The Humble Chef Restoran Paling Murah Di Damansara

Restoran Paling Murah Di Damansara ! So far ini adalah restoran paling murah di Damansara pernah aku jumpa. Tak tipu punya. Kejap lagi aku share dengan korang perbandingan harga makanan di Humble Chef dan restoran lain 





Jujur aku cakap bila 1st time masuk restoran yang boleh dikategorikan sebagai hipster cafe di Damansara ni nampak macam mewah. Yer la kadang dekorasi dia memainkan peranan terus jadi mindset kita . Tapi itu pun masalah dia ,Fikir tanpa bertanya . 

So bila aku nampak senarai harga dia di depan pintu, dalam hati macam biar betul? Lama jugak lah aku teliti harga dia. Sangat murah! 



Bayangkan harga dia bermula dari RM 2.50 hingga RM20.00 yang pada aku sangat berbaloi. Pada yang selalu lepak di Damansara memang korang akan familiar dengan nama Humble Chef ni yang sudah bertapak  9 tahun bermula dari tahun 2009. Daripada food truck, kini dorang dah ada restoran sendiri yang terletak di Bukit Damansara 



Berkonsepkan layan diri - Order & Send, Humble Chef ini menyediakan pelbagai menu makanan western yang murah di Damansara. Sempat jugaklah aku mencuba 

Creme Brule 

Beef Sandwich. RM 2.50 je ! 

juicy idok? 

Spaghetti Bolognese 

Lamb Chop RM 20 

Spaghetti Carbonara RM 5 je weh! 

Laksa Goreng. So far ini favourite aku sebab rasa dia kena dengan tekak melayu LOL 

Mushroom soup 
Mana nak jumpa dah weh Spaghetti yang portion gila besar hanya RM 5. Dah la sedap, murah pulak tu. No wonder setiap malam orang sentiasa beratur panjang 





Kesemua ini adalah resipi asal Chef Rosman, pemilik kepada Humble Chef ni. Beliau sendiri dah 10 tahun terlibat dalam dunia masakan ni. 



 Sebab nama Humble Chef,selain mengamalkan konsep makanan yang adorable dan affordable ,  orangnya sendiri pun sangat humble. Sudi berkongsi pengalaman beliau dengan kiteorang. 



So untuk korang yang mencari tempat makan best di Kuala Lumpur, nak rasa spaghetti RM5 dan lain -lain lagi sila datang ke Humble Chef ini ya ! 

RESTORAN HUMBLE CHEF
54, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara
Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur

Waktu Perniagaan : 
Dibuka setiap hari bermula jam  
10 pagi - 10 malam ( weekdays)
11 pagi - 11 malam ( weekend) 

Instagram:


Telefon: 
014-229 6854 (Rosman)

2 comments:

Mawardi Yunus said...

nak pergi lagi lah

Mirwan Choky said...

MAshroom soup... Sedapnyeeeeeeerr...