Total Pageviews

Dua Anak Muda Ini Viral Kerana Merealisasikan Impian Pengantin

Pertama kali berjumpa dengan kedua - dua individu ini aku sangkakan tuan rumah majlis perkahwinan yang sempat aku pergi baru - baru ini



Rupa - rupanya mereka adalah pemilik The Kenduri, sebuah syarikat wedding planner dan caterer  yang bertapak di Seremban , Negeri Sembilan dan semakin terkenal di Malaysia. Pemiliknya yang lebih dikenali sebagai Arham dan Zaim kalau korang nak tahu sebenarnya baru sahaja memulakan bisnes The Kenduri  dalam masa 5 bulan, tetapi kejayaan mereka sangat membanggakan

Usia Muda Bukan Halangan 

Menjadi viral disebabkan kesungguhan dan idea yang diketengahkan oleh mereka sangat menarik dan telah merealisasikan impian ramai pengantin - pengantin khususnya di Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur. Oleh disebabkan itu, nama The Kenduri menjadi sebutan sehingga boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja tempahan yang dibuat. Malah korang jangan terkejut kerana kedua - duanya baru sahaja berumur 24 tahun, Serious kagum! 


Apakah The Kenduri ? 




Mesti korang terfikir apakah The Kenduri ini, dan kenapa dorang menjadi viral? The Kenduri ni macam aku cakap tadi, merupakan wedding planner dan caterer . Dimana melalui The Kenduri, segala - galanya diuruskan oleh mereka dari. Bak kata mereka, bermula dari Kursus Perkahwinan sehinggalah ke majlis anak - anak mereka kelak boleh diuruskan oleh mereka 




Yang menjadi viral adalah kerana mereka merealisasikan impian ramai pengantin dengan bajet yang diperuntukkan oleh keluarga pengantin sendiri. Contohnya jika korang hanya ada RM5000, maka The Kenduri akan tetap  melaksanakan impian korang mengikut tema yang diinginkan . 



Korang kena tahu, walaupun bajet korang tak banyak tapi The Kenduri akan tetap melaksanakannya dengan penuh eksklusif. Sebab itulah ramai yang mengambil The Kenduri sebagai wedding planner mereka 



Pakej apakah yang disediakan oleh The Kenduri? 



Selain majlis perkahwinan, majlis sambutan hari jadi, house warming, dan lain - lain majlis turut dikendalikan mereka. Pendek kata just name your budget, wishlist dan dorang akan cuba realisasikan sebaik yang mungkin !


Fakta Menarik Mengenai The Kenduri 

  • Mereka tidak mempunyai physical office, tapi mereka akan ke tempat client untuk membuat janji temu dan melihat sendiri konsep yang diinginkan, menarik bukan? 
  • Jika tiada office bagaimana nak buat food testing? Jangan risau mereka akan ke tempat anda dengan membawa segala kelengkapan. Mudah!
  • The Kenduri merupakan One Stop Center untuk gerbang perkahwinan korang dari A-Z 
  • Plan asalnya The Kenduri mengutamakan golongan pertengahan, namun disebabkan pengurusan mereka dan idea yang sangat menarik kini golongan atasan turut mengunakan khidmat mereka 
  • Walaupun bajet rendah, namun The Kenduri tetap membahagiakan bakal raja sehari dengan menghadiahkan kad perkahwinan sebagai hadiah buat mereka secara percuma!



  • Sewaktu aku pergi ke majlis perkahwinan di Galeri Diraja Tuanku Jaafar, The Kenduri merupakan yang pertama melangsungkan majlis di sini 


Maya Matahari pun datangnya dari jemputan The Kenduri 

  • Di Negeri Sembilan jika menggunakan khidmat The Kenduri , persembahan artis kebudayaan turut diselitkan di dalam pakej
  • The Kenduri terkenal bukan disebabkan mereka sertai mana - mana expo atau pameran perkahwinan tetapi disebabkan recommendation client mereka sebelum ini dan mereka tidak pernah sertai mana - mana pameran perkahwinan.
  • Akan datang, mereka telah dipilih sebagai ikon alumni UiTM untuk berkongsi pengalaman bersama - sama pelajar UiTM dan mereka turut dipilih oleh Kedutaan Besar Malaysia di Melbourne bagi merealisasikan impian 15 pasangan di sana untuk berkahwin
  • Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut menggunakan khidmat The Kenduri
  • Apa yang aku boleh katakan mengenai The Kenduri, Perfecto! 
So jika korang berminat untuk membuat tempahan atau nak tanya maklumat lanjut sila rujuk 
Atau boleh terus menerusi Whatsapp/Sms; Mr. Zaim: 019 465 0774 

 e-mail: marketing.thekenduri@gmail.com.

2 comments:

Bahrain said...

nama company pun sedap.The Kenduri.

Mek Onie said...

terbaik The Kenduri. Owner dia tu respek sangat. Macamana la dia involve semua ni kan weh.