Total Pageviews

Aku boleh cakap yang sekarang berat badan macam naik mendadak. Mana taknya asyik makan je . Kena pulak tempat tu sedap, its hard to say No you know? Hahahaha .. 





Satu lagi tempat yang aku nak perkenalkan kepada korang iaitu Campur - campur Kitchen yang terletak di DPULZE Shopping Centre, Cyberjaya. Pada mulanya aku ingatkan restoran ini terletak dalam bangunan sebiji rupanya dalam shopping mall. Sangat convenience buat korang yang kaki shopping tu. Mall ini pulak banyak kemudahan dan tarikan memang jadi tumpuan lah tempat ini 



Bagi aku Campur - campur kitchen ni sesuai sangat untuk korang datang makan bila jalan - jalan dekat Mall ni. Daripada korang makan fast food yang belum tentu bagi banyak khasiat, apa kata korang makan di Campur - campur kitchen. Banyak pilihan dan sedap! 





Asal nama campur - campur ini sebabnya restoran ini menyediakan lebih dari 80 jenis hidangan yang pelbagai terdiri dari gabungan Indo, thai dan chinese. Kalau datang ke sini, jangan lupa order Icy green mint yang diisi dalam mentol. Haa air mentol ni makin viral tau sebab cara penyediaannya yang unik. Rasa tu memang sedap! 











Selain minuman dia yang unik, bagi aku antara menu lain yang korang patut cuba adalah Mee Goreng Mamak, Butter Chicken Rice set, French Toast with honey, Coffee in Hong Kong Style dan banyak lagi! 

Harga disini pula adalah berpatutan dan aku sukakan konsep disini. Santai dan menarik! 

Kalau korang datang ke DPULZE Shopping Mall dan nak cuba makan campur - campur ini bolehlah datang ke sini ya! 

Campur - campur Kitchen 
Lot UG 18, Upper Ground Floor 
DPULZE Shopping Centre 
Persiaran Multimedia, 
63000 Cyberjaya 


p/s : Tumpang iklan jap. Kalau sudi vote dan promote Blog Budak Pacak yang tersenarai dalam Malaysia Top 10 Food Blogger Award di sini 


Cuma cari Budak Pacak dan Klik Vote 

Uniknya Makan Dekat Campur - Campur Kitchen !

by on 27.7.16
Aku boleh cakap yang sekarang berat badan macam naik mendadak. Mana taknya asyik makan je . Kena pulak tempat tu sedap, its hard to say No...



Tertarik untuk aku review satu produk iaitu ubat semput dan lelah. Bukan itu sahaja ubat ini juga bertindak sebagai Penawar Asma








Alhamdulillah, aku sebenarnya tak ada pun penyakit ini. Tapi bila tahu khasiat Minyak Herba Asma Mujarab ini terus aku dapatkan satu. Selain asma dan semput, Minyak Herba Asma Mujarab ini juga berfungsi sebagai ubat batuk dan lelah yang bagus. Produk traditional ini banyak khasiatnya. Aku pun terkejut juga sebab bila buat research pasal Minyak Herba Asma Mujarab ( yer la kena la tahu kalau tak jadi apa - apa aku yang kena) ni memang banyak review yang mencecah ribuan komen mengenai khasiat Minyak Herba Asma Mujarab




Baik dari umur bayi hinggalah ke dewasa, minyak ni sesuai digunakan untuk semua lapisan umur. Minyak ini diproses oleh seorang pakcik di kampung yang sentiasa mengamalkan petua dan perubatan traditional asli 







Baru - baru ini aku ke Kepulauan Mersing, sempatlah juga bawa Minyak Herba Asma Mujarab ni. Takut jugak kalau pening atau ada apa- apa yang terjadi. Nak dijadikan cerita, memang ada pun. Bahu aku ni punyalah sakit sebab duduk lama sangat dalam kereta, so letak minyak ni Alhamdulillah beransur pulih. Kawan aku yang kaki dia luka terkena terumbu karang letak minyak ni pun beransur pulih. 




Macam yang aku cakap tadi, minyak ni banyak khasiatnya dan ramuannya adalah Herba asli daripada ramuan rahsia turun temurun . Kalau korang nak beli minyak ni, jangan risau ianya 


  • Bukan diproses daripada Kilang
  • Minyak Herba Asma Mujarab Asli 100% (YANG ASAL)
  • Bukan diproses di bawah Syarikat SDN. BHD.
  • Ianya selamat dari awal pengeluaran hingga sekarang






Dan kalau nak beli, pastikan ianya adalah asli dan bukannya tiruan. Macam mana nak tahu ianya asli? 




1- Pembalut Tudungnya Sentiasa Seal Hijau Dari awal keluarnya produk ini, TIDAK SEKALI- KALI bertukar seal berwarna jernih atau merah dengan alasan Seal Hijau kehabisan Stok




2- Akan ada huruf S yang berputar di bawah pencahayaan. Tengok video DISINI 




3- Produk tiruan berbau seperti asap rokok dan tidak berangin 






Cara Penggunaan Minyak Herba Asma Mujarab


Cara penggunaan Minyak Herba Asma Mujarab adalah seperti berikut :


- Batuk dan lelah 
: Sapu di tapak kaki,labu,betis,bawah pelipat,dada depan belakang menyeluruh,leher dan tengkuk serta bawah dagu.

- Selsema
: Sapu sedikit di dalam hidung,atas hidung hingga ke ubun ubun


- Demam
: Sapu seperti batuk tetapi turut sapu di dahi


- Sakit gigi
: Sapu pada gigi yang sakit dan juga pipi


- Kembung perut dan sembelit 
: Sapu di perut,pinggang serta tapak kaki dan labu betis


- Luka pembedahan
: Lap.kering bahagian luka dan sapu minyak di atasnya.


- Sengatan berbisa,benjol,lebam dan sakit urat 
: Sapu di tempat sepatutnya...


- Migrain:
: Sapu keliling dahi, tengkuk dan leher. 


- Bisul
: Sapu pada tempat bisul


- Sakit pinggang dan lenguh lenguh 
: Sapu ditempat yang lenguh dan sakit..


- Cirit birit
: Sapu di bahagian bawah perut.


- Senggugut
: Sapu ketika datang haid dan ketika sakit di bahagian bawah perut.


Nak dapatkan produk Minyak Herba Asma yang asli boleh dapatkan di 


Harga :-
Minyak Herba Asma Mujarab (30 ml)
RM39.00 + Postage RM10.00


Puan Nurul (Owner MHAM) : 017-623 9935
Encik Hafis (Bahagian Pemasaran) : 013-480 6787

Aku dah cuba dan berpuas hati :) 

Minyak Herba Asma Mujarab Penawar Semput Dan Lelah

by on 26.7.16
Tertarik untuk aku review satu produk iaitu ubat semput dan lelah . Bukan itu sahaja ubat ini juga bertindak sebagai Penawar Asma . ...
Kalau korang perasan, lately ni aku suka betul up entry pasal shopping ni. Hahaha maklumlah dah lama tak shopping. Aku akui laa memang suka shopping, siapa je yang tak suka kan? Ada duit semua jalan...

Tapi boleh dikatakan aku dah jarang shopping di mall, dan mostly hadap depan laptop, online shopping dan tunggu barang datang.  So, bila cakap pasal online shopping ni, banyak jugaklah website yang aku dah cuba. So far Alhamdullilah, semuanya okay. Cuma ada satu platform ni je yang aku tak puas hati, yang lain semuanya puas hati





So kali ini , aku nak cuba ezbuy - https://ezbuy.my/. Ni pun sebab member aku yang perkenalkan. Dia cakap shopping di ezbuy lebih murah dan banyak choice . 



Memang pun! Sebabnya kebanyakan barangnya diimport dan caj penghantaran pun tidaklah terlalu mahal. Disebabkan nak cuba, aku limitkan RM100 untuk shopping kali ini. Mulanya nak beli handphone baru, sebab EzBuy buat sales gila - gila untuk jualan jenama Xiaomi 




At last inilah hasil tangkapannya . LOL 




Okay lah kan? total RM130. terlebih RM30. Murah! sebab aku pernah survey barang yang sama dekat luar, harga dia mahal sikit berbanding disini. Bayangkan wallet yang harga asal RM111, aku dapat RM12.94. So dah jimat! 

Nak shopping ni, korang kena pandai menilai dan membandingkan harga - harga dan juga kualiti. Jangan main beli je ya! 


Oh ya, buat korang yang nak shopping dekat sini, ada berita baik untuk korang. , diskaun sebanyak 15% menanti jika korang daftar disini http://bit.ly/EZJUL15

Bukan itu sahaja , kalau korang shopping sekarang hingga 1 Ogos nanti , aku nak bagi diskaun code khas untuk korang dimana setiap shipping fee akan mendapat diskaun 15% jadi jangan lupa masukkan code - EZJUL15 



Dan yang best sekali di Ezbuy ada PrimeXclusive dimana Prime ni membolehkan korang shopping sebanyak mana yang korang nak tapi kos penghantaran hanya RM8.80 sekali. bayangkan korang beli 10 item yang berlainan dan kos penghantaran hanya RM8.80 untuk kesemua 10 item tu 


So selamat bershopping ! Jangan lupa bagitau pendapat dan komen korang mengenai https:Ezbuy disini ya 



Senangnya Shopping Dekat Ezbuy !

by on 17.7.16
Kalau korang perasan, lately ni aku suka betul up entry pasal shopping ni. Hahaha maklumlah dah lama tak shopping. Aku akui laa memang su...


Sejak bergelar cikgu ni, aku bab nak sediakan material ni memang susah sangat. Kadang bukan apa, sebabnya tak cukup kelengkapan. Printer ink habis la, susah nak dapat la.. kalau shopping kelengkapan sekolah ni bukan semua tempat ada benda yang kita nak 



Nak dijadikan cerita, sampailah aku nampak page Atoz dekat Facebook . Apa Atoz ni? Kalau korang nak tahu, Atoz ni sebenarnya merupakan pembekal printer no 1 di Malaysia dimana dorang ni terkenal dengan servis yang sangat pantas dan efficient 




Yang lagi best sebab korang cuma order online, dan dorang akan hantar terus ke depan pintu rumah korang pada hari yang sama. Tak perlu risau rosak ke apa, sebab barang depan mata kan? So boleh check terus. Tapi make sure korang buat order sebelum 11.00 pagi hari tersebut ya. Kalau 11.01 pagi order korang akan dihantar keesokan harinya 






Aku suka shopping dekat Atoz ni sebab hampir semua yang berkaitan printer ada dekat sini. Atoz ni bukan setakat menjual barangan printer, tapi ada lebih dari 7000 barangan yang pelbagai jenis turut dijual 


Tambah pulak dorang buat servis online, memang lagi ghairah la main order je. Sekarang semuanya online dan untuk pengetahuan korang, Atoz Computer Media Sdn Bhd ni terdiri dari management team yang sudah bekerja dalam bidang ni lebih dari 25 tahun 


Kedai printer murah? jangan risaulah kalau ink printer korang habis atau susah dapat ke apa, order je dekat Atoz dan dorang akan hantar dekat korang. Yang pasti Money Back guaranteed kalau ada benda yang korang tak puas hati dan of course la original guaranteed. 


Lepas ni kalau nak beli printer murah, jangan lupa beli dekat Atoz. Ingat Printer, Ingat Atoz! 



Atoz Computer Media Sdn Bhd (761967-H)

GST: 001472077824
2, Jalan BS 9/10
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Telephone: 1-800-88-0007
Email: query@atoz2u.com
Facebook : https://www.facebook.com/atoz2u/



Waktu Operasi :

8:30am to 6pm Weekdays




Mudahnya Shopping Barang Office Di Atoz !

by on 13.7.16
Sejak bergelar cikgu ni, aku bab nak sediakan material ni memang susah sangat. Kadang bukan apa, sebabnya tak cukup kelengkapan. Print...
Pejam celik pejam celik dah nak masuk Aidilfitri pulak, dan zaman yang canggih ni, sangatlah rare untuk dapat kad raya. Kalau dapat tu korang antara yang bertuah. Walau bagaimana pun dekat sini aku himpunkan antara ucapan selamat hari raya aidilfitri yang popular sebagai pengganti kad raya 





Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.
0-0 aaa.

Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,

Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe.

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Blm Ramadhan mnjelang kini,
Sdhlh tiba masa dnanti,
Syaitan & Iblis sdh dgari,
Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar dan family)

Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, hèndäk makäñ di Aidifitri,nàk häñtär käd räyä posmén däh cuti,SMS sahäjä dpt ku bèri.Bùkän lùpä trädi$ì täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi. SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiÑ….. (nama penghantar dan family)

“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari (nama penghantar dan family)

ANaK CiNa SgGuH LWä JäDì PlüKìS dBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.
SèLämät Mnyämbùt Härì Räyä AìdìLfìtrì MÄÄF ZÄHìR & BÄTìN. – (nama penghantar dan family)

Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat ,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampuanan,rahmat di Ramadhan lalu. (nama penghantar dan family)

Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah (nama penghantar dan family)

Jmbngan indah lg b’seri..Mnjadi hiasn diaidilfitri..Sms dikrim pngganti diri.Tnda ingtn xlupa dihati.. Selamat Hri Rya AidilFitri Maaf Zhir Btin.. (nama penghantar dan family)

.***.,.***. __
* salam * | |
* aidilfitri * (ö, )
“*.,.*” (“)(“) maaf zahir & batin.
(nama penghantar dan family)

(‘) = -=*” * ” *
__ii__ Pelita
I____I diletak
diatas para, Hendak dinyalakan d tepi perigi,SMS dhantar pengganti kad raya,Tanda igtn d AìD!L fiTRi…
Salam tulus Ikhlas dari (nama penghantar dan family)

.i. .i.
* l.l _£_ l.l *
.l.l_(“”””‘)_l.l.
:l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l:
HiDP iNi iNDH JKa SGÄLÄNya KRN
, w ,
c(_)_)I
slm aidilfitri.Smg lbrn ini dlmphi rhmt n hdyhNya.maaf zahir n batin.
(nama penghantar dan family)

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)

ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..
(nama penghantar dan family)

although no face to face,do not shake hands,but hearts was close to saying sorry for any mistake,Minal ‘Aidin wal Faizin,apologize and unseen…..aq nuwun pangapura kesalahan pitutur uga tindakanku marang kowe,muga-muga kabeh dosaku lan dosamu di lebur ing dino riyoyo Minal Aidin wal Faizin

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di aidil fitri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Tesalah kata ku ucap sorry, tersalah laku jgn dimaki, Hendak ku ucap salam aidil fitri, rupanya baru Depavali….!! Vanikkam Vasantham Central Am’maa…

Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Blm Ramadhan mnjelang kini, Sdhlh tiba masa dnanti, Syaitan & Iblis sdh dgari, Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di aidil fitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aiil Fitri.

I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE, HEALTH & WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived saftly to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U & family.

SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS See how nice i am, i’m sending U so many SMS!!!

Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye…!

Membeli belah dipasaraya, Sambil mengorat anak Pak Ali, Kalau puasa “Selamat Hari Raya” Kalau tak puasa sambutlah “Depavali” “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”

RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA… Bukan picit-picit henpon!

Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

moon may come,
moon may go,
when syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih mkn,
if silap seloroh,
plez 4givekn,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan
selamat hri raye,
maaf zahir dan batin



jadi dikesempatan ini aku pun nak buat ucapan selamat hari raya aidilfitri khas untuk pembaca setia blog aku. Diharap korang semua berada dalam keadaan selamat pulang ke kampung halaman masing - masing, drive safe dan yang paling penting saling bermaaf - maafan. 

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Kosong - kosong ya! 

Ucapan Raya 2016

by on 5.7.16
Pejam celik pejam celik dah nak masuk Aidilfitri pulak, dan zaman yang canggih ni, sangatlah rare untuk dapat kad raya . Kalau dapat tu k...
Bercakap pasal pizza , mesti korang ada favourite brand kan? . Bagi aku, all time favourite semestinya Domino's Pizza . Boleh katakan kesemuanya mengikut citarasa aku. Baik dari pilihan pizza, servis , kualiti dan harga !






Sempena bulan puasa dan raya yang akan tiba tak lama lagi, Domino's Pizza tengah promo dengan pembelian two pizza deals. Dimana kalau korang take away di antara jam 6 petang - 11 malam, korang dapat jimat sebanyak RM3, RM8 dan RM 15 dengan setiap pembelian dua pizza regular, large atau Xtra Large. Dan kalau korang take away melalui tempahan online, korang akan mendapat 330ml minuman Tropicana Frutz secara percuma! 

Tak cukup dengan itu, Domino's menawarkan 50% diskaun untuk pembelian Lipton Ice Lemon Tea dengan setiap pembelian dua pizza dari 10.30 pagi hingga 6 petang 





Aku dan beberapa orang lagi sempat melihat dan mengenali Domino's Pizza secara lebih dekat baru - baru ini di outlet mereka yang ke 150 di Petaling Jaya. Rupa - rupanya faktor kejayaan Domino's ini adalah dari teamwork mereka sebelum dan selepas bekerja. Pendek kata dorang ni kerja ibarat family 












Sempat jugaklah aku mencuba hampir kesemua Pizza 1st class, Puas hati weh!! Dengar kata untuk raya nanti, akan ada specials deal untuk korang penggemar Pizza. Jadi mana - mana korang yang malas nak masak, plan nak buat open house tu, make sure raya pertama nanti check website Domino's www.dominos.com.my okay? 


friendly staff!


Dekat sini, korang boleh tengok secara live bagaiman pizza dibuat 

Sebab lain aku suka Domino's ni sebab dorang customer friendly. Selain dari korang akan dapat kupon pizza percuma jika dorang terlewat, Korang juga boleh membuat tempahan pizza 7 hari  awal secara advance dan boleh membuat pembayaran secara debit ataupun credit card. 




So siapa peminat Domino's dekat sini? Aku pun macam plan nak buat open house dan beli Domino's banyak - banyak 


Malas Masak? Jom Berbuka Dengan Domino's Pizza

by on 4.7.16
Bercakap pasal pizza , mesti korang ada favourite brand kan? . Bagi aku, all time favourite semestinya Domino's Pizza . Boleh kataka...
Alhamdulillah syukur, selepas Malaysia Social Media Week 2016, Blog Budak Pacak sekali lagi tercalon dalam Blogger award. Kali ini blog aku tersenarai dalam Food Blogger Award 2016 dimana membariskan senarai 10 Malaysia Top Food Blogger yang bakal merangkul tempat pertama sehinggalah ketiga 






Award ini dianjurkan oleh Saleduck.com.my  , sebuah laman web yang menawarkan pelbagai jenis kod diskaun laman web shopping online seperti Zalora, Reebonz, Foodpanda, Expedia dan banyak lagi khas untuk korang yang gemar shopping online! 



So bila nak shopping, sebelum masuk ke laman web lain, korang wajib masuk ke Saleduck Malaysia dulu, barulah shopping okay? 




Sebenarnya award ini bertujuan untuk mengiktiraf para blogger yang selalu update pasal makanan kerana niche ini mempunyai pengikutnya tersendiri. Di negara lain seperti Singapura, award ini telah lama diadakan. 


Sebab entry INI aku tercalon, terima kasih juga Hotel Perdana Kota Bharu 


Kali ini , kesemua finalis blogger yang lain memang cukup hebat! Terus terang aku pun rasa macam tak layak sebab niche food pada blog aku ni sering berkait rapat dengan niche Travel and Men Lifestyle. 

Mungkin tak ramai yang tahu aku ada ig khas untuk update gambar makanan dan travel di Instagram  @team_bbp menerusi #JomMakan #KhaiOnVacay 


Tercalon ni pun dah syukur sangat sebab pencalonan datangnya dari Saleduck Malaysia sendiri hasil dari pemerhatian dan analisis dorang kepada kesemua Top 10 Malaysia Food Blogger 



So korang dah vote ke aku? Haa sila vote! 



Cara untuk mengundi 

  1. Search laman web ini - http://www.saleduck.com.my/awards/food-blogger-award-2016
  2. Cari nama " BUDAK PACAK " dan klik VOTE 
  3. Selesai!
cari gambar ni baru vote! LOL 

Impian aku kalau menang ni, memang akan transform blog ni kepada yang lebih baru dengan memfokuskan niche Travel, Food dan Men Lifestyle. Sebenarnya memang dah aim lama pun, so dengan pencalonan ini rasa lebih bersemangat! 


Kalau rasakan korang suka baca blog aku, ehemm mestilah suka kan?hahaha Silalah undi setiap hari dan setiap undian korang sangatlah dihargai dan aku ucapkan jutaan terima kasih! 


Jangan lupa singgah Ducksale Malaysia di www.ducksale.com.my 



Blog Budak Pacak Tercalon Dalam Top 10 Food Blogger Award 2016

by on 1.7.16
Alhamdulillah syukur, selepas Malaysia Social Media Week 2016 , Blog Budak Pacak sekali lagi tercalon dalam Blogger award . Kali ini blog...