May 24, 2016

Tempat Berbuka Puasa Yang Best Di Seremban

Tempat Berbuka Puasa Yang Best Di Seremban |   Puasa dah dekat weh! Seperti tahun yang sebelumnya, aku akan berkongsi dengan korang lokasi tempat berbuka puasa yang sedap dan best di seluruh negara. 





Kali ini aku nak kongsikan dengan korang Tempat Berbuka Puasa Yang Best Di Seremban iaitu di Klana Resort Seremban , Negeri Sembilan. Sempat jugaklah aku pi terjah untuk mencuba sajian menarik yang disediakan 






So apa yang special sangat buffet ramadhan 2016 di Klana Resort Seremban ni ? Haa kalau nak tau , sempena Ramadhan kali ini, dorang telah perkenalkan menu Kibas ( dorper sheep) yang diimport khas dari Australia.



ni pun sedap weh!

kredit pic : www.penaberkala.com ( den lupo bawa kamera) hahaha



 Kena pula makan dengan sos istimewa kurma BBQ ala morocan fuhhh memang mengancam weh makan, tak sentuh lauk lain dah! 


Selain menu istimewa ini, ada lebih dari 70  menu lain lagi menanti korang yang disediakan khas oleh chef yang berpengalaman di sini. Aku dah cuba weh! Hrmm non stop jugak lah makan, favourite aku mini apam balik dia! Walaupun dah lama kat luar tapi tetap crispy dan sedap! 




Buffet Ramadan di Klana Resort Seremban ini akan bermula pada 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016 (7pm - 10pm). Harga Buffet Buka Puasa yang mereka tawarkan adalah seperti berikut.


Dewasa RM75 seorang
Kanak-kanak RM55 seorang
Warga Emas RM55 seorang


*warga Emas 60 tahun ke atas sahaja.


Pertanyaan & tempahan:
06-7667888 sambungan 3222/ 318

0 Budak Rambut Pacak Komen: