February 06, 2017

Lelaki Ini Digelar Sebagai Bonsai Master

Ada peminat pokok bonsai dekat sini ? Kalau ya korang kena baca entry ini sampai habis. Untuk korang yang nak travel ke Jepun pun kena baca juga sebab aku akan berkongsi dengan korang mengenai salah satu aktiviti atau tempat menarik yang korang boleh pergi nanti di Jepun 



Jika ke bandar Saitaman, jangan lepaskan peluang untuk melihat demonstrasi bonsai dan hasil kerja seorang lelaki yang digelar Bonsai Master. Masashi Hirao yang berumur 36 tahun mula menunjukkan minat dalam Bonsai ketika beliau di Kyoto Sangyo University yang ketika itu melawat hasil kerja  Misuzu Shigemori di Tofukuji 



Bermula dari situ, beliau telah berazam untuk membawa budaya Jepun dan membuat keputusan untuk menjadi apprentice Kato Manseien yang berada di Bonsai Cho,Bandar Saitama, Jepun. Masashi yang belajar di bawah Saburo Kato pernah berkata pada beliau  “Be the one to spread out the great Japanese Bonsai not only in Japan but also overseas” made Masashi expanded the range of his activities. 



Sehingga kini, beliau sudah menggembara ke 11 negara dalam masa 4 bulan bagi memperkenalkan nilai estetik Bonsai yang melambangkan nilai kebudayaan Jepun. Malah beliau pernah dilantik sebagai  Japan Cultural Envoy oleh Agency for Cultural Affairs pada 2013 . 




2013 September
World Bonsai Competition in China
2013 May
2013 May
Bonsai Asia Competition in Philippines
Appointed to the Japanese cultural envoy for 2013
2012
Demonstration as the head of Oomiya Bonsai in France
Demonstration as the head of Oomiya Bonsai in Holland
Participated in Japan festival in Philippines
2011
Participated in Japan festival in Italy
2010
Bonsai demonstration in Argentina
2009
Acted as a Bonsai technical supervisor in Spain
2008
Completed a training and took up a post as a manager at Manseien
2003
Became Saburo Kato's pupil
Graduated from Kyoto Sangyo University, majored in economics


Beliau turut berjaya dalam pertukaran budaya dengan memperkenalkan bagaimana ingin menikmati Bonsai ketika menggembara. 




Pada November tahun lalu juga, Masashi turut datang ke Malaysia bagi menunjukkan bakat beliau dalam menghias Bonsai. Mesti ada diantara korang yang terfikir bagaimana Bonsai boleh menjadi sebagai hiburan? 




Masashi telah membuat persembahan Bonsai dengan menghiasnya sambil diiringi muzik dari band atau DJ. Cukup menarik! 




Bukan itu sahaja, beberapa individu ternama seperti Raja BhutanJigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Abe Akie , isteri kepada Perdana Menteri Abe Shinzo turut berkenan untuk mendalami ilmu Bonsai dari Masashi. Ini jelaslah terbukti bahawa Masashi merupakan salah seorang artis Bonsai yang berjaya menarik perhatian dunia mengenai keunikan Bonsai



Haa kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Masashi dan melihat sendiri persembahan beliau, korang boleh je ke channel beliau di YouTube - KLIK DISINI 

atau korang boleh tengok beliau di RTM 1 dalam rancangan Xplorasi, hari sabtu jam 2 hingga 3 petang

  • 11. 2.- 2pm 
  • 18. 2 - 2pm 
  • 24. 2  (TBA) 
  • 25 .2 - 2pm 

Jangan lepaskan peluang ya! 

1 Budak Rambut Pacak Komen:

Uncle Zuan said...

pergh lawa giler. no wonder la digelarkan sebagai master