May 31, 2016

Buffet Ramadhan Murah Di Shah Alam



Buffet Ramadhan Murah Di Shah Alam kepada warga Shah Alam dan lembah klang khususnya, yang mencari tempat berbuka best dan bufet ramadan murah, apa kata korang rasakan sendiri keenakan juadah hidangan masakan melayu dengan suasana Ala Moroccan di INTEKMA Resort & Convention Centre ( IRCC)


ehem Nad Zainal pun ada ! 



Selain tarikan suasananya yang menarik dan unik,  hidangan resipi Melayu pasti menaikkan deria rasa dan membangkitkan selera korang  tatkala menikmati hidangan yang tersedia








Antara yang mesti cuba di sini adalah Nasi Beriani Kari Kepala IkanPerut gulai, Ayam Panggang, Kambing Bakar, Sotong Berempah dan banyak lagi juadah makanan yang lazat disediakan khas untuk santapan korang nanti



Jika korang berada di INTEKMA , jangan risau kerana pelbagai kemudahan seperti ruangan tempat kereta yang luas, ruangan solat muslimin dan muslimah, kaunter pembayaran zakat, dan kemudahan kenderaan buggy turut disediakan



Mengenai harga buffet , bagi dewasa adalah RM 55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak - kanak yang berumur 6 - 12 tahun. Berita baik untuk korang yang membuat tempahan awal , kerana korang boleh mendapatkan harga early bird dengan serendah RM 45.



Dan kepada warga Uitm ,haa ni best! korang layak mendapat potongan diskaun 10% apabila menikmati juadah disini. best kan? 







Kalau aku , yang paling best makan murtabak dan roti john dia. Sedap gilos weh!! So far the best murtabak in hotel la yang pernah aku rasa .So orang Shah Alam, kalau nak cari buffet ramadan murah di Shah Alam, ini adalah salah satu tempatnya! 


Untuk tempahan :
03- 55225009 / 5001 / 5222 / 5066

1 Budak Rambut Pacak Komen:

Nadia Johari said...

wah menarik..murah pun murah