Street Churros Viral Di Media Sosial !

Baru - baru ini aku saja post mengenai Churros di salah Twitter. Niat aku cuma nak berkongsi mengenai tempat Churros yang sedap. Tak sangka pulak dah jadi viral di Twitter 




Alhamdulillah, dah lama mengidam nak makan Churros, akhirnya dapat juga. Rezeki! Setelah mendapat jemputan dari Street Churros melalui Bro Framestone. Terus aku cakap nak join walaupun tempat tu jauh dekat IOI City Mall Putrajaya 






Kalau korang nak tau Street Churros ini merupakan rantaian outlet Churros terbesar di dunia. Kalau sebelum ni dah famous dekat korea bagai, kali ini dah ada dekat Malaysia! Yang korang jumpa dekat luar tu setakat Churros dip dengan coklat je kan? 






Dekat sini, pelbagai jenis Churros dan menu sampingan yang korang boleh pilih. Antaranya Cheese Churros, Chocolate Churros. Bukan itu je, ada lagi yang filling dalam Churros yang dipanggil Filling-Chu 




Filling- Chu ni, selain korang nikmati Churros yang rangup lagi sedap tu, dalam Churros tu sendiri ada Chocolate, Cream Cheese atau Blueberry. Harganya cuma RM 7. 90 




Selain tu, ada juga Churros yang dimakan bersama Ice Cream. Memang layan weh! nanti gi order Ah -Chu. Nanti dia akan bagi seleksi Churros bersama Ice Cream. Ada Choco Choco, Choco Berry , Strawberry dan Plain Vanilla.Harga pun RM 7,90  . So far ini favourite aku lah. layan je makan 



Kalau rasa dahaga , dekat sini dorang recommend untuk mencuba latte . Ada Choco Latte, Green Tea Latte, dan susu !



Tea Latte, fresh Lemonade dan Passion Fruit Ade pun ada ! Tapi aku nak recommend dekat korang untuk cuba Banana Strawberry smoothie. Sangat sedap dan segar! 



Dah datang sini, jangan lupa untuk berinstagram. Untuk korang yang suka bergambar dekat cafe hipster bagai, tempat ni memang photo friendly



Outlet di IOI Mall ini adalah yang pertama di Malaysia dan dengar cerita akan ada lagi 5 outlet baru yang bakal dibuka tak lama lagi . jadi nantikan ya! 

Untuk maklumat lanjut : 


3 comments:

Bro Framestone said...

Mahu x viral... retis datang makan dan tweet gambar dekat twitter.. terus jadi viral.

Leo Pluto said...

sedapnya.. kan best kalu ada org belanja.. blogwalking sambil klik iklan.. hehe

Trendslink said...

Trend makanan sekarang ni macam2 dah