Total Pageviews

Cherating Hotel dan Aktiviti yang Menarik



Bercakap mengenai Cherating , Pahang. Aku sendiri tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Tapi khabarnya Cherating memang terkenal sebagai pilihan destinasi yang tepat untuk bersantai.



Apatah sejak kecil lagi asyik dengar pasal Cherating je. So untuk kali ini, aku saja nak tulis pasal Cherating sebagai planning untuk ke sana nanti. Apatah lagi bila survey dekat aplikasi hotel dan tiket kapal terbang yang murah. Yang itu kejap lagi aku bagitau korang. 

kredit : http://camelia.my/routine/the-beach-cherating/


Bercakap mengenai Cherating, ianya merupakan tempat peranginan yang sangat popular kerana mempunyai pantai yang cantik dan kemudahan penginapan yang menarik di mana terdapat banyak Cherating Hotel dan resort yang wujud di kawasan ini . Malah kalau korang nak tahu Cherating merupakan salah satu lokasi pelancongan yang menarik di Pahang

Banyak gila aktiviti best dan menarik yang boleh korang lakukan apabila berada di Cherating. Ini boleh masuk dalam wishlist la apabila ke Cherating nanti kan?



So kalau datang ke Cherating, nak stay dekat mana? Haa mesti korang nak penginapan yang selesa kan? Barulah feel gitu LOL. Untuk penginapan yang best, aku ada terbaca mengenai Club Med Cherating atau lebih dikenali dengan nama Eco-Nature Resort. Dimana ia sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan pelbagai khazanah alam. 





Untuk korang yang sukakan nature sangatlah sesuai tempat ini. Layanan dorang pun sangat mesra pelanggan. Dekat resort ni, dorang mementingkan Eco-Friendly dan kebanyakkan kenderaan yang digunakan untuk membawa pelancong hanya menggunakan biodiesel. Sebab itulah ia dikenali sebagai Eco-Nature Resort. 

Bagi korang yang inginkan percutian berbulan madu atau bersama keluarga dan rakan-rakan, resort ini merupakan tempat yang sangat sesuai kerana mempunyai permandangan pantai yang cantik gilos di tambah lagi dengan kawasan sekeliling yang hijau.

Kemudahan yang disediakan juga sangat berpuas hati. Memang best weh! Bercakap mengenai aktiviti pula, terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh korang lakukan di Cherating ni. Untuk yang tak tahu, Cherating ni merupakan one of the best beaches in Malaysia .

kredit : http://www.malaysia.my/article/happenings/monsoon_surfing_in_the_east_coast/


Jadi, banyak lah aktiviti yang boleh korang lakukan. Untuk korang yang sukakan dengan aktiviti sukan air, apa kata korang cuba bermain surfing. Disebabkan pantainya yang landai dan mempunyai pattern ombak yang besar serta ketinggian yang mencukupi, maka aktiviti surfing sangat sesuai bermain di sini. Macam aku, memang minat sukan air ni, memang masuk wishlist!
kredit : Divingbalok


Untuk yang sukakan aktiviti scuba, boleh menyelam di Pantai Balok .Dekat sana, korang boleh dapat pengalaman menyelam di Laut China Selatan yang sangat menakjubkan. Bagi korang yang belum ada lesen atau baru nak cuba belajar scuba driving, boleh je survey dan dapatkan beberapa dive operator yang ada di kawasan ini.


Nak tengok penyu? Haa disebabkan bukan semua pantai di Malaysia ada penyu, aktiviti di Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating merupakan satu perkara wajib bagi korang.Dekat sini, petugas dorang memang berpengalaman memberi penjelasan tentang spesis dan penyu yang biasa dijumpai di sini. 





Bayaran masuk akan dikenakan untuk setiap pelawat yang membolehkan korang bukan saja tengok penyu bertelur malah berpeluang untuk melepaskan anak-anak penyu yang dah bertelur ke pantai. Best kan? Tak sabar pulak rasa



Peluang untuk tengok keseluruhan proses dari menetas sehinggalah baby penyu dah bersedia nak masuk laut sangat mengagumkan weh, bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. 





Kalau korang menginap di Legend Resort Cherating dah tak jauh dah untuk melawat ke pusat ni. Jadi, pastikan aktiviti ini masuk dalam wishlist korang

Bagi sesiapa yang tak pernah atau teringin nak tengok kelik-kelip pula, bolehlah tengok dekat Sungai Ibok. Dekat sini memang terkenal dengan aktiviti menyaksikan kelip-kelip. Aktiviti menyusuri sungai dalam suasana gelap dan tanpa membuat bising pasti menyeronokkan bagi korang yang tidak pernah merasai pengalaman melihat serangga yang unik ini.



Enjin bot yang digunakan untuk ke sini pun menggunakan kuasa bateri sebabnya tidak mahu mengganggu serangga ni. Di sini masih lagi dapat melihat beribu-ribu kelip-kelip kerana kawasan sekitar sungai ini masih lagi terpelihara dari sebarang ancaman persekitaran. Bagi korang yang tidak tahu, jantina kelip-kelip boleh dibezakan dengan melihat cahaya yang dihasilkan, jika terang dan bersinar, itu adalah jantan dan yang agak malap itu adalah kelip-kelip betina. 



Cahaya yang dikeluarkan kelip-kelip dihasilkan melalui geseran cecair yang ada di hujung badannya. Apabila geseran terbentuk, maka cahaya akan keluar. Memang cantik dan menakjubkan

Bercakap pasal Cherating, makin membuak perasaan nak ke sana. Kalau korang tengah planning untuk bercuti ke Cherating bolehlah cuba siap-siap mencari hotel mana yang korang nak stay. Apatah lagi musim cuti sekolah lagi. Untuk memudahkan pencarian korang nak dapatkan the best rate untuk Cherating Hotel, apa kata korang cuba terjah Traveloka.com.



Banyak gila promosi yang dorang tawarkan. Jangan risau tiada caj yang tersembunyi akan dikenakan. Sebabnya aku sendiri memang pengguna setia Traveloka.com untuk hunt tiket kapal terbang dan hotel. 



So memang dijamin best kalau guna Traveloka nih. Tak percaya cubalah surf www.traveloka.com sekarang!

No comments: