August 22, 2016

Pengalaman Bercuti Di Perkampungan Orang Asli Kampung Redip


Cakap pasal orang Asli, mesti korang dah biasa kan? Tapi pernah ke korang rasai sendiri bermalam di Perkampungan Orang Asli? Haa baru – baru ini aku berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di Perkampungan Orang Asli  Kampung Redip, Gua Musang Kelantan



Aktiviti ini sebenarnya antara perancangan di dalam eko pelancongan Negeri Kelantan yang diusahakan oleh Tourism Malaysia Kelantan yang kini membangunkan tempat – tempat yang berpotensi sebagai tempat pelancongan.



Kampung Redip Pos Hau , Kuala Betis Gua Mudang terletak kira – kira 56 Kilometer dari bandar Gua Musang. Agak jauh  jugaklah sebenarnya tambah pulak melalui jalan off-road selama hampir 2 Jam.





Tapi apa kisah? Best kot sebab dapat naik 4x4 dan lalu off – road. Baru mencabar! So far ekspedisi kali ini merupakan off- road paling jauh pernah aku join

Walaupun jauh ke dalam, perjalanan korang ke sini serius berbaloi kerana ternyata aktiviti yang tersedia oleh Masyarakat Orang Asli disini segalanya menarik !


nah abang belanja teaser dulu 

Sampai – sampai je kiteorang terus pergi mencari Bunga Rafflesia  di Kampung Redip ni. Lagi cerita mengenai Bunga Rafflesia ni aku citer dekat next entry okay?




Lepas je cari Rafflesia , terus ke Perkampungan Orang Asli  Kampung Redip untuk berehat. Ketibaan kiteorang disambut meriah oleh masyarakat Orang Asli disini. Kagum juga sebenarnya sebab tak sangka dalam jauh kawasan ini terdapat satu perkampungan Orang Asli yang cantik.





Chalet  - chalet yang tersedia dekat sini direka mengikut bentuk asal rumah Orang Asli. Masuk je chalet fuhhh, macam resort! Hebat okay!





 Aku sangkakan macam rumah kampung dulu sekali serba lengkap! Siap ada shower dan heater lagi. Kipas takde sebab dekat sini mengigil sejuk haaaa



Banyak aktiviti yang korang boleh buat sebenarnya bila menginap di Perkampungan Orang Asli Kampung Redip ni. 



Bermula dari trekking pastu mandi Air Terjun Leurew yang sejuk gilos tu. Aku setakat masuk dalam 5 minit camtu je pastu keluar balik sebab tak tahan sejuk hahahaa. 



Sambil berjalan ke sini, korang boleh tengok demonstrasi pemasangan jerat traditional yang dipasang di tepi sungai




Pada sebelah petangnya , korang boleh main baling tin dengan masyarakat disini dan jalan – jalan tengok kampung dorang. 







Agak meriah sebab semua keluar beriadah. Kiteorang sempat juga melihat demonstrasi memasak masakan tradisi Orang Asli. Sedap sebenarnya!




Kemeriahan tak habis dekat situ je sebab pada sebelah malamnya pula, perkampungan di tepi sungai ini ‘hidup’ sebab  korang dihiburkan dengan persembahan sewang yang cukup menarik sebagai simbolik meraikan kedatangan tetamu ke perkampungan mereka. Best part is korang kenalah join sekali!





Keesokan harinya sebelum bertolak balik, ada demostrasi menyumpit yang boleh korang cuba sendiri. Take it as experience. Balik KL, tak dapat semua ni tau



Selain dari budaya dan cara hidup dorang yang menarik , jangan lupa pula untuk dapatkan kraftangan Orang Asli Kampung Redip untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan korang datang kesini.



So, kalau korang  yang rimas dengan kesibukan bandar,  inginkan ketenangan destinasi  Kampung Redip, Pos Hau Gua Musang adalah tempatnya  untuk korang ! 



Terima Kasih Tourism Malaysia dan Tourism Malaysia Kelantan atas jemputan ini 

p/s : Lagi gambar dan story korang boleh baca di www.projektravel.com atau di Instagram #KembaraEkoKelantan 

2 Budak Rambut Pacak Komen:

Mirwan Choky said...

Lain macam je betuk bunga raflesia tu...

tomatokering said...

Teringinnya nak pergi. Nak tengok keadaan sana. Tapi toilet ada lubang2 tu xde orang intai ke 😂😂😂