October 28, 2016

Deepavali Yang Penuh Dengan Mesej

Tak lama lagi Malaysia bakal berseri dengan satu lagi perayaan dari antara kaum yang utama di Malaysia iaitu masyarakat kaum India .

Aku ingat lagi kalau dulu tiap kali musim Deepavali, mak aku akan kelam kabut tanya bapak aku cuti ke tak, nak pergi beraya ke tak. Maklumlah dulu mak aku kerja di sekolah tamil jadi mak aku dan kawan – kawan dia memang rapat walaupun berbeza kaum

So setiap kali deepavali, kiteorang akan pergi beraya dekat hampir semua rumah kawan – kawan mak aku. Walaupun berbeza kaum, tapi festival cahaya ni membuatkan rakyat Malaysia bersatu padu dan saling menghormati

Dan tiap kali Deepavali dan perayaan lain juga, aku akan tunggu dekat depan TV atau tengok di laman social, menanti iklan perayaan dari Petronas yang cukup menarik dan sarat dengan pelbagai mesej 




Nanti bila datangnya Deepavali semua orang bercuti. Yang beragama Hindu akan beraya bersama ahli keluarga manakala kaum yang lain akan mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga. Malaysia kalau dekat negara lain famous sebab penyatu paduan antara kaum yang berbilang bangsa dan agama

Ini kerana kita telah diterap dengan adanya keharmonian, sifat pemahaman antara satu sama lain dapat dijalinkan.

So dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakan – rakan pembaca dan kenalan yang menyambut perayaan ini. Happy Diwali!


1 Budak Rambut Pacak Komen:

Anonymous said...

selamat hari deepa aney ;)