January 03, 2017

Cold Storage Raikan Kanak - Kanak Dari Rumah Juara Sempena Krimas

Krismas baru - baru ini memberi lembaran baru kepada Kanak - kanak dari Rumah Juara dimana mereka disambut dengan meriah oleh Cold Storage bertempat di Cold Storage Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur 



Seramai 50 orang kanak - kanak dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan khas untuk mereka antaranya adalah persembahan badut, Santa Claus, dan yang paling best dorang boleh pilih apa saja yang mereka nak di Cold Storage. Untung budak - budak ni kan? 




Rumah Juara yang ditubuhkan sejak 1998 ini bertempat di Petaling jaya.  Menempatkan anak - anak yatim dan kanak - kanak yang terbiar , Rumah Juara ini memberi perlindungan dan keperluan asas kepada mereka yang tidak bernasib baik




Dalam majlis ini, sesi pemberian hadiah turut disertai oleh GCH Retail Malaysia Sdn Bhd's Chief Executive Officer, Mr Pierre Olivier Deplanck 





Justeru itu, sempena dengan Hari Krismas, pihak Cold Storage telah bermurah hati untuk menyambut dan meraikan kanak - kanak ini. Kalau korang nak tahu Cold Storage sendiri telah memperuntukkan RM 20,000 bagi meraikan kanak  - kanak dari Rumah Juara ini melalui program CSR mereka. Setiap tahun GCH Retail akan memperuntukkan lebih dari RM 2 juta untuk aktiviti CSR mereka. Tahniah diucapkan! Semoga lebih sukses pada masa akan datang 


1 Budak Rambut Pacak Komen:

Lea Azleeya said...

Alhamdulillah ada yg sudi bantu mereka..