March 31, 2016

Meriahnya Beautiful Terengganu !



Meriahnya Beautiful Terengganu ! Negeri cantik budaya menarik .  Siapa tahu tagline ini terkenal di negara mana? Tak lain tak bukan milik salah satu negeri yang paling cantik di Malaysia iaitu Terengganu! To be honest, aku sendiri yang anak jati Perak ni pun sangat kagumi dengan keindahan dan tarikan yang ada di negeri Terengganu ini. Memang layaklah dinobatkan sebagai negeri cantik 



Untuk pengetahuan korang, untuk menggalakkan lagi industry dan pengenalan kepada negeri Terengganu, satu kempen anjuran Tourism Terengganu telah dilaksanakan bertujuan sebagai pra promo kepada Tahun Melawat Terengganu 2017. Kempen yang dinamakan sebagai Beautiful Terengganu ini telah berlangsung pada 23 – 27 Mac baru – baru ini di selatan tanah air, Plaza Angsana Johor Bahru Mall And guess what? Pengunjung yang hadir setiap hari mencecah 50,000 orang ! Perghh hebat betul penangan Beautiful Terengganu ini 




Mana tidaknya dalam kempen Beautiful Terengganu di Johor ini, terdapat pelbagai aktiviti dan program disediakan seperti jualan makanan tempatan, persembahan budaya negeri Terengganu, pengenalan dan promosi pakej pelancongan dan banyak lagi! Memang segala makanan tradisi seperti Keropok Lekor, Nasi Dagang licin! 




Sempena dengan Tahun Melawat Terengganu 2017, banyak program telah dirangka antaranya adalah Pulau bebas cukai dijangka beroperasi antara bulan September atau November. Menarik bukan? Sambutan mengenai Beautiful Terengganu dan Tahun Melawat Terengganu 2017, mendapat liputan luas media dalam dan luar negara 



Buat yang tidak tahu,hampir setiap tahun aku join Pesta Mencandat Sotong Antarabangsa yang turut disertai media antarabangsa. Tahun ini liputan mengenai Terengganu dimuatkan dalam rancangan Nona Istimewa Terengganu di TV3 yang menampilkan pelbagai produk pelancongan seperti 
  • Taman Tamadun Islam
  • Kenyir Elephant Conservation Village 
  • Kg China 
  • Gamelan Warisan Sari 
  • Wan Manang Songket 
  • Pembuatan Keris 
  • Tembaga Wanisma 
  • Batik 
  • Primula – Nasi Dagang 
  • Adeq Sue Ikan Bakar 
  • Pak Nong ICT 
  • DapoPata 




Haa banyak kan? Cakap pasal Terengganu ni memang tak habis weh! Banyak sangat tempat menarik yang ada. Kiteorang dari Projek Travel pun kini berada di Pulau Perhentian , salah satu pulau yang tercantik di Malaysia milik negeri Terengganu 



So kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Beautiful Terengganu boleh layari 




1 Budak Rambut Pacak Komen:

Kak Mahh said...

Lebih 15 tahun tidak menjejaki Pulau Perhentian