September 21, 2016

AirAsia Runway Ready Designer Search Meriah !


 Baru – baru ini bertempat di Pavilion Kuala Lumpur, aku berkesempatan untuk hadiri sendiri AirAsia Runway Ready Designer Search yang mempamerkan 15 bakat muda dari rantau Asean yang mempamerkan rekaan masing – masing di Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2016 yang merangkumi 5 buah Negara ASEAN







Memang meriah kali ini ditambah pulak denga barisan Juri dari pakar fesyen dari lima buah Negara ASEAN dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar sendiri mengadili pertandingan ini. Turut bersama barisan juri adalah pengasas KLFWRTW, Andrew Tan dan Vivy Yusof, pengasas bersama Fashion Valet




Pemenang Utama dinobatkan gelaran AirAsia Most Promising Young Designer 2016 dan memenangi hadiah berupa segmen untuk mempamerkan koleksi penuh pada KLFWRTW2017, mentor daripada pasukan KLFWRTW, RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan sebuah koleksi kapsul yang akan dipasarkan di fashionvalet.com ; 150,000 mata ganjaran AirAsiaBIG dan sepasang tiket penerbangan AirAsia




Fuhh hebat betul hadiah dia! Pada tahun ini juga kiteorang berkesempatan untuk melihat rekaan 3 pemenang utama dari AirAsia Runway Ready Designer Search 2015- Lee Bao En, Shazmin dan Ter Men Ching yang juga merupakan kemunculan mereka yang pertama di KLFW




Selain mempunyai slot tersendiri dalam KLFW, AirAsia juga merupakan preferred Travel Partner bagi KLFWRTW 2016 dan berbangga menerbangkan pereka fesyen antarabangsa dari rangkaian laluan AirAsia termasuk dari India ( P.E.L.L.A) , China ( Angel Chen), Australia ( Betty Tran) dan Korea Selatan (D,GNAK) membuatkan KLFWRTW 2016 sebagai pentas fesyen antarabangsa

Grand Winner of AirAsia Runway Ready Designer Search 2016, Anuruq Jaidee from Thailand!


Hebat – hebat belaka mengenai KLFWRTW 2016 kali ini. Kalau korang nak lihat sendiri perjalanan kesemua peserta AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 , korang boleh tengok menerusi #AirAsiaRunway , Facebook ( www.facebook.com/AirAsia) dan Twitter (www.twitter.com/AirAsia

1 Budak Rambut Pacak Komen:

Cumilebay MazToro said...

Kamu tak jadi model catwalk nya kah ??? melenggang manja di runway gitu hehehe