December 24, 2016

Sunway Nexis Hanya Bersebelahan MRT Surian !

Bercakap pasal Sunway kan? Aku kagum betul dengan dorang punya pencapaian. Boleh dikatakan dimana-mana sahaja akan terpampang nama Sunway



Terbaru aku sempat pergi ke Sunway Nexis yang terletak di  Kota Damansara. Khabarnya di sana sedang berlangsungnya jualan art market sempena dengan Hari Krismas. So sampai di sana, kelihatan ramai peniaga sedang menjual barang - barang mereka. Lebih kurang 30 vendor yang pelbagai terlibat. 



Antaranya seperti 

1. ROBO360 Arenabot V3 Challenge 2016 
2. Make This Life by LifeEquip
3. Art Market by Chai Diam Ma
4. Art Workshop
5. Complimentary Fashion Styling by TONI&GUY
6. Complimentary Body Assessment by SFG
7. Food Personality Test by SFG
8. Skin Analysis Test by CARA
9. Virtual Office Tour by SVOFO
10. Free Fingerprint Test + Personalized Learning Consultation by Royale Unicorn Education
11. Children Dance and Performance by Parkson Edutainment Group
12. Nexis Spotlight Live Performance by Pulse Avenue
14. BOND-ing Weekend by Molecules
15. Dim-Sum Making Workshop by Ku Su Association

dan banyak lagi! 








Pada mulanya aku sangkakan Sunway Nexis Mall ini sudah lama beroperasi kerana kelihatan ramai orang dan kedai - kedai pun hampir penuh. Rupa - rupanya mall ini baru sahaja dibuka 


antara restoran yang ada disini 


Malah boleh dikatakan jualan Hari Krismas yang berlangsung agak meriah dengan pelbagai jualan dan promosi yang diadakan. 

Sempat jugaklah aku meronda - ronda dari bawah sehinggalah ke tingkat atas Mall ini. Rupa - rupanya di atas korang boleh lepak outdoor! Cantik seperti taman mini. Malah dari atas boleh kelihatan Stesen MRT yang terbaru 







Haa jangan tak tahu, Sunway Nexis ini hanya bersebelahan je tau dengan Stesen MRT Surian dan apa yang aku perasan jambatan penghubung antara mall ini dengan stesen sedang giat dijalankan. Merasa lah jugak naik MRT  baru ni 


Pada pemerhatian aku, mall ini berpotensi besar sebagai lokasi event dan yang bestnya kan Mall ni eco friendly. Hall nya gunakan kipas gergasi lebih outdoor berbanding mall lain yang berhawa dingin. Menarik! 

So untuk datang ke sini, korang boleh naik MRT dan turun di stesen Surian. Mudah kan? Jom ke Sunway Nexis

0 Budak Rambut Pacak Komen: