Tempat Shopping Murah Di Melaka

Tempat Shopping Murah Di Melaka | To be honest, Melaka ni banyak tempat yang best nak pergi, memang sentiasa menjadi tumpuan melancong kerana mempunyai pelbagai tempat yang menarik! Kalau Melaka sinonim dengan tempat bersejarah, kini Melaka menjadi tumpuan kerana mempunyai tempat shopping murah


Haa kalau zaman sekarang, bukan setakat perempuan, lelaki pun suka bershopping tapi tak lah over macam perempuan kehkehkeh. Baru - baru ini, saya telah dijemput untuk ke tempat yang dikatakan Tempat Shopping Murah Di Melaka , iaitu Freeport A'Famosa Outlet yang terletak di Alor Gajah, Melaka . 




Apa yang boleh dikatakan , tempat ini hampir sama seperti Johor Premium Outlet( JPO) dan Mitsui Outlet Sepang, cumanya ini adalah kali pertama saya  datang ke tempat seperti ini dan Freeport A'Famosa Outlet ini mempunyai tarikan yang tersendiri ! 





Mana taknya, sampai saja korang disini pasti kagum dengan rekaan bangunan bercirikan Belanda yang berwarna warni tersergam indah. Dibuka pada seawal Disember 2015, Freeport A'Famosa Outlet kini telah mempunyai lebih dari 90 Outlet yang telah dibuka seperti pakaian sukan. produk kecantikan , penjagaan diri, kasual dan banyak lagi. Syurga buat kaki shopping ! 


Sampai beratur haaa...




Alang - alang dah sampai sini, saya tak nak lepaskan peluang untuk shopping disini dan pada masa yang sama nak survey jugak betul ke murah sangat dekat sini. 


confuse nak ambik mana haha 


Berbekalkan RM350, saya  dan para bloggers yang lain dibahagikan kepada dua kumpulan untuk task shopping. Kumpulan yang pertama kena shopping menggunakan tema Formal Outfit dan satu lagi which is my team,Smart Casual .Seronok kejap bila dapat tema ni. Yer la bagi lelaki formal tu dah macam biasa sangat, bila smart casual tu bolehlah melaram sikit kehkehkeh 






Dengan bajet tak lebih dari RM350 , saya berjaya dapatkan awesome outfit dengan harga yang sangat best !

Sneakers dari Nike ( Original okay?) : RM70
Jogger Jeans dari Brunswick Garments Cotton On RM75
Sunglass dari Cotton On RM 6
Red Shirt dari Cotton On RM50
Chambray dari Brunswick Garments Cotton RM110

total : RM311

still on budget !! Best buy adalah Nike sneakers dimana kalau tempat lain harga mau beratus ye. Jadi buat orang Melaka dan sesiapa sajalah yang nak cari tempat Shopping murah, datanglah ke Freeport A'Famosa Outlet ! 

Malaysia  Fashion and Lifestyle Blogger 


Freeport A'Famosa Outlet Melaka '
Dibuka 10 pagi - 10 Malam 


2 comments:

penaberkala nuar said...

Menarik.
Gi Melaka nanti, nak singgah sini.

luqman zakaria said...

Sneakers baru 70 memang murah kot..kena pergi nih..ahaks