January 19, 2017

Restoran Ini Menguasai Hampir Keseluruhan Sunway Nexis!


Mesti korang terkejut kan baca tajuk di atas? Restoran apa yang menguasai hampir keseluruhan Sunway Nexis ni? Haa sebenarnya ada maksud di atas, nak tahu kenalah baca sampai habis 



1st time masuk ke sini, terpukau kejap dengan dekorasi dia yang begitu menarik. Menggunakan konsep mural hitam dan putih, setiap pengunjung yang datang ke sini pasti terpegun dengan landskap mural angkasa yang menghiasi keseluruhan restoran ini. Malah ada di antara hiasan disini merupakan air tangan pemilik restoran ini sendiri







B&Blanco yang terletak di Sunway Nexis, Damansara ini  mendapat nama dari  abjad perkataan Black yang dipendekkan menjadi B dan Blanco dalam bahasa Sepanyol pula bermaksud putih.   Jadi apakah faktor penarik yang membuatkan korang wajib  datang ke Sunway Nexis Mall mesti singgah di B&Blanco?



Berkonsepkan western , restoran ini bukan sahaja menawarkan sajian hidangan yang enak malah, korang boleh create your own menu with your own style! Unik kan?


Selalunya kita melihat restoran dan café sudah mempunyai menu dan bahan mereka yang telah ditetapkan. Berbeza pula dengan konsep di B&Blanco. Kerana korang cuma perlu namakan menu yang korang inginkan di restoran ini, buat pilihan bahan mengikut citarasa korang dan nikmatinya dengan penuh kepuasan. Menarik bukan?







Antara menu utama disini adalah pasta , burger, pizza dan pastry. Pilih dan padankan sahaja menu yang korang  inginkan seperti padanan Fettuccine bersama –sama Creamy Sauce dan Seafood hasilnya, pastinya sajian lengkap menanti!



Buat penggemar kopi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati secawan Chai Latte dan minuman berasaskan kopi disini. Kerana B&Blanco menjanjikan aroma kopi yang memukau kerana ini adalah kepakaran mereka dalam menyediakan aneka kopi yang terbaik. Aku suka chai ni sebab ada campuran rempah. Unik sangat rasanya 

Santai dan menarik! Antara ungkapan yang boleh aku tafsirkan mengenai restoran hitam dan putih ini. Di B&Blanco bukan sahaja korang boleh lepak santai, malah tempat ini juga boleh dijadikan sebagai lokasi acara – acara seperti parti hari jadi dan acara keramaian lain. 




Korang boleh memilih untuk buat di dalam restoran mahupun di luar restoran yang berkonsepkan taman di dalam shopping mall. Sebab tu aku cakap restoran ni menguasai hampir keseluruhan mall ni .

Malah sewaktu aku berkunjung kesini, kelihatan pekerja  di restoran ini sedang giat membuat persiapan untuk Majlis Hari Jadi pelanggan mereka yang bertaraf VVIP.

Walaupun baru sahaja bertapak pada Disember yang lalu, namun B&Blanco semakin menjadi tumpuan dan menjadi pilihan ramai. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di B&Blanco, Sunway Nexis. VoilĂ !

Alamat :
B&Blanco
Unit No.B-01-07
Sunway Nexis
Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara , 47810 Petaling Jaya
Malaysia

Telefon :
Elly Rahman
013 390 3191

Amir
016 622 1193



1 Budak Rambut Pacak Komen:

Lisa Nurulain said...

menarik... hahah macam nak try yang spagheti tu .. tolong bawa saya kesana pleaseeeeeeeeeeeeee