May 23, 2016

Karnival Pekerjaan GRADUAN ASPIRE datang lagi!


Jyeahh! GRADUAN ASPIRE  datang lagi tahun ini ! Dengan lebih banyak agensi dan aktiviti, dan semestinya peluang pekerjaan ! So siapa yang menganggur tu, yang nak cari pekerjaan, korang wajib datang sini!



kemeriahan GRADUAN ASPIRE tahun lepas 


Kembali dengan tahun keenam penganjurannya , bertemakan ‘Fly High’ antara agensi yang turut mengambil bahagian adalah Maybank, Celcom Axiata, UEM Group, Malaysia Airlines, Dell, Exxonmobil dan Nestle. IPTA dan IPTS pun ada tau seperti UIAM , Taylor’s University, Curtin University, Multimedia University, Universiti Kebangsaan Malaysia, University Malaya dan banyak lagi




Pada 28 dan 29 May 2016 (Sabtu dan Ahad) GRADUAN ASPIRE 2016 bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik selaras dengan keperluan pekerjaan yang korang nak seperti  ASPIRE+, ASPIRE500 Conference, ASPIRE Lounge, Agents Race, contests dan cabutan bertuah . Wow bestnya!



Aku pun memang mengharapkan carnival macam ini, supaya nampak sikit jalan pekerjaan tu haa. Dekat sini nanti make sure korang bawa CV lengkap sekali ya? Mana tahu boleh interview dan apply kerja sekali



Kalau korang nak tahu, ASPIRE+ sentiasa mendapat tempat para pengunjung! Pada tahun ini ASPIRE+ akan menampilkan lagi 30 CEO dari agensi dan syarikat ternama seperti Tan Sri Tony Fernandes, Group CEO of AirAsia; Sridharan Nair, Managing Partner of PwC Malaysia; Benyamin Bin Ismail, CEO of AirAsia X; Badlisyah Abdul Ghani, President of Chartered Institute of Islamic Finance Professionals; Mukhtar Hussain, CEO of HSBC Bank Malaysia Bhd; dan dijangka lebih 200 graduan akan sertainya

flashmob yang diadakan sebagai simbolik mengajak orang ramai ke GRADUAN ASPIRE 2016 ! 


Selain itu, antara highlight dan ditunggu ramai adalah  ASPIRE 500 Conference dimana  500 bakat atau mereka yang terpilih dari university dalam dan luar negara dan juga koleh bakal diberi peluang mendengar talk dari Malaysian icons yang terkenal!

Pada tahun ini, ikon seperti Nazrin Hassan, CEO of Cradle Fund Sdn Bhd; Leon Foong, General Manager of Uber Malaysia Sdn Bhd; Goh Ai Ching, Founder of Piktochart; dan  Ashran Dato’ Ghazi, CEO of The Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MAGIC) bakal berkongsi idea dan panduan dalam aspek pekerjaan



Jadi ingat ya? Mark calendar korang pada 28 dan 29 May 2016, bermula pada 11 pagi hingga 6 petang bertempat di  Kuala Lumpur Convention Centre. Mungkin kita boleh berjumpa di sana ?

Untuk maklumat lanjut, layari http://graduan.com/aspire

0 Budak Rambut Pacak Komen: