September 01, 2016

Costa Cruises Kapal Berstatus Fesyen Pertama Di Asia

Siapa pernah naik  cruises? Kapal yang besar gedabak tu haa. So far Alhamdulillah, adalah dekat 3 kali aku merasa naik. Bercakap pasal cruises ni , korang kena tahu pasal Costa Cruises yang merupakan syarikat kapal persiaran antarabangsa pertama yang menyelusuri Asia dengan kerjasama jalinan kerjasama industri di Kuala Lumpur 

Sempena ulang tahunnya yang ke 10, Costa Cruises ada menawarkan pelbagai aktiviti dan slot menarik bagi meraikan ejen dan pelanggannya, 

Antaranya adalah ejen pelancongan berpeluang memenangi hadiah Pas Pelayaran selama 10 tahun di Asia. Fuhh best gile! Kalau korang nak merasa naik Costa Cruises ni pun boleh 




Ini kerana pada Oktober 2016 dan Januari 2017 , Costa Victoria akan  menawarkan rangkaian pelayaran untuk 3 hingga 5 malam dari Singapura, Phuket dan termasuk Malaysia - Melaka Langkawi dan Pulau Pinang. 




Kalau korang nak merasa naik cruise bertemakan pelayaran Itali bolehlah merasa naik Costa Victoria yang akan berada di Pulau Pinang pada Oktober dan November 2016 ini. 


Kapal ini direka khas yang menampilkan gaya rekaan asli Italia yang elegan seperti dekorasi mozek karya Emilio Tadini. Sekaligus menjadikannya sebagai kapal persiaran berstatus fesyen pertama di Asia 





Mempunyai 5 buah restoran yang memberi citarasa ala Itali, korang juga bakal melihat persembahan terkenal dunia iaitu Carnival of Venice. Dekat sini korang boleh menyelami kepelbagaian festival dengan persembahan budaya dan tradisi Itali 




Selain itu, terdapat juga segmen khas memperingati Michael Jackson dengan persembahan Feel The Beat, sesi komedi jenaka Duo Lafracci dan seleksi lagu dan tarian popular Itali, Sapori D' Italia 





So ada yang berminat? Ehemm aku pun macam teringin gak nak merasa naik Kapal Fesyen Pertama di Asia ni! 

2 Budak Rambut Pacak Komen:

Zul Fattah said...

cam best je.. nak join

Elih Japahar said...

Perghhh..bestnya dapat naik kapal ni