February 02, 2017

GT Mobile Perkenalkan GT-888

Pernah tak korang dengar mengenai GT Mobile? Aku berani cakap mostly yang baca ni tak pernah dengar mengenai GT Mobile. Kalau korang nak tahu, GT Mobile yang merupakan salah satu produk GT Dollar kini di Malaysia dibawah syarikat GT Dollar Malaysia 






Bagaikan orang mengantuk yang disorong bantal, aku memang tengah mencari 2nd Phone untuk buat live update bagai. Dan melihat pada ciri dan fungsinya terus aku berminat untuk review gadget ini pada majlis perasmian Kumpulan GT Dollar Malaysia baru - baru ini 




GT Mobile memperkenalkan GT-888 , sebuah telefon bimbit pintar yang bagi aku simple tapi memiliki hampir segala - galanya. To be honest, aku merupakan pengguna iPhone dan bila menggunakan GT-888 yang merupakan telefon bimbit android, agak sedikit kekok. 




Tampil dengan dua pilihan warna,  Metal Grey dan Silk White, GT-888 tampil dengan reka bentuk yang sangat elegan dengan cirinya bentuknya yang nipis dan sedikit besar , sesuai untuk korang yang sukakan plus size. 




Dan percaya atau tidak, ramai yang menyangkakannya iPhone 6 kerana saiznya yang cukup kompetitif, mudah dibawa. Tetapi sedikit terkilan, kerana logo dan perkataan di belakang telefon ini seperti mencacatkan sedikit nilai elegan nya 




GT-888 ni didatangkan dengan bateri 2550mAh dan charger yang boleh cepat charge. Jangka masa untuk 35% bateri adalah 15 minit sahaja. Sesuai untuk korang yang heavy user macam aku. 

Malah untuk kaki travel juga sesuai untuk memiliki GT - 888. Kenapa? 

  • ringan dan nipis. Beratnya hanya 160 gram 
  • Dual sim. Untuk traveller, boleh gunakan satu modul sim untuk sim card antarabangsa 
  • Internal dan external memory storage. Untuk korang yang suka menyimpan gambar dan everything. sesuai !


Bagaimana pula dengan kamera ? Didatangkan dengan dua kamera , depan dan belakang 
dengan  kamera hadapan 5mp dan kamera belakang 8mp. Agak menarik kerana kamera hadapan 5mp dan turut mempunyai flash bagi membantu pencahayaan gambar, sesuai untuk mereka yang sukakan selfie!




Walaupun kamera nya tidaklah begitu sempurna seperti saingan yang lain namun cukup memuaskan! Aku gunakan GT-888 untuk buat live di media sosial, nampak flawless je hahaaha 

Salah satu cirinya yang menarik perhatian aku adalah kelarasan butang disebelah kiri dimana terletaknya butang pelarasan suara dan on/off. Dan disebelah kanannya tiada apa-apa. Cukup kemas bagi sebuah telefon bimbit pintar terkini!

Dan berikut adalah spesifikasi GT- 888 yang lain perlu korang tahu 



Model
GT-888

Color
Metal Grey/ Silk White

Dimension
158.9 X 77.5 X 8.6 mm

Weight
160g

Operating System
Pre-install Android 5.1 Lollipop

CPU
64 Bit MTK MT6735P Processor Quad Core 1.0GHz CPU

GPU
Mali T720-Mp1 600MHz

RAM
2GB / 1GB

ROM
16GB





Battery
2550mAh

Charger
Quick charging



DISPLAY




Size
5.5 inch

Resolution
HD 1280*720 pixels

Type
IPS OGS (New 2.5D Arch Screen)

Material
Corning Gorilla Glass 3




CONNECTION

Network
GSM: 850/900/1800/1900 (Band 5, Band 8, Band 3, Band 2)
WCDMA: 850/900/1900/2100 (Band 5, Band 8, Band 2, Band 1)
FDD-LTE: 800/1800/2100/2600 (Band 20, Band 3, Band 1, Band 7)

SIM
Dual SIM standby, Micro SIM Stadard SIM

WiFi
WiFi 802.11 a/b/g/n support dual-band WiFi (2.4GHz/5GHz)

Bluetooth
Bluetooth 4.0

Positioning
GPS, A-GPS, GLONASS, Digital Compass, Hall Effect Sensor, Gravity Sensor, Ambient Light Sensor


Overall , aku rasa untuk korang yang ingin mencari telefon bimbit pintar yang mesra pengguna dan fungsi menyeluruh, aku cadangkan korang miliki GT-888 ini. Untuk maklumat lanjut korang boleh klik disini. http://gtmobile.sg

0 Budak Rambut Pacak Komen: