Total Pageviews

Gentlemen's Tonic Salon Mewah UK Pertama Di Malaysia

Rambut bagi lelaki memang sangat penting .Sebabnya dengan rambut inilah melambangkan gaya seseorang. Bercakap soal rambut dan penjagaanya, bagi aku sendiri memilih gaya dan produk yang dipakai sangat teliti 

Sebabnya kalau tak kena mungkin nampak pelik dan mungkin rambut rosak terjejas. Dan memilih gaya sebenarnya bergantung juga pada tukang gunting rambut ataupun barber. Kali ini, aku nak share dengan korang mengenai tempat gunting rambut terbaik ataupun salon untuk lelaki 




Perkenalkan Gentlemen's Tonic, salon mewah dari UK yang pertama di Malaysia. Bertempat di Publika, Damansara, pemenang award-wining traditional barbershop dan urban- male spa concept ini menjanjikan kelainan dan keselesaan yang maksimum!

Cawangannya di Publika dibuka pada julai yang lalu dan merupakan cawangannya yang ke 8 selepas
  1. London Mayfair – Global Flagship - Bruton Place, dibuka pada 2004
  2. Hong Kong, Central, dibuka pada June 2011
  3. Dubai, Atlantis the Palm, dibuka pada  Dec 2012
  4. New Delhi, Emporio Mall, dibuka pada February 2014
  5. Abu Dhabi, Emirates Palace,dibuka pada  Dec 2014
  6. Mexico, Four Seasons Hotel, dibuka pada November 2015
  7. Moscow, Petrovskij Pereulok, dibuka pada  March 2016





Berkonsepkan dekorasi UK Style, Salon gunting rambut lelaki ini bukan sahaja menyediakan servis memotong rambut, malah servis massage, grooming, dan lain lain lagi. Ada juga pakej disediakan khas untuk korang yang perfectionist ! Harga pakej bermula dari RM190 hingga RM580 (KLIK Sini untuk lihat package disediakan) 


1st time datang ke sini, agak kagum sebenarnya. Masuk je kesini, aku disambut sendiri Mr Fiqri yang merupakan managing director disini dan kami dihidangkan secawan kopi sebagai complimentary bila korang menggunakan services disini. 

Aku ke sini bersama - sama Amir Nawawi nak merasai sendiri memotong rambut di salon yang menerima pelbagai International award ini. Selalunya aku akan pilih sendiri gaya potongan yang aku suka which is British Cut dan aku sendiri ada personal barber yang aku akan pergi. 

Tapi kali ini bagi merasai kelainan dan melihat gaya yang bakal dipotong, sengaja aku biarkan dia potong ikut pilihannya yang sesuai. And guess what ? 



Budak Pacak is back! 

Hahaha dah lama tak buat rambut pacak ni, last buat waktu umur 18 tahun sekarang aku dah 24. Daripada dewasa sehinggalah kanak - kanak turut menggunakan servis Gentlemen's Tonic






Menariknya lagi kesemua peralatan dan produk yang digunakan adalah produk mereka sendiri dan turut dijual secara berasingan kalau korang nak beli . Ini termasuklah Babassu and Bergamot product, minyak wangi dan banyak lagi! 

So kalau korang nak rasakan kelainan dan inginkan keselesaan, bolehlah berkunjung ke Gentlemen's Tonic

p/s : boleh tengok video di IG @khaiartzfar 

Gentlemen's Tonic
D5 - G3 - 3, Solaris Dutamas, No 1, Jalan Dutamas 1, 50480, Kuala Lumpur.


No comments: