October 13, 2016

Menjadi Pengacara Jemputan Rancangan Walla TV 1

Alhamdulillah, tahun 2016 banyak memberi rezeki dan peluang untuk aku terus mencuba. Terbaru, aku dijemput oleh pihak RTM untuk menjadi Co-Host bergandingan bersama Chef Selebriti, Abang Brian bagi  menjayakan WALLA, program berbentuk majalah yang memaparkan kepelbagaian makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia 




A photo posted by Walla RTM (@wallaumd) on




A photo posted by Walla RTM (@wallaumd) on

Ini merupakan peluang yang terbesar pernah aku dapat. Mana taknya, kalau sebelum ini hanya muncul di alam maya. dan kali ini diberi peluang untuk muncul di kaca TV. Terima kasih Kak Rosnah sebab sudi menjemput dan mempercayai kite. hahahaa

Mesti korang akan terfikir, ni mesti sama macam rancangan tuttttt. Hahahaha kalau ye mohon buang jauh - jauh fikiran korang tu yer. Sebabnya WALLA ni lain dari yang lain. Yang pasti , tekak korang mesti akan terliur bila tengok rancangan WALLA ni 

Mempunyai 11 episod dan 3 segmen, yang pertama Chef Brian akan ke pasar malam atau street food untuk melihat dan menerokai sendiri keunikan makanan tempat. Fuhh kalau dapat join yang ini kan best? Tetiba teringat macam dah lama tak ke Pasar Malam 

Segmen kedua pula, Chef Brian akan bersama dengan Blogger Malaysia pilihan untuk bersama - sama review makanan di restoran pilihan . 


Untuk Budak Pacak, akan ditayangkan pada episod ke 8 yang menampilkan Restoran Bisik - bisik sebagai restoran pilihan. Nak tahu apa yang bisik, korang kenalah tengok WALLA nanti 





Segmen yang terakhir Chef Brian akan mencipta satu resipi fusion berdasarkan makanan atau menu yang telah dicuba dalam kedua -dua segmen awal tadi. Menariknya lagi, setiap episod akan memaparkan satu menu yang sama tapi menggunakan bahan asas yang berbeza. Kena pulak air tangan Chef Brian, fuhhh mesti sedap 


Bagi aku , yang menggerakkan sesuatu rancangan tu mestilah tengok hos nya. So far Chef Brian terbaik, mulut, tangan semua sama naik! Meriah set haaa. Lagi satu sediakan buku nota ataupun screen grab fon korang  sebab setiap kali habis siaran, resipi Chef Brian akan di upload dalam FB & IG




So jangan lupa untuk menonton WALLA pada setiap hari Ahad bermula 30 Oktober ini  pada jam 12.30 tengahari di TV 1 . jangan lupa juga untuk lihat episod aku bersama Chef Brian pada episod ke 8 nanti. Mohon set reminder okay! hahaha 


Kalau nak menonton program WALLA yang terdahulu, boleh layari 

Facebook : MENU KITA - WALLA 
Instagram : Wallaumd 

2 Budak Rambut Pacak Komen:

Mar Mansor said...

wah..hebat

luqman zakaria said...

wah..bestnya..tak nervous ke? hehe