February 21, 2017

Studio Photoshoot Terbaik Di Shah Alam, Kaio Studio Menjadi Pilihan Ramai

Rasanya setiap tahun, aku akan ada at least satu sesi photoshoot. Sama ada untuk kegunaan peribadi atau untuk tujuan pengiklanan. So of course la dah banyak kali bekerjasama dengan photographer kan? Yang mana aku selesa bekerja, selalunya aku akan gunakan khidmat beliau berulang kali 




 Perkenalkan Kaio Studio,  yang bukan sahaja menjadi Studio photoshoot terbaik di Shah Alam  malah merupakan salah satu studio photoshoot terbaik di Malaysia. Ini bukan sebab nak dapatkan glamour ataupun sebab dibayar ke apa, tapi ini jujur dari hati setelah hampir 3 tahun menggunakan khidmat Kaio Studio



Kaio Studio yang diterajui oleh Anwar Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Kaio ini sudah lama bertapak dalam bidang fotografi ini. Bermula sejak tahun 2012, Kaio mula menerjah dunia fotografi sebagai wedding videographer. Kini Kaio Studio telah mencapai satu pencapaian yang membanggakan dengan meluaskan sayap ke pelbagai genre. Kalau nak tahu, Kaio dahulunya pernah menjadi tourist guide tau. no wonder bidang pelancongan ini antara forte beliau 




Kalau dulu Kaio Studio hanya mengambil video dan gambar perkahwinan je, kali ini Kaio Studio berkembang dengan jayanya dengan turut meliputi event, advertising, campaign video dan program TV.



Sejak bertapak dalam industri, banyak pencapaian membanggakan yang telah dicapai oleh Kaio. Selain adanya fizikal studio di Seksyen 13, Kaio Studio turut dinobatkan sebagai Pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam. Boleh baca di SINI . Antara fakta menarik lain yang korang perlu tahu mengenai Kaio Studio adalah : 

  • Kaio Studio juga pernah ke Paris bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel. Untuk pengetahuan korang, pada asalnya aku yang sepatutnya ke Paris bersama - sama Anuar Zain. Namun disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan aku tak dapat join. So untuk menggantikan tempat aku, kenalah cari calon yang sesuai. Terus aku memilih Kaio sebab percaya dengan kebolehan beliau dan sikapnya yang peramah mampu menjadikan trip ke Paris lebih bermakna. Alhamdulillah 

  • Selain Paris, Kaio juga pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail.

  • Antara pereka fesyen yang pernah mendapatkan khidmat dan sentuhan karya kreatif dari Kaio Studio adalah Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara.

  • Ramai para selebriti dan jenama-jenama pakaan ternama juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi.Tak percaya? Boleh klik SINI 

  • Wedding? Haa bercakap pasal wedding antara perkahwinan selebriti terkenal yang pernah menggunakan khidmat Kaio Studio adalah Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Saharul Ridzwan , Ainan Tasneem dan ramai lagi. Hebat kan? 


  • Kalau nak tahu, Kaio juga merupakan individu yang mencungkil bakat aku untuk bercakap secara live dan di hadapan kamera sewaktu awal pembabitan aku dalam dunia blogging ini. Hasilnya kini aku dah menjadi salah seorang VJ di VOOV dan juga terlibat secara langsung menjayakan rancangan Walla sebagai pengacara jemputan di TV1 
So bercakap mengenai  pengalaman aku masa sesi photoshoot dengan Kaio Studio . Haa ini jawapan jujur dari hati ya 



  • Studio yang sangat selesa. Luas dan berhawa dingin. Rasa nak tidur je sebab selesa. Dalam studio ini pun kadang - kadang ada buat kelas fotografi dalam ni. So keep update dengan Kaio ya 

  • Tak kekok berhadapan dengan kamera sebab Kaio dan team sangat peramah. Kalau tanya aku mungkin sebab dah kenal. Tapi kalau tanya dorang yang 1st time, semuanya selesa bekerja dengan Kaio Studio 


  • Gambar cantik, celebrity banyak hire, mesti mahal kan? Actually harga dia standard je weh dengan harga semua studio. Cumanya Kaio Studio menjaga kualiti gambar dan standard dorang. sebab tu nampak eksklusif! 
letop tak gambar - gambar Kaio? 

Kalau korang yang mencari White Studio atau Black Studio, Kaio Studio ada kedua - duanya. Dengan segala kelengkapan, ruang yang sangat selesa, menjadikan sesi photoshoot korang lebih rileks. Yer la sesetengah studio tu panas, sempit . Kena pula lighting sana sini lagilah bertambah panas dan tidak selesa 




Kaio Studio turut menawarkan servis


1. Wedding photography and videography
2. Corporate photography and videography
3. Commercial video
4. Campaign video and photography
5. Music video

Untuk melihat dengan lebih lanjut jenis-jenis servis yang ditawarkan , korang boleh terjah: http://www.kaiostudio.com/our-services/



Aku dah bekerjasama dengan Kaio Studio hampir 3 tahun lamanya dan aku percaya akan kebolehan dan kualitinya. Korang yang ingin menggunakan khidmat Kaio Studio, boleh hubungi atau ke studio mereka di 

Terima kasih Kaio Studio!



KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD,
1-06, Mitea Residence Office,
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

Boleh waze sahaja ‘KAIO STUDIO’

Follow instagram  :  https://www.instagram.com/kaiostudio/


Kredit : 

Jubah & Kurta : Binqareem 
T-Shirt, Jacket and Jeans : YFS Concept Store 


2 Budak Rambut Pacak Komen:

Nisa Kay said...

terus feeling diri ini model femes lepas berposing depan lensa team kaio studio. kah kah

KaioStudioTV said...

terima kasih kerana sudi datang ke Kaio Studio untuk sesi studio photoshoot.
kami sangat berbesar hati mendapat kunjungan Khai.
Harap dapat bekerjasama lagi di masa yang akan datang.

www.kaiostudio.com