Total Pageviews

Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 Harga Serendah RM1

Korang suka membaca? Kalau Ya, jangan lepaskan peluang untuk datang beramai - ramai ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016. Bertemakan Pesta Lelong Buku Bahasa Melayu terbesar di Malaysia , korang dapat lihat pelbagai buku Bahasa Melayu dijual di sini 




 Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 hasil kerjasama Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya akan berlangsung pada 21 hingga 30 Oktober 2016 bertempat di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3.



Sebab apa korang kena datang ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 ini? 


Sebabnya  kali ini penyertaan 100 buah gerai pameran dengan penyertaan lebih 50 buah penerbit terkenal tanah air seperti PTS Publications & Distributions, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Telaga Biru, Must Read, Ana Muslim, Dubook Press, Institut terjemahan buku malaysia, penerbit Jakim dan ramai lagi bakal mengisi slot dekat sini haaa 

Tak cukup dengan tu. ada  lebih dari 50,000 judul tajuk buku yang pelbagai genre, harga gila murah dan diskaun sehingga 80% menanti untuk korang borong sakan nanti  ! 


Apa yang korang perlu tahu mengenai Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 ?


  • Buku Murah SERENDAH  RM1.00 !
  • Lebih 50,000 judul buku pelbagai genre bakal dijual 
  • Merupakan Pesta lelong buku Bahasa Melayu terbesar Malaysia. 
  • Pesta buku terbesar tanpa rak selama 10 hari.
  • Disertai lebih 50 penerbit terkenal.
  • Lokasi yang strategik complete dengan ATM, ruang parkir yang luas
  • MASUK PERCUMA ! 
Haa jangan cakap dorang tak payung buku yang murah giler ni. Sepanjang 10 hari pesta lelong buku ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti menanti untuk korang disini nanti antaranya 
  • Busking
  • Ceramah
  • Diskusi Buku
  • Pertandingan Selfie. ni mesti korang expert 
  • Pertandingan mewarna
  • Sesi bersama artis , Yatt Hamzah dan Heliza Helmi dan banyak lagi! 





Haa nampak tak ? Serius korang kena pergi ke Pesta Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 ni. selain harganya jauh lebih murah, inilah masa untuk mendidik diri dan budaya membaca kan? 

Untuk maklumat lanjut mengenai  Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016  korang boleh hubungi :

019-3258285 (En. Jaini) 
013-7007067 (Nurhaziemah)

Facebook : 

Instagram :

Hashtag : 
#pestalelongbuku #dahtakdealasandah

1 comment:

Uncle Zuan said...

dah pergi dah. banyak buku buku best!