Uniknya Makan Dekat Campur - Campur Kitchen !

Aku boleh cakap yang sekarang berat badan macam naik mendadak. Mana taknya asyik makan je . Kena pulak tempat tu sedap, its hard to say No you know? Hahahaha .. 





Satu lagi tempat yang aku nak perkenalkan kepada korang iaitu Campur - campur Kitchen yang terletak di DPULZE Shopping Centre, Cyberjaya. Pada mulanya aku ingatkan restoran ini terletak dalam bangunan sebiji rupanya dalam shopping mall. Sangat convenience buat korang yang kaki shopping tu. Mall ini pulak banyak kemudahan dan tarikan memang jadi tumpuan lah tempat ini 



Bagi aku Campur - campur kitchen ni sesuai sangat untuk korang datang makan bila jalan - jalan dekat Mall ni. Daripada korang makan fast food yang belum tentu bagi banyak khasiat, apa kata korang makan di Campur - campur kitchen. Banyak pilihan dan sedap! 





Asal nama campur - campur ini sebabnya restoran ini menyediakan lebih dari 80 jenis hidangan yang pelbagai terdiri dari gabungan Indo, thai dan chinese. Kalau datang ke sini, jangan lupa order Icy green mint yang diisi dalam mentol. Haa air mentol ni makin viral tau sebab cara penyediaannya yang unik. Rasa tu memang sedap! 











Selain minuman dia yang unik, bagi aku antara menu lain yang korang patut cuba adalah Mee Goreng Mamak, Butter Chicken Rice set, French Toast with honey, Coffee in Hong Kong Style dan banyak lagi! 

Harga disini pula adalah berpatutan dan aku sukakan konsep disini. Santai dan menarik! 

Kalau korang datang ke DPULZE Shopping Mall dan nak cuba makan campur - campur ini bolehlah datang ke sini ya! 

Campur - campur Kitchen 
Lot UG 18, Upper Ground Floor 
DPULZE Shopping Centre 
Persiaran Multimedia, 
63000 Cyberjaya 


p/s : Tumpang iklan jap. Kalau sudi vote dan promote Blog Budak Pacak yang tersenarai dalam Malaysia Top 10 Food Blogger Award di sini 


Cuma cari Budak Pacak dan Klik Vote 

1 comment:

PinKy MoMMa said...

belanja air mentol tu satu blh tak ticer? warna hijau eh..tenkiu hahahahaha