• Budak Pacak perkenalkan produk penjagaan dan pengayaan rambut yang terbaik dari Elite Edgy EFX. Cukup dengan menggunakan jari dan produk Elite Edgy EFX , korang boleh jadikan rambut korang kelihatan hebat dan bergaya sepanjang hari...
  • Binqareem antara jenama terkenal bagi pakaian muslim bukan sahaja setakat di Malaysia malah turut mendapat tempahan dari Brunei , Indonesia dan Singapura. Terdapat beberapa jenis kurta moden telah direka khas. Antaranya seperti AF Kurta Binqareem dan Stripe Kurta Binqareem. ...
  • Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant...
  • Perkenalkan L'Oreal Paris Men Expert BB Men Instant Skin Fixer, BB Gel Lelaki yang pertama di dunia. Dengan gaya hidup aktif. kulit muka lelaki sering mengalami masalah seperti kelihatan kusam, bintik hitam serta ruang pori yang besar...
  • Restoran Kaw'D ini merupakan cetusan idea terbaru dari Kaw - Kaw Burger yang pernah 'menggemparkan' negara dengan fenomena Burger Bakar yang sedap dan lain dari yang lain. Jadi tidak hairanlah Restoran ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan sentiasa dicari - cari...

December 31, 2016

Hotel Pilihan Di Yogyakarta

Kalau sebelum ni maybe korang pernah baca mengenai hotel pilihan di Jogja , kali ni aku nak senaraikan satu lagi hotel untuk korang stay disana




Bukan sahaja cantik malah sangat selesa! Perkenalkan Hyatt Regency Yogyakarta yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Adisucipto Airport, 17 kilometer dari Candi Prambanan dan 7 kilometer dari bandar Jogja. Untuk korang yang nak pergi ke tempat menarik di Jogja tu bolehlah cari dan stay di Hyatt Regency Yogyakarta. Highly recommend !







Disini aku senaraikan kenapa korang mesti pilih Hyatt Regency Yogyakarta sebagai hotel pilihan di Jogja







siap dapat kalungan bunga lagi haaa 


  • Walaupun harga agak sedikit mahal, namun menginap di hotel ini sudah memadai kerana landskap hotel ini penuh dengan pelbagai ilham dan architecture yang menarik. Tak keterlaluan jika aku cakap Hyatt Regency Yogyakarta  satu - satunya hotel yang bertemakan wonder of world! 
  • Antara hotel yang strategik kerana terletak di tengah - tengah tempat menarik di Yogyakarta 
  • Hotel ini penuh dengan keajaiban! dari pertama kali menjejakkan kaki sehinggalah waktu balik. Terpegun dengan semua benda - kolam renang, cafe, bilik , kemudahan sangat wow! 



  • Jangan lupa breakast Merapi Lava Egg yang diinspirasikan dari letusan Merapi terdahulu. Actually dia telur goreng je tapi sedap dimakan makan macam tu bersama kicap dan cili. Terangkat! 



  • Bakwan atau cucur dia win wehhhh berapa kali entah aku tambah. Sedap dia kalau ingat mesti terliur 






Kenapa aku cakap hotel ini penuh dengan keaijaban? Manakan tidak struktur binaan hotel ini sendiri telah  dibina berinspirasikan Candi Borobodur yang sangat terkenal. ,Mempunyai 269 bilik, suites Hotel Hyatt Regency Yogyakarta ini turut dilengkapi dengan Regency Club Rooms, Shuttle ke bandar Jogja, 2 cuisine restaurant, 1 lounge, 1 bar, health club dan spa, tennis court, 9-hole golf course, 1 ballroom yang boleh muatkan kapasiti 1,000 orang, business convention dan conference facilities dan pelbagai pakej aktiviti menarik. 


lepak point!

cafe guys!






Sempat jugalah kiteorang cuba main golf dekat sini .Nak mandi pool tak sempat sebab khusyuk sangat jalan - jalan dekat hotel ini. 






Malah bila dah menginap dekat sini, korang wajib mencuba menaiki kereta kuda yang disediakan khas untuk tetamu yang menginap di Hyatt Regency Yogyakarta. And guess what semuanya percuma! 



Memadai jika korang stay 3 Hari 2 Malam disini untuk mencuba semua tarikan yang ada. Macam kiteorang hari tu 2 hari je so tak sempat nak cuba semua benda. Stay dekat sini dan korang kena cuba pelbagai aktiviti seperti 



  • Pusing sekeliling kampung melihat suasana desa Andong dan sawah padi dengan menaiki kereta kuda
  • Setiap malam sabtu ada Ramayana Night Market, memang historical weh! Makan buffet makanan jawa dan yang win nya warong style. 
  • Sewa basikal secara percuma 
  • Mencuba spa dia yang sangat tenang dan bermacam - macam lagi 
Wedang Uwuh Cocktail, sejenis minuman herba yang popular dan wajib minum di Jogja


outdoor spa! 

Untuk korang yang kaki photo dan OOTD tu, Hyatt Regency Yogyakarta ni sangat insta friendly weh! Boleh dikatakan every single place in this hotel suitable for take pictures! 









How I wish I can stay here more longer. Thank you so much Pak Indra and Hotel Hyatt Regency Yogyakarta for your accommodation for sure I'll be back! 



Hyatt Regency Yogyakarta
Jalan Palagan Tentera Pelajar, 
Yogyakarta Indonesia

Tel: + 62 274 869123

Fax: +62 274 86 9588 
Email: yogyakarta.regency@hyatt.com 







December 27, 2016

Infinity Pool Di Pullman Putrajaya Kini Dibuka


Dah lama rasanya tak ke Pullman Putrajaya. Seingat aku last datang masa Ramadhan Buffet Preview dua tahun lepas. Haa lama kan? So bila datang kali ini dah banyak berubah. Terutamanya dengan penambahan Infinity Pool yang diberi nama Shimmer



Baru - baru ini aku berkesempatan untuk melihat sendiri Majlis Perasmian nya yang dilancarkan dengan penuh meriah. Malah suasana menjadi lebih meriah dengan kehadiran Datuk Aznil Nawawi sebagai pengacara malam itu 










Bagi meraikan majlis perasmian ini. pelbagai aktiviti dan persembahan turut berlangsung termasuklah persembahan flashmob dari staff Pullman Putrajaya, persembahan bunga api, badut, magicians dan banyak lagi.



Kalau korang nak tahu Shimmer Infinity Pool ini adalah kolam renang infinity yang pertama di Putrajaya. Selain infinity pool, wading pool , bar dan cafe turut dirasmikan dalam masa yang sama oleh Accorhotels Malaysia Area General Manager merangkap General Manager of the Pullman Putrajaya, Roberts Ejubs 

Untungla Y.I dapat hadiah hahaha 



Sekarang ni kalau korang datang Pullman Putrajaya, ada 4 swimming pools termasuklah Infinity  Pool yang terbaru ini. Bukan itu sahaja, kemudahan lain yang ada disini termasuklah 12 bilik spa, gymnasium, bilik kelab kanak - kanak, karaoke room dan  281 bilik, apartments dan suites selain seleksi 22 meeting rooms.



The Shimmer Infinity Pool ni best sebab pemandangan nya menghadap Tasik  PutrajayaShimmer Infinity Pool, Shimmer Wading pool dan Shimmer Bar dan Café kini dibuka bermula jam 830 pagi   hingga 2200 malam setiap hari 

So bila datang ke Pullman Putrajaya jangan lupa untuk get wet dan relax di Shimmer Infinity Pool !


Pullman Putrajaya Lakeside
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Tel. +60 (3) 8890 0000 

December 26, 2016

Berlari Di Kuala Lumpur Demi Cabaran Nescafe Tarik Mana - Mana

 Baru - baru ini aku berkesempatan untuk join Cabaran Nescafe Tarik Mana - Mana yang bermula di Pasar Seni . Cabaran ini memerlukan korang berlari, selesaikan task ala - ala macam Amazing Race tu. 




Aku bab berlari macam explorace bagai ni memang minat weh. Tak kisah la menang atau kalah tapi kepuasan dia tu semacam tambah - tambah pula Nescafe yang jemput memang tak akan lepaskan laa



Tujuan Cabaran Nescafe Tarik Mana - Mana ini diadakan sebenarnya bagi mempromosikan Nescafe Tarik yang terbaru. Sedap weh! Banyak juga lah aku bawa balik sampaikan bagi dekat member - member untuk mencuba Nescafe baru ini 









Bermula berlari dari Pasar Seni - Masjid Jamek - China Town - Pasar Seni balik fuhh agak mencabar. Sebabnya semua route lain - lain pastu banyak turn banyak . For sure task dia menarik! Kena bergambar, main tarian singa, mannequin challenge. Enjoy weh! 



So bila diumumkan keputusannya, tak sangka pula team aku menang tempat Ketiga. Oh by the way team aku adalah Ayue Idris Dan Kak Pora. Happening gilos dengan dorang ni! 






Apa pun kiteorang enjoy dengan Cabaran Nescafe Tarik Mana - Mana ini. Terima kasih Nescafe kerana menjemput kiteorang untuk join event ini .Next time ada lagi sila jemput ya!Jangan lupa untuk mencuba Nescafe Tarik yang terbaru! 

December 25, 2016

Cuma #GooseySelfie Dan Boleh Menang Hadiah Berjumlah Lebih dari RM10,000




Haa tak percaya? Percayalah sebabnya dengan selfie je korang boleh memenangi pelbagai hadiah yang menarik. Syaratnya mestilah guna #GooseySelfie .

Apakah #GooseySelfie dan bagaimana hendak menang? 

#GooseySelfie ni adalah kempen dari shopping mall yang terbaru yang bakal dibuka tak lama lagi, MyTOWN Shopping Centre. So untuk memeriahkan lagi pembukaanya kempen selfie telah diadakan dan korang boleh menang pelbagai hadiah 

Caranya senang je 

  1. Login dengan facebook 
  2. Bagitau je korang Goosey apa. haahah tengok contoh di bawah 
  3. Upload selfie korang 
  4. Pastu goosify selfie korang 
  5. Share selfie korang !


Mudah kan? Tapi korang kena access dekat sini kalau tak macam mana nak masuk kan? www.gooseyselfie.com.my





Jangan lupa untuk selfie, namakan goosey korang dan mana tau hadiah berjumlah lebih dari RM10,000 milik korang? 


MyTOWN Shopping Centre bakal dibuka pada awal 2017! 



Betul! Kalau nak tahu MyTOWN Shopping Centre bakal dibuka pada awal 2017. Terletak bersebelahan IKEA Cheras dan sememangnya saling bersambung pun , shopping mall ini bakal menjadi tumpuan ramai 




Apatah lagi dengan adanya IKEA dan yang bestnya paling senang nak access sebab ada MRT Cochrane bawah tanah. So memang senang sangat la nak ke sini 

Tak sabar pulak nak tunggu MyTOWN Shopping Centre  ini dibuka. Kepada kaki selfie tu jangan lepaskan peluang untuk #GooseySelfie ya!!