January 20, 2017

AK Noodles House Terkenal Sejak 1987

Sebelum ni aku ada je terperasan mengenai Restoran ini, tapi macam tak berkesempatan untuk masuk sehinggalah baru - baru ini berjaya juga menjejakkan kaki ke AK Noodles House. 



Kalau korang ke shopping Mall utama seperti Tropicana City Mall Damansara korang akan perasan AK Noodles Express ni. Jangan tak tahu sebenarnya AK Noodles House ni mempunyai peminatnya tersendiri . Kalau tak macam mana boleh ada cawangan di dalam Mall kan? Tapi di Tropicana ini adalah cawangan Express nya 



AK Noodles House sebenarnya diusahakan oleh Ah Kong Restaurant dimana signature dorang adalah fishball yang terkenal sejak 1987 lagi. Legend kan? Rahsia fishball ini terkenal adalah kerana bahan - bahan yang digunakan berkualiti tinggi. 






Selain fishball , antara yang menjadi tarikan disini adalah set steamboat nya yang sedap! Baru - baru ini aku ke AK Noodles  Express yang terletak di Tropicana City Mall. Bezanya cawangan AK Noodles Express disini kerana korang boleh nikmati steamboat tetapi hanya takeaway sahaja yang ada. Still menarik dan lagi puas sebenarnya 



Sempat juga aku merasa kuah steamboat nya. Fuhh sup kari weh. Memang Sedap! Produk bebola ikan keluaran AK Noodles ini fresh tau sebab diproses setiap hari dengan menggunakan ikan parang dan ikan tongkol segar di bawah kawalan yang ketat dan dihantar ke setiap cawangannya. 

Selain Tropicana City Mall dekat mana ada lagi? 

  • Johor Bahru City Square
  • 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
  • Main Place, USJ 21
  • Evolve Concept Mall, Ara Damansara
  • DC Damansara City Mall, Kuala Lumpur


Jadi berapa pula harga untuk set steamboat ?




Untuk set steamboat korang boleh pilih dua set. Set yang pertama untuk 5  orang berharga RM149.90 (plus GST RM158.90)  dan set kedua untuk 8 orang berharga RM239.90 (plus GST RM254.30).


Sebenarnya banyak lagi menu lain di AK Noodles House ni. tapi korang boleh cuba set steamboat ni dan makan beramai -ramai di rumah. Best tau!

Tambah - tambah lagi raya cina dah dekat kan? Memang sesuai sangat dibuat untuk sajian makan besar

So jangan lupa untuk mencuba AK Noodles House ni ye 

1 Budak Rambut Pacak Komen:

Kuronofu91 said...

dah macam makanan Korea

**new follower
**kuronofu91.blogspot.my