Resorts World Langkawi Yang Serba Baru

Kalau sebelum ni aku dah banyak berkongsi mengenai Resorts World Genting, kali ini aku berbesar hati dapat review Resorts World Langkawi yang khabarnya kini serba baru. 




Antara yang baru adalah namanya. Jika sebelum ini dikenali sebagai Awana Porto Malai, kini ia dikenali sebagai Resorts World Langkawi. Kunjungan aku dan media - media lain ternyata memberi kelainan pada trip ini 


Aku sendiri tak pernah pun jejak kaki ke Awana Porto Malai sebelum ini dan tak tahu pun sebenarnya kepunyaan Genting group, LOL. Saat menjejak kaki ke resorts ini, semua pakat berlari ke dalam. Rupa - rupanya semuanya tak nak lepaskan peluang untuk bergambar berpemandangankan tepi laut dan kapal - kapal layar. Memang cantik! Terpesona kejap 





Resorts World Langkawi yang terletak lebih kurang 25 kilometer dari airport , hotel cantik di Langkawi ini sentiasa menjadi pilihan para pelancong.



 view bilik aku , cantik tak? 


 Apatah lagi dengan tersedianya 211 bilik termasuk yang baru renovate , Deluxe Garden View rooms, Deluxe Seaview dan Premier Seaview rooms serius best weh! 









Selain biliknya, kemudahan yang disediakan juga memang tak cari lain dah. Mana taknya hampir kesemua aktiviti menarik ada dekat sini, Nak pergi spa, mengurut, nak berkayak bagai semuanya ada. Nak tengok helang pun boleh dan yang paling menarik adalah Sunset Cruise 









Kalau sebelum ni cuma tengok dan teringin nak naik, kali ni merasa gak naik. Sunset Cruise yang bermula pada jam 5 petang ini akan membawa korang belayar mengilingi perairan berdekatan selama hampir 3 jam . Di atas cruise ini banyak benda korang boleh buat . Selain menikmati pemandangan sunset yang cantik, korang boleh berhibur di sebelah malamnya, menikmati free flow cocktails atau mocktails dan yang bestnya lagi dapat terjun dari kapal dan nikmati jacuzzi air laut  Andaman secara semula jadi 




Sebagai pelengkap, korang akan nikmati makan malam bertemakan BBQ di atas cruise. Perfecto! Akan datang adalah Infiniti poolnya yang bakal disiapkan tak lama lagi. Lagilah awesome Resorts World Langkawi nanti 

Sempena promosi hujung tahun ini , Resorts World Langkawi menawarkan promosi sehingga 31 Disember ini tau 

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.rwlangkawi.com atau hubungi 03 - 2718 1118

2 comments:

Unni Anje said...

CANTIKNYA HOTEL TU..

Uncle Zuan said...

wow cantiknya location dia