March 03, 2016

10 Sebab Kenapa Anda Kena Kahwin Di Taman Warisan Pertanian Putrajaya

10 Sebab Kenapa Anda Kena Kahwin Di Taman Warisan Pertanian Putrajaya  | Buat korang bakal pengantin, mesti terfikir dan mencari lokasi hari bersejarah korang, Yer la bak kata orang once in a life. Mesti nak yang terbaik kan? 




Kalau sebelum ni aku dah share dekat korang lokasi perkahwinan di Kajang, berkonsepkan bali, konsep Bali dan konsep taman di atas tasik, kali ini aku nak share dekat korang perkahwinan yang bertemakan warisan dan alam semula jadi. 



Aku kalau tak tengok sendiri tempat tu memang tak berani nak bagi komen , nanti tak pasal kena bash, so bila dah tengok dan diperkenalkan sendiri Taman Warisan Pertanian Putrajaya yang kini menjadi pilihan lokasi perkahwinan, ini adalah 10 sebab kenapa korang kena kahwin di Taman Warisan Pertanian Putrajaya 

1. Pakej Perkahwinan merangkumi katering, tempat , kemudahan yang disediakan oleh Felda D'Saji 
- Pakej serendah RM 28 per pax. Katering Felda D'Saji memang sudah terkenal dengan keenakan dan kecekapannya sejak bertahun - tahun lamanya 



2. Selain datang bertandang ke majlis perkahwinan, tetamu juga boleh melawat Taman Warisan Pertanian yang terkenal dengan buah - buahan , getah , padi dan lain - lain. Sebab tu lebih dekat dengan alam semula jadi. Dengar cerita, dalam pakej perkahwinan, pengunjung bakal mendapat kupon untuk masuk ke dalam taman ini! 


3. Kenapa konsep warisan? Sebab tempat ini sendiri berkonsepkan warisan! Memang cantik weh! 





4. Kalau korang bernasib baik , majlis korang akan sangat meriah dengan bazar - bazar jualan buah - buahan dan hasil pertanian 

5. Disini juga bakal dirinya One - Stop Centre bagi majlis perkahwinan yang lengkap. So lepas ni tak perlu susah - susah untuk cari wedding planner, katering, hiasan perkahwinan bagai. Datang je kesini dan bincang sebab semuanya ada. Just wow! 

6. Kemudahan yang sangat lengkap. ada tandas, surau, kemudahan parkir yang banyak dan yang best dekat dengan bukit dan kawasan pertanian. Jadi tak perlu risau panas bagai.

7. Kalau rasa nak lepak, boleh je lepak , makan dekat gerai - gerai yang ada. Buat korang yang tak tahu tempat ini sendiri merupakan port makan yang terkenal di Putrajaya 

8. Felda D'Saji sangat komited dengan konsep perkahwinan yang ditawarkannya. Tidak hairanlah ini merupakan lokasi mereka yang ke - 12 

9. Tempat ini sendiri diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Tourism Malaysia dan juga Agensi Pelancongan

10. Kalau asyik pilih moden je, bila lagi nak kekalkan warisan melayu kita kan? Tempat dah cantik, korang cuma perlu cari songket sebagai pelengkap. Confirm berseri je sepanjang hari perkahwinan korang ! 


Bazar warisan yang dirasmikan oleh  Y Bhg. Datuk Seri Haji Hasim bin Haji Ismail , Pengerusi Perbadanan Putrajaya 


Buat yang tidak tahu Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini adalah milik Perbadanan Putrajaya dan telah berkolaborasi dengan pengendali pakej perkahwinan terunggul Malaysia, Felda D'Saji. 

Untuk korang yang berminat, bolehlah hubungi 

Tel : 03 - 2698 8302 / 013 - 386 0453 / 019 - 295 6232 

Facebook : Felda D'Saji Official 

Website : www.feldadsaji.com.my 

email : salesdsaji@felda.net.my 



0 Budak Rambut Pacak Komen: