Total Pageviews

Hotel Pilihan Di Yogyakarta

Kalau sebelum ni maybe korang pernah baca mengenai hotel pilihan di Jogja , kali ni aku nak senaraikan satu lagi hotel untuk korang stay disana




Bukan sahaja cantik malah sangat selesa! Perkenalkan Hyatt Regency Yogyakarta yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Adisucipto Airport, 17 kilometer dari Candi Prambanan dan 7 kilometer dari bandar Jogja. Untuk korang yang nak pergi ke tempat menarik di Jogja tu bolehlah cari dan stay di Hyatt Regency Yogyakarta. Highly recommend !







Disini aku senaraikan kenapa korang mesti pilih Hyatt Regency Yogyakarta sebagai hotel pilihan di Jogja







siap dapat kalungan bunga lagi haaa 


  • Walaupun harga agak sedikit mahal, namun menginap di hotel ini sudah memadai kerana landskap hotel ini penuh dengan pelbagai ilham dan architecture yang menarik. Tak keterlaluan jika aku cakap Hyatt Regency Yogyakarta  satu - satunya hotel yang bertemakan wonder of world! 
  • Antara hotel yang strategik kerana terletak di tengah - tengah tempat menarik di Yogyakarta 
  • Hotel ini penuh dengan keajaiban! dari pertama kali menjejakkan kaki sehinggalah waktu balik. Terpegun dengan semua benda - kolam renang, cafe, bilik , kemudahan sangat wow! 



  • Jangan lupa breakast Merapi Lava Egg yang diinspirasikan dari letusan Merapi terdahulu. Actually dia telur goreng je tapi sedap dimakan makan macam tu bersama kicap dan cili. Terangkat! 



  • Bakwan atau cucur dia win wehhhh berapa kali entah aku tambah. Sedap dia kalau ingat mesti terliur 






Kenapa aku cakap hotel ini penuh dengan keaijaban? Manakan tidak struktur binaan hotel ini sendiri telah  dibina berinspirasikan Candi Borobodur yang sangat terkenal. ,Mempunyai 269 bilik, suites Hotel Hyatt Regency Yogyakarta ini turut dilengkapi dengan Regency Club Rooms, Shuttle ke bandar Jogja, 2 cuisine restaurant, 1 lounge, 1 bar, health club dan spa, tennis court, 9-hole golf course, 1 ballroom yang boleh muatkan kapasiti 1,000 orang, business convention dan conference facilities dan pelbagai pakej aktiviti menarik. 


lepak point!

cafe guys!






Sempat jugalah kiteorang cuba main golf dekat sini .Nak mandi pool tak sempat sebab khusyuk sangat jalan - jalan dekat hotel ini. 






Malah bila dah menginap dekat sini, korang wajib mencuba menaiki kereta kuda yang disediakan khas untuk tetamu yang menginap di Hyatt Regency Yogyakarta. And guess what semuanya percuma! 



Memadai jika korang stay 3 Hari 2 Malam disini untuk mencuba semua tarikan yang ada. Macam kiteorang hari tu 2 hari je so tak sempat nak cuba semua benda. Stay dekat sini dan korang kena cuba pelbagai aktiviti seperti 



  • Pusing sekeliling kampung melihat suasana desa Andong dan sawah padi dengan menaiki kereta kuda
  • Setiap malam sabtu ada Ramayana Night Market, memang historical weh! Makan buffet makanan jawa dan yang win nya warong style. 
  • Sewa basikal secara percuma 
  • Mencuba spa dia yang sangat tenang dan bermacam - macam lagi 
Wedang Uwuh Cocktail, sejenis minuman herba yang popular dan wajib minum di Jogja


outdoor spa! 

Untuk korang yang kaki photo dan OOTD tu, Hyatt Regency Yogyakarta ni sangat insta friendly weh! Boleh dikatakan every single place in this hotel suitable for take pictures! 









How I wish I can stay here more longer. Thank you so much Pak Indra and Hotel Hyatt Regency Yogyakarta for your accommodation for sure I'll be back! 



Hyatt Regency Yogyakarta
Jalan Palagan Tentera Pelajar, 
Yogyakarta Indonesia

Tel: + 62 274 869123

Fax: +62 274 86 9588 
Email: yogyakarta.regency@hyatt.com 







No comments: