Karnival Peaceyall.FM Bakal Meletup !

Karnival Peaceyall.FM Bakal Meletup ! Siapa kenal dengan trademark Peaceyall.FM ? Trademark Dato AC Mizal la jawabnya yang kini trademark tersebut telah menjadi  radio online dah pun. Baru - baru ini, PC berkenaan  Karnival Peaceyall.FM telah pun berlangsung diHotel Pullman by Lakeside Putrajaya, Putrajaya pada 17 Februari yang lepas. Majlis ini dihadiri oleh Dato’ Ac Mizal, Datin Emelda dan kartunis Ubi. Beberapa media tempatan turut hadir untuk cover majlis ini.

1.Karnival Peaceyall membawa lebih 150 Usahawan Menjelajah Malaysia
Buat julung kalinya stesen Peaceyall.fm akan mengadakan karnival besar-besaran di seluruh Malaysia dengan permulaannya di melaka pada 2-3 April nanti. Tidak hanya di Melaka, ianya akan diteruskan ke Pulau Pinang, Perak, Terengganu, johor dan berakhir di Kuala Lumpur.


Karnival ini memperlihatkan kelainan dengan menekankan konsep rekreasi santai dan riadah khususnya untuk seisi keluarga. Dengan lebih 150 usahawan yang juga terdiri daripada barisan artis pastinya lagi memeriahkan karnival yang akan berlangsung ini.
Tujuan utama karnival ini adalah untuk pihak stesen berikteraksi dengan penonton setianya dengan lebih dekat disamping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka ke seluruh dunia dengan kos yang minima tapi berimpak tinggi. Karnival ini dijayakan dengan kerjasama OMGFest Ventures dan pelbagai aktiviti menarik telah dirangka untuk semua hadirin.


Bukan itu sahaja, karnival selama 2 hari ini akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia melalui aplikasi Peaceyall.fm. Segala info tambahan mengenai karnival ini bolehlah layari laman sosial Peaceyall.fm atau di OMGFest2014.
2. Kartunis Ubi Melancarkan Komik Skoolastik
Semua sudah sedia maklum kartunis Ubi jika korang seorang peminat setia Majalah Ujang. Mana tidaknya aku juga membesar dengan karya-karya kartunis Ubi ini. Setelah beberapa tahun menyepikan diri, akhirnya kartunis Ubi melancarkan komik terbaru beliau iaitu ‘Skoolastik’.


Komik ini diilhamkan untuk menarik minat para remaja. Komik ini menceritakan tentang 3 sahabat karib iaitu Khairy, Pian dan Aina dalam menjalani kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Terdapat pelbagai kisah yang pastinya dapat memberikan pelbagai pengajaran kepada pembaca.
Komik ‘Skoolastik’ ini yang hanya berharga RM19.90 boleh didapati secara online di www.kedai.kartunisubi.com atau semua cawangan kedai buku seluruh Malaysia bermula 20 Februari 2016. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman sosial kartunis Ubi di @KartunisUbi
3. Beriteraksi Bersama Dato’ Ac Mizal melalui aplikasi ‘DAC Peaceyall”
Dato’ AC melancarkan aplikasi pemainan yang terbarunya iaitu DAC Peaceyall. Aplikasi ini dibuat untuk menarik minat pemain game tegar di mana ia dihasilkan dengan latar belakang yang trendy dan catchy sesuai dengan penampilan Dato’ AC Mizal sendiri.



Melalui aplikasi ini juga peminat dapat menerima mesej terus dari Dato’ AC disamping dapat membeli wangian keluaran Dato’ AC dengan hanya mengklik dalam aplikasi ini.  Pelbagai hadiah menarik dan kejutan bakal anda alami dengan aplikasi mainan ini.


‘DAC Peaceyall’ ini sudah boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store bermula sekarang. Haa download sekarang !

1 comment:

Munirah Mustafar said...

alhamdulillah...suka tengok bila business melayu semakin maju