May 23, 2016

Bagaimana Cara Untuk Menyimpan Wang Bagi Membayar Wang Muka untuk Rumah

Walaupun membeli rumah adalah satu perkara yang menyeronokkan di dalam hidup anda, ia juga adalah satu pengalaman yang menelan belanja yang besar dan boleh menjadi menakutkan!  



Jika anda mencari hartanah yang telus dan berdaftar, anda boleh ke laman seperti PropertyGuru Malaysia untuk memulakan pencarian. Walau bagaimanapun, anda juga perlu  menyediakan plan bagi pemilikan rumah dan memulakan penyimpanan wang secara serius sebelum membayar wang muka bagi rumah pertama anda. 



Jika anda cemas atau risau dengan prospek wang simpanan bagi pembayaran wang muka rumah pertama anda, bacalah tip-tip yang disediakan ini untuk cara penyimpanan wang yang mudah!

Jangan Belanja Berlebihan

Terdapat banyak risiko yang dikaitkan dengan berbelanja secara berlebihan untuk hartanah.Jika anda membayar lebih daripada 30 peratus daripada pendapatan anda untuk gadai janji, cukai dan insuran, anda berkemungkinan untuk tidak mempunyai wang yang cukup untuk digunakan bagi perbelanjaan harian dan juga wang simpanan selepas anda bersara. 



Selain itu, jika anda berbelanja lebih daripada harga pasaran rumah, anda berkemungkinan hilang lebih banyak wang dalam jangka masa panjang terutamanya jika harga pasaran tidak berubah. 

Objektif kewangan yang utama apabila melabur dalam hartanah ialah supaya anda dapat memperoleh wang daripada pelaburan tersebut sepanjang hidup anda.Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk mencari kos yang realistik mengikuti keadaan kewangan anda apabila mahu membuat keputusan berdasarkan julat harga yang dipilih.

Jangan tentukan harga mengikut pendapatan yang bakal anda dapat di masa hadapan, tetapi tentukan harga berdasarkan pendapatan terkini bagi mengelakkan risiko-risiko kewangan yang lain. Jangan terus terima tawaran jika anda ditawarkan untuk mendapat pinjaman penuh perumahan oleh pihak bank. Salah satu daripada kesalahan biasa yang dilakukan untuk pembeli rumah buat pertama kali ialah berbelanja secara berlebihan. Menurut Money Crashers, kesalahan yang lain termasuklah gagal mendapatkan pinjaman gadai janji yang terbaik, 


Tentukan Gol Bayaran Muka

Apabila anda telah menentukan harga rumah yang realistik, anda perlu menyediakan gol untuk bayaran muka. 20 peratus adalah kadar yang paling sesuai mengikut pengalaman, tetapi kadar bunga kebiasaannya lebih rendah daripada bayaran muka. 

Jadi, jika anda mampu untuk membayar lebih daripada 20 peratus , anda digalakkan untuk target bayaran muka yang lebih tinggi. Anda boleh mengelakkan insuran gadai janji swasta jika anda membayar bayaran muka yang tinggi. Antara kelebihan-kelebihan membayar wang muka yang tinggi adalah :



  •  Bayaran Gadai Janji Bulanan Yang Rendah : Lebih banyak wang yang anda sediakan untuk bayaran muka, lebih rendah pinjaman dan bayaran gadai janji bulanan yang perlu anda bayar.



  •  Kadar Bunga Yang Lebih Rendah : Kadar bunga yang dikenakan bagi pinjaman 20 peratus bayaran muka kebiasaanya lebih rendah berbanding kadar bunga bagi 10 atau 15 peratus bayaran muka. Kadar bunga yang rendah dapat menjimatkan wang anda sebanyak beribu malahan puluhan ribu bagi tempoh pinjaman anda.



  • Dapat Menarik Perhatian Penjual : Penjual akan lebih tertarik dengan tawaran anda apabila anda sanggup mengenakan lebih daripada 20 peratus bayaran muka kerana anda kelihatan lebih bertanggungjawab dan serius dalam urusan jual beli.

Pastikan Anda Bersedia Dari Segi Kewangan



Pastikan keadaan kewangan anda stabil sebelum bercadang mahu membeli rumah. Anda perlu memastikan anda mempunyai perkara-perkara berikut sebelum membeli rumah pertama anda:

  •  Anda perlu tahu cara untuk berbelanja dalam bajet yang ditetapkan
  • Anda perlu mempunyai pendapatan yang stabil dan tetap
  • Anda perlu mempunyai tabung kecemasan dengan sekurang-kurangnya jumlah perbelanjaan untuk 6 hingga 12 bulan ke hadapan termasuk gadai janji, cukai, insuran, dan perbelanjaan harian jika sekiranya anda jatuh sakit atau kehilangan punca pendapatan
  • Anda secara idealnya haruslah bebas hutang ataupun sekurang-kurangnya bebas dari hutang kad kredit dan juga hutang-hutang lain yang tidak baik untuk anda
  • Laporan kredit anda seharusnya kelihatan baik
Rangsang Simpanan Anda

Binalah wang simpanan anda menggunakan beberapa cabang pendapatan. Buatlah seberapa kerja yang boleh untuk mendapatkan wang tambahan supaya anda dapat mempunyai simpanan yang mencukupi bagi persaraan anda, selain daripada dapat menyediakan sekurang-kurangnya 20 peratus wang muka untuk rumah idaman anda. Jual pakaian-pakaian dan barangan terpakai anda di laman seperti e-Bay, jadilah penulis bebas ataupun buatlah dua pekerjaan sepenuh masa jika anda mampu. 

Lebih banyak cabang pendapatan yang anda perolehi, lebih banyak wang yang dapat dikumpul dan disimpan untuk dijadikan bayaran muka.


Pilih Kenderaan Yang Menjimatkan

Apabila anda telah mendapat cabang-cabang pendapatan, anda perlu memilih pelaburan terbaik dari segi memiliki kenderaan yang stabil. Kebanyakan pakar kewangan mencadangkan supaya anda memilih pelaburan berisiko rendah seperti akaun simpanan yang memberi pulangan tinggi ataupun CD.



 Akaun- akaun ini mungkin tidak memberikan kadar pemulangan wang yang tinggi tetapi mereka lebih rendah risiko dan dapat memastikan wang anda ada apabila diperlukan. Jika anda merancang untuk menunggu sekurang-kurangnya 3 hingga 5 tahun untuk membeli rumah, bon simpanan adalah pilihan yang lebih menguntungkan. 

Penasihat kewangan mengesyorkan dana atau simpanan jangka masa pendek, tinggi kualiti, dan tidak membebankan bagi orang yang masih menyimpan dan mempunyai jangka masa yang panjang lagi untuk membuat simpanan. Dana-dana ini selalunya memberikan pulangan dividen sebanyak 2 ke 4 peratus setahun.

Dapatkan Wang Daripada Akaun Persaraan Anda Untuk Bayaran Muka

Jika anda mahu membeli rumah dalam masa terdekat dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar 20 peratus bayaran muka tetapi mempunyai simpanan persaraan, anda boleh menggunakan wang daripada akaun tersebut sebagai bayaran muka. Anda boleh menggunakan sehingga $10,000 daripada dana IRA untuk membayar rumah sekiranya anda membeli rumah buat pertama kali.

Anda juga boleh mengeluarkan wang daripada dana IRA pasangan anda yang membawa kepada jumlah $20,000. Anda tidak semestinya perlu menjadi pembeli kali pertama memandangkan anda boleh berkongsi harta bersama pasangan. Menurut IRS, pembeli rumah kali pertama boleh terdiri daripada anak-anak, cucu, bahkan ibu bapa anda.



Walau bagaimanapun, anda seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga ataupun bersedia sebelum mengeluarkan wang dari akaun persaraan anda. Fikirkan dahulu adakah berbaloi menggunakan wang persaraan sebelum tiba masanya sebelum mengambil apa-apa langkah bagi prosedur ini. Anda akan kehilangan pelaburan yang bebas cukai selama-lamanya.

 Disebabkan itu, timbang tara dahulu risiko dan faedah menggunakan simpanan persaraan anda untuk digunakan sebagai bayaran muka bagi membeli rumah. Adakah mengurangkan simpanan persaraan anda berbaloi bagi membeli rumah idaman anda? Menggunakan wang daripada simpanan persaraan anda bermaksud yang anda akan membayar kurang di masa hadapan untuk segala perbelanjaan pembelian rumah.

0 Budak Rambut Pacak Komen: