Total Pageviews

Sedapnya Makan Seafood Di Crab Hut !

Sedapnya Makan Seafood Di Crab Hut ! Korang yang sukakan seafood wajib datang sini. Serius berbaloi. Kalau sebelum ni korang tengok gambar viral yang makan atas meja beramai - ramai tu. Di Crab Hut juga menggunakan konsep yang sama 




Yang bestnya lagi dekat sini pelbagai pilihan kuah boleh korang pilih termasuk asam pedas, kuah lemak dan macam - macam lagi  Kuah pilihan ini akan ditukar mengikut bulan - bulan tertentu, so dalam 3 bulan sekali korang boleh datang ke sini dan cuba kuah yang berlainan. Nak cuba setiap bulan pun okay takde masalah. 


feel gila makan hahaha


Abaikam tukul besi tu sebab nak tunuk kat korang sedapnya makan kat sini haha


masing - masing punya perangai time makan LOL 


 Dah lama sebenarnya aku teringin nak makan macam ni. Yer la kalau makan sorang confirm tak best. Kena pulak ada member yang tak makan seafood *sigh* 








So bila dapat jemputan ni, apalagi terus RSVP ' Yes' hahahaha..cakap je korang nak seafood ape? Lobster , baby crab, King Crab, Red Lobster , mussel, king prawn haa semua ada ! 


Macam mana nak makan dan order disini? 




Step 1) Korang akan dapat pilih sebanyak 3 jenis makanan laut dalam satu bag. Pilihan bag 300gm atau 500gm (kalau ramai ambil yang besar ye) 



Step 2)  Pilih sos daripada 4 pilihan sos ataupun pilih sos pilihan " Comel's Round  the World in 80 Sauces' 



Step 3) Pilih campuran kesukaan korang seperti jagung. sosej, cendawan dan banyak lagi



Step 4) Makan dengan penuh kepuasan! Ingat jangan sesekali tak habis, satu penyesalan nanti sebab ianya sangat sedap 







Kalau korang nak makan ala carte yang lain pun boleh juga. Ada set BBQ , set lunch , Cajun dan banyak lagi pilihan disini. Salmon sashimi pun ada. Mohon jangan terliur ye. 



Bersempena dengan Chinese New Year ini, Crab Hut turut memperkenalkan Yee Sang yang boleh didapati di Crab Hut sehingga 22 Februari ini. 



Buat korang yang nak makan dekat sini, nak abang belanja korang diskaun khas untuk korang just tunjukkan gambar di atas dan korang akan dapat 10% diskaun . *abaikan ejaan  nama salah tu* 

Jadi buat korang yang nak makan seafood puas - puas , ajak kawan - kawan korang and eat like a boss! As for me, for sure akan datang balik dengan preparation perut kosong dan makan sepuas - puasnya . Terima kasih Crab Hut ! 

Crab Hut beralamat di 

Shaftsbury Square
Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia


untuk maklumat lanjut boleh layari 


2 comments:

S. said...

Nampak macam sedappp, kena pergi niii !

My New Blogger said...

baru BW sini...
saya dah follow...
jemput singgah & follow Blog saya juga