM IKLAN IKLAN KICAP SAMPAH TU ! 

SO ? BANYAK KO PUNYA SAMAN ! #SAMANmakDIA ? #POODAHHHHH 

#GoToHELLLLLhatersNERAKA”.”;



 Kami juga telah dimaklumkan oleh anakguam kami bahawa pihak Tuan juga telah memuatnaik satu video parodi yang menyerupai Iklan Kicap Kirana tersebut dengan  sekali lagi mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan-kenyataan fitnah di halaman Instagram tuan tersebut yang berunsur fitnah dan tidak benar ke atas anakguam kami iaitu 

“YEAH I M READY I M READY… MMM.. KICAP KIRARA MEMANG 

GAMPANG.. AOH..AOH MEMANG GAMPANG..

“ Secara ringkasnya, dengan kenyataan tersebut, Tuan telah memilih untuk secara sengaja 
memfitnah dan dengan niat jahat mencadangkan bahawa iklan produk Kicap Tirana milik 
anakguam kami adalah murahan, tidak berkualiti lansung, sangat teruk, menjengkelkan, 
menjijikkan dan memperbodohkan penonton-penonton TV3. 

Anakguam kami tidak berpuashati dengan kenyataan-kenyataan dan video pihak Tuan tersebut. Anakguam kami berpendapat bahawa kenyataan-kenyataan dan video parodi pihak Tuan sebagai fitnah dan tidak benar bertujuan menimbulkan satu pandangan umum yang sangat buruk dan negatif terhadap Kicap Tirana keluaran anakguam kami.Anakguam kami menafikan segala kenyataan dan video fitnah dan tidak benar yang dikeluarkan dan diterbitkan oleh pihak Tuan ke atas anakguam kami dan seterusnya menuntut daripada pihak Tuan:- 

i. dalam masa Empat Belas (14) hari dari tarikh surat ini pihak Tuan mengeluarkan satu 
permohonan maaf secara bertulis dan akujanji kepada anakguam kami bahawa pihak 
Tuan tidak akan membuat atau mengeluarkan kenyatan-kenyataan yang sama lagi; dan 

ii. dalam masa Empat Belas (14) hari dari tarikh surat ini, pihak Tuan hendaklah memadam 
semua kenyataan-kenyataan dan video parodi fitnah tersebut di Instagram tuan tersebut dan menaikkan satu kenyataan di Instagram tuan tersebut bahawa tuan menarik balik semua kenyatan-kenyataan dan video parodi fitnah yang telah dikeluarkan ke atas Iklan Kicap Tirana, memohon maaf serta berakujanji tidak akan mengulangi atau mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah ke atas Iklan Kicap Tirana, kicap Tirana atau apa jua produk keluaran anakguam kami lagi; 
 

iii. dalam masa Empat Belas (14) hari dari tarikh surat ini, pihak Tuan membuat satu permohonan maaf secara bertulis serta menarik balik semua kenyataan dan video parodi pihak Tuan tersebut terhadap anakguam kami melalui satu akhbar tempatan.

iv.  Dalam masa Empat Belas (14) hari dari tarikh surat ini, membayar kepada kami selaku peguam bagi anak guam kami kos guaman sebanyak RM1000.00. Tuntutan-tuntutan diatas dibuat tanpa prasangka ke atas hak-hak dan remedi yang tersedia kepada anakguam kami. 

Pihak Tuan hendaklah menjawab surat tuntutan ini dalam tempoh Empat Belas (14) hari dari tarikh surat ini, jika gagal, kami mempunyai arahan tegas untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada pihak Tuan lagi termasuk menuntut gantirugi, kos dan relif-relif lain. 

Yang benar, Untuk TETUAN ADNAN SHARIDA & ASSOCIATES


Kerana mulut, badan binasa Apa nak jadi entah Azwan Ali ni. Perbuatan beliau ni tak tumpah seperti nak tutup rezeki orang. siap menjanjikan rendang percuma lagi buat followers beliau yang sama - sama memaki syarikat Tirana. 

Setiap tahun, ada je kes kontroversi beliau timbulkan. Adakah ini part of strategy beliau untuk kembali popular apabila beliau sendiri perasan populariti kian pupus dek ditelan zaman? 

Diharap Syarikat Kicap Tirana ambil ini sebagai langkah positif untuk kembangkan lagi marketing syarikat mereka. Sambil menyelam minum air.... 

6 comments:

Mar Mansor said...

celupar sangat si AA perasan diva ni...

Hanny Abdullah said...

Adehhh...x habis2 si AA ni mencri pasal

Que Achmad said...

aa tu kurang kasih syg agknya

Nur Misnan said...

apa masalah s mamat ni. terlajak lanjut usia x kawin2 makin jadi2 plam.. suka cari pasal..

saman jer manusia mcm ni. kasi tutup mulut dia

Olies said...

Adoii AA ni

Anonymous said...

Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.