August 04, 2016

Itinerary Kepulauan Mersing


Alhamdulillah , baru – baru ini tercapai juga hajat untuk ke Kepulauan Mersing yang kini viral sebab keindahan dan kejernihan air lautnya. Sebelum ni aku terbaca mengenai Pulau Harimau dan Pulau Rawa yang memang cantik gilos dan uniknya pulau – pulau ini diselaputi rumput bumi yang macam cite Hobbit tu



So dapat tengok depan mata, memang amazed gila . Menerusi pakej awesome yang ditawarkan oleh Oh Jalan, sempat juga aku lawat lagi 5 Pulau lain , so total 7 pulau kesemuanya aku lawat.




Kiteorang bertolak dari Terminal Bandar Selatan ( TBS) dalam jam 12 malam dan sampai di Mersing lebih kurang 5.30 pagi dengan menaiki Starex yang besar gedabak tu. Bayangkan 12 orang dalam satu kereta, memang riuh rendah la dalam kereta , tak cukup tidur layan kerenah masing – masing. Ada je benda nak membahan



Selepas solat subuh di Masjid Jamek Mersing, sarapan bagai, dalam pukul 10 pagi macam tu, kiteorang bertolak ke Kepulauan Mersing dengan menaiki bot yang disewa khas Oh Jalan. So kalau korang pergi trip yang group lagi senang sebab satu bot pun boleh muatkan dalam 12 orang dalam satu masa

Hotel murah di HotelsCombined  weh! Cuba bandingkan 

Perjalanan dari jeti Mersing ke Kepulauan Mersing ni mengambil masa lebih kurang 20-30 minit. So Pulau pertama yang korang akan lawat adalah


Pulau Harimau

Kalau dulu, Pulau Harimau ni boleh masuk dan mandi di kawasan sini tapi malangnya kini Pulau ini telah diwartakan sebagai Pulau Persendirian oleh Kesultananan Johor bagi mengekalkan keindahannya. 





Uniknya pulau ini sebab ada tompokan rumput atau  bukit lalang yang meliputi permukaan pulau. Dan yang menjadi tarikan disini, di dalamnya ada gua yang membolehkan korang tinjau dan mandi di sekelilingnya.

Tapi kalau dapat bergambar dekat sini pun dah cantik tau? Hehhehe  

Pulau Gual






Pulau ini dan Pulau Mensirip juga diwartakan sebagai persendirian. Dekat pulau ni ada pintu gua di hadapan yang menembusi di belakang dan yang bestnya dalam gua ni terdapat pasir putih yang sangat cantik.

Pulau Mensirip




Pulau ini pun ada gua dan pulau yang berbatu, tapi sayang sebab kiteorang tak boleh masuk, Boleh bergambar atas bot pun jadilah. Nama pun Island hoping kan?

Pulau Hujung

Dekat pulau ni, kiteorang lepak lama juga sebab terpegun dengan kerana kecantikan coral dan kejernihan airnya. Dekat sini terdapat juga pantai terbiar yang boleh dijadikan tempat bersantai selepas penat ber'snorkeling'.





Aku rasa sebab air dia jernih gila sebab tak ramai orang datang dan keindahannya terpelihara. Bayangkan hampir dekat semua pulau ni kiteorang 12 orang je yang ada. Memang privasi habis












Walaupun terbiar namun kejernihan, kehalusan pasir pantai dan keindahannya terpelihara. Terdapat beberapa rumah kayu usang yang telah lama ditinggalkan dan dijadikan sebagai pitstop pengunjung apabila ke sini. Kiteorang pun sempat makan tengahari dekat sini yang memang ada dalam pakej Oh Jalan.




Kesemua makanan dia jangan cakaplah, portion untuk dua orang. Dan makanan ini disediakan oleh Restoran Tepian Bendang, Air Papan. Terima kasih sebab makanan sangat sedap dan banyak!

Pulau Tengah.

Sini pun port untuk snorkeling. Berbanding dengan pulau lain, Pulau Tengah tidak mempunyai pasir yang halus seperti Pulau Hujung, sebaliknya hanya berbatu-batu halus dan tajam.








atas pulau ni boleh hiking tau, tapi kiteorang tak berani sampai ke atas hahaha 


nak jadikan cerita, terjumpa belon tengah laut terus rembat jadikan props hahaha 


Tapi untuk photo traveller dan suka bergambar, inilah tempatnya. Cantik weh!


Pulau Besar

Menurut Oh Jalan, Pulau Besar merupakan tempat snorkeling yang paling best dan menarik. Terdapat beberapa resort untuk diduduki, juga perkampungan penduduk yang boleh diterokai.





Time kiteorang pergi, banyak kemudahan sedang rancak dibina . Persekitaran Pulau Besar lebih terjaga dan lebih menarik kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pemilik-pemilik resort di sini.

So kalau nak stay, boleh je stay dekat Pulau Besar. Tenang dan cantik!




Kalau korang yang berminat nak datang ke sini, apa kata join Oh Jalan? Daripada korang sewa bot mahal, baik ambil pakej terus. Dalam masa terdekat ni dorang nak pergi lagi tau, korang boleh tengok details di bawah 




PAKEJ EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN:
Pulau Harimau, Mensirip, Gual, Hujung, Tengah, & Besar.

Moh sertai kami pada tarikh-tarikh eksklusif berjadual di bawah, khas oleh Oh Jalan; (saguhati istimewa menanti anda pada tarikh-tarikh ini).
6 Aug, 27 Aug, 3 Sept, 24 Sept, 8 Oct, 22 Oct, 5 Nov & 26 Nov.

ATAU

Tarikh pilihan anda sendiri jika 'group' anda bersaiz antara 8-11 orang.

Tempah percutian anda sekarang hingga 5 Ogos 2016 untuk Harga Promosi Istimewa!!

Pakej A [Day Trip]
RM188 RM168 / dewasa
RM138 RM118 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:
Ø Travel coordinator dari Oh Jalan
Ø 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
Ø Bot 'chartered' khas
Ø 1 sarapan pagi
Ø 1 makan tengahari
Ø Set snorkeling

Pakej B [2H1M]
RM248 RM228 / dewasa
RM178 RM158 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:
Ø Travel coordinator dari Oh Jalan
Ø 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
Ø Bot 'chartered' khas
Ø 1 sarapan pagi
Ø 1 makan tengahari
Ø Set snorkeling
Ø 1 malam penginapan di hotel sekitar Mersing

MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:
Team Oh Jalan
Tel: 016-772 4594







6 Budak Rambut Pacak Komen:

Shark Kay said...

menarik pekej dia,
tempat pun cantik.
betul kata bro pulau tu nampk macam cerita hobit pulak.

Ainyy Zain said...

Terima kasih Khai!

Uncle Zuan said...

lawa khai gambar gambar ko amek

Mirwan Choky said...

Waah.. jernihnye air dia. Best sangat kalau nak buat snorkling.

nursarah puteri said...

den yg duk kat Mersing pun belum penah laie p semua pulau2 nih.. lom sempat.. tapi seyes lawo

anisyasminlee said...

pulau sini takde ikan ke? huhuhu