Total Pageviews

Album Jessie Chung Menerima Anugerah Platinum !

Wah rasanya baru lagi aku post pasal Konsert Pengenalan Jessie Chung baru - baru ini. Terbaru khabarnya Jessie Chung sekali lagi menerima pengiktirafan apabila album beliau, There You Are kini menerima  Anugerah Platinum 

Jutaan tahniah diucapkan kepada Jessie Chung! Princess of Rock ini menerima pengiktirafan ini di SPAC Shah Alam yang turut dihadiri  Chairman of the Recording Industry Association of Malaysia (RIM) and Managing Director of Warner Music Malaysia & Singapore Darren Choy

Untuk pengetahuan korang, kejayaan ini turut dilengkapi dengan kejayaan lagu There You Are yang berada dalam carta top 10 international buat 8 minggu lamanya dan diikuti berada dalam tangga keenam di Baidu's Music Chart. Hebat kan? 



General Manager of Malaysia’s physical record distributor PMP Entertainment Mr. Wong mengumumkan  Jessie Chung dianugerahkan Anugerah Platinum kerana berjaya mencapai jualan album yang membanggakan dalam tempoh 3 bulan. Bayangkan  album There You Are’s berjaya dijual melebihi 15,000 copies dan terbaru, album  Be Strong sudah terjual lebih dari 5,000 copies hanya dalam masa seminggu!



Dalam majis yang sama, Jessie Chung turut berkongsi cerita dengan hadirin mengenai 
 kejadian dimana ianya berlaku di Kanada dimana beliau hampir membunuh diri untuk menamatkan riwayatnya sendiri apabila bercerita tentang kejadian buli tidak kira langsung atau di alam maya .Namun atas kesedaran beliau dan semangatnya tidak berputus asa, beliau kembali kuat dan berjuang. 




Buktinya, beliau telah mengumumkan yang beliau akan menarik diri dari sebagai artis jemputan dalam konsert A-Mei. Sebabnya apabila beliau disenaraikan sebagai jemputan A-Mei terlalu banyak cemuhan yang merupakan buli di internet. Jadi sebagai langkah berjaga - jaga beliau mengambil keputusan untuk menarik diri. Lagipun Jessie Chung boleh berdiri dengan nama sendiri dan sudah menempa pelbagai kejayaan. 

Kepada Jessie Chung sekali lagi tahniah diucapkan dan semoga berjaya di konsert jelajah yang akan datang! 

No comments: