September 23, 2016

Citrawarna 2016 Lagi Meriah !

Saat - saat yang ditunggu sudah pun datang kerana Citrawarna kini kembali dengan lebih meriah, lebih menarik dan lebih banyak warna! 




Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 ini bakal menggamit banyak moment yang menarik kerana tema pada tahun ini berbeza dan lain dari yang lain . Bertempat di Dataran Merdeka, Citrawarna 2016 menampilkan tema  “Myths and Folkroe” (Mitos dan Kisah Rakyat), persembahan jalanan yang unik berdasarkan kisah-kisah mitos dan lagenda rakyat yang terkenal di setiap negeri di Malaysia.

Mesti ada diantara korang yang tahu dan tak tahu kan kisah-kisah mitos dan lagenda rakyat yang terkenal di setiap negeri di Malaysia? 

Antaranya adalah 
  • Kedah – Merong Mahawangsa
  •  Pahang – Lagenda Tasik Chini
  •  Selangor – Upu Chendera
  • Negeri Sembilan – Sang Kelembai
  • Johor – Puteri Gunung Ledang
  • Terengganu – Bukit Puteri
  • Melaka – Hang Tuah
  • Perlis – Jentayu
  •  Kelantan – Cik Siti Wan Kembang
  • Pulau Pinang – Iktisyaf (Pertemuan)
  •  Perak – Anak Panah Perak
  • Sabah – Kuminodun Puteri Nabahu
  • Sarawak – Tugau
Selain itu, persembahan dari Kaum Cina, India, Siam dan persembahan daripada Orang Asli turut berlangsung nanti. Confirm meriah dan colourful!

Citrawarna 2015 


Bukan itu saja, Citrawarna@KL 2016 menawarkan dua segmen utama iaitu segmen pertama, Chillax Zone yang akan berlangsung selama dua (2) hari dari 24 September (Sabtu) hingga 25 September 2016 (Ahad) bermula jam 4.30 petang hingga 11.00 malam. 

 Dalam Chillax Zone ini akan ada pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk  termasuklah Buskers, Photowall, Coffee Corner, KL Food Truck Fiesta, permainan rakyat, pameran dan jualan oleh rakan-rakan kerjasama strategik Citrawarna@Kuala Lumpur 2016 dan banyak lagi! 


Segmen kedua berlangsung pada 25 September 2016 (Ahad) iaitu persembahan mitos dan kisah rakyat yang akan bermula jam 8.00 malam dan diikuti dengan persembahan konsert oleh artis-artis tempatan seperti Ayda Jebat, Datin Alyah, Drama Band, Aweera, Sissy Iman dan Payslip.

Bagi korang yang menggunakan public transport, dont worry sebab  perkhidmatan LRT akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi pada 25 September 2016. So bolehlah tengok sampai habis. 



Sepanjang Citrawarna 2016, banyak rakan kerjasama strategik yang terlibat antaranya adalah minuman kopi terkemuka Starbucks Malaysia, syarikat penyedia perkhidmatan landskap Green Life Landscape, pereka kasut LanBaharin Kuala Lumpur, pereka minyak wangi Josh Lee Fragrances, syarikat penyedia perkhidmatan spa terapi Teratak Spa, majalah pelancongan GayaTravel, syarikat pengeluar makanan Che Din Food dan stesen radio MaTiCfm






Nak menang hadiah? Pergi check www.gayatravel.com sebab ada hadiah best sempena Citrawarna ni untuk korang dengan syarat join contest dulu 

Any Starbucks lover? Bersempena Citrawarna@Kuala Lumpur 2016, Starbucks Malaysia memperkenalkan Starbucks Malaysia City Relief Mugs sebagai cenderamata rasmi Citrawarna@Kuala Lumpur 2016. 

Setiap rekaan bekas minuman ini diinspirasikan daripada mercu tanda negeri yang terpilih termasuklah monument, flora dan fauna serta nilai budaya. Ia boleh didapati di semua rangkaian 221 kafe Starbucks di seluruh Malaysia dan korang boleh dapatkan juga semasa di Citrawarna nanti di gerai jualan Starbucks Malaysia pada 24 hingga 25 September 2016 nanti.

So jangan lupa datang ramai - ramai dan meriahkan lagi Citrawarna 2016

0 Budak Rambut Pacak Komen: